Thursday, January 02, 2014

Amalkan GAya Hidup Sihat..

Jom Hidup Sihat!! tapi apa tindakan kita...sama ada saya atau kamu yang berada diluar sana. Kita masih lagi mengambil makanan berlemak, berkalestrol tinggi dan berminyak. Masih lagi bermalas-malasan untuk bersenam. Masih lagi kurang menitik beratkan kebersihan persekitaran. Apakata tahun 2014 ini kita berubah menjalani kehidupan dengan lebih sihat dengan amalkan gaya hidup sihat. betapa pentingnya nikmat kesihatan ini sehinggakan ianya tidak boleh ditukar ganti. 

Bayangkan kalau kita mempunyai harta melimpah ruah sekalipun tetapi jika tidak mempunyai kesihatan yang baik, alangkah ruginya. Alangkah sukarnya untuk kita beribadat kepada Allah jika kita tidak mampu bergerak untuk mengambil wudhuk ataupun solat. Begitulah pentingnya Kesihatan dan hidup sihat didalam kehidupan ini.
Melalui pengalaman saya, dimana ibu saya mengidap penyakit strok sejak tahun 2008. Selepas ibu menghidap strok tiada lagi dapat merasa masakan ibu seperti sebelumnya, tiada lagi Window Shopping dan Shoping-Shoppingan bersama ibu, bermula dari pengalaman inilah saya  jadikan sebagai ikhtibar dan sedar betapa pentingnya HIDUP SIHAT di dalam kehidupan seharian. Secara jujurnya, saya merindui semuanya..sgt-sgt rindu..

Jom kita tengok apakah amalan gaya hidup sihat supaya kita terus sihat dan dapat mencegah sebarang penyakit daripada mengubati..

1) Pemakanan - setiap penyakit datangnya daripada perut. Audit cara pemakanan kita seharian. Makan lebih sayur-sayuran dan ulaman. Makan lebih buah-buahan.Minum banyak air masak Jika kita kurang mengambil semuanya tadi sampailah masanya untuk kita mengambil makanan tambahan sebagai menampung kekurangan zat di dalam badan kita.berminat untuk mendapatkan makanan tambahan boleh hubungi saya secara terus di talian 0172569166 atau email myaishamalek@gmail.com 

2) Senaman- amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. tak perlu pergi ketempat yang berbayar. kadangkala cukup hanya berjalan kaki atau menaiki tangga. senaman untuk mengeluarkan peluh membuatkan badan menjadi lebih cergas dan cerdas.

3)Persekitaran yang bersih dan selamat - pastikan rumah, pejabat kita bersih dan selamat didiami. tidak terdapat serangga-serangga perosak seperti lipas,tikus dan sebagainya. Siapa sangka dengan seekor serangga atau makhluk perosak boleh mengancam nyawa ahli keluarga kesayangan kita. Bersama-sama atau bergotong royong membersihkan rumah adalah aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan

Semoga sedikit info ini dapat membantu anda diluar sana dan peringatan kepada diri saya sendiri. Bersama-sama kita berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan  kita bermula daripada sekarang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews