Badan kita memerlukan sedikit Kolestrol. Kolestrol terhasil secara semulajadi oleh hati dan ia terhasil daripada pemakanan seharian. Sekiranya mengambil makanan berkolestrol secara berlebihan ianya akan terbina pada arteri.
Untuk pengetahuan semua terdapat 2 Jenis Kolestrol iaitu Kolestrol Baik (HDL) High Density Lipoproteins
berfungsi sebagai penghalang daripada arteri tersumbat & Kolestrol Jahat (LDL) atau Lower Density Lipoproteins boleh menyebabkan arteri tersumbat.
Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin
kesihatan anda
Sekiranya terdapat berlebihan Kolestrol Jahat di dalam badan ianya meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, angin ahmar dan perbagai penyakit lain. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang daripada
200mg/dl.
Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit
koronari meningkat, terutama jika bacaan kolesterol anda daripada
200mg/dl ke 239mg/dl.
Namun kekurangan Kolestrol Baik juga boleh mengakit anda mengalami kesan yang sama.
CARA MENGAWAL KOLESTROL
* Kawal cara pemakanan anda dan keluarga. Kurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak
tepu yang tinggi yang menaikkan tahap LDL badan. Tambahkan menu sayuran atau buah-buahan di dalam diet seharian.
* Berhati-hati dengan pengambilan lemak tepu dengan membaca label yang terdapat pada makanan ini adalah kerana makanan yang telah diproses mengandungi lemak tepu yang sukar dikesan oleh penguna.
* Kurangkan pengambilan produk tenusu
(non-dairy substitutes) seperti Susu krim kopi, bancuhan kek dan krim putar
selalunya mengandungi minyak kelapa atau kelapa sawit yang mengandungi
lemak tepu yang tinggi.
* Lebihkan pengambilan roti atau bijirin. Pilihlah daging yang kurang kandungan lemaknya.
* Amalkan diet yang seimbang. Dapatkan makanan tambahan supaya dapat membantu mengurangkan paras kolestrol yang jahat di dalam tubuh.
* Kurangkan atau berhenti merokok
* Bergerak selalu! Aktiviti harian yang sederhana atau senaman yang sempurna boleh menaikkan tahap HDL badan anda.
10 MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL
1)Kacang soya
mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
-
kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan
kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi
2)Kuaci
kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.
3)Buahan Kering
buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4)Epal
makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.
5)Ikan Tuna
umber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
6)Kacang Tanah
kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
-
Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan
kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7)Mangga
kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8)Kismis
mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9) Jambu Batu
disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.
10) Omega Guard Shaklee
Untuk konsultasi
PERCUMA dan harga
Murah Giler, hubungi saya sekarang. Pasti
puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah
anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam,
Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban
2 dan Bandar Sri Sendayan.
Wakil Pengedar Shaklee Anda
Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534
]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
Penafian: Semua
penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat,
mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca
mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar
perubatan
0 Comments:
Post a comment