Monday, January 13, 2014

Indahnya Damainya Keluarga Yang Bahagia.

Alhamdulillah.. di hari jumaat ini, berkesempatan untuk mengupdate blog ini.Syukur kepada Allah dengan nikmat yang diberi. Nak diceritakan petang semalam bertemu seorang rakan yang menceritakan masalah keluarganya dan meminta pendapat saya. Siapalah saya ini yang baru setahun jagung mendirikan rumah tangga ini untuk memberikan nasihat yang power-power kepada beliau.

 Apa yang mampu saya katakan pada beliau, banyak2kanlah berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu kebahagiaan untuk beliau & keluaga serta dapatkanlah  nasihat dapatkan penasihat yang betul supaya dapat panduan yang bermanafaat daripda. Ini adalah kerana kawan-kawan yang lain hanya memberi mampu memberikan pandangan & sokongan melalui pemahaman ketika itu dan bukannya pengalaman melalui saat-saat tersebut.

Sebagai Sokongan kami di sini hanya mempu mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Alangkah indah KEBAHAGIAAN ini, pelihara dan hargailah supaya tiada penyelasan di penghujung Nyawa.
Rentetan daripada itu, saya sertakan beberapa tips untuk memperoleh Kebahagiaan di dalam rumah tangga yang saya perolehi daripada laman sesawang yang lain. Supaya ianya menjadi panduan kepada saya dan memberi manafaat untuk semua.

Tips cinta untuk suami

  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
  • Membantu tugas-tugas isteri di rumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri

  • Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami

Tips cinta untuk kedua suami isteri

  • Persefahaman
  • Taawun (bekerjasama)
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga
SUMBER:Ustaz Nasrudin Hassan(2012). I Luv islam.com. Tip cinta untuk kebahagiaan. Kuala Lumpur..

Setelah mengamalkan tips-tips diatas, apakata anda cuba dapatkan Vitamin Cinta SHaklee.. PAsti berbaloi-BAloi..apa itu vitamin Cinta Shaklee???



Jangan biarkan masalah rumah tangga anda berlarutan. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih dan kecewa. Hargailah pasangan anda dan hargailah kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan dinikmati jika saling menghargai dan bertoleransi. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu hidup anda...




Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews