Saturday, March 15, 2014

Amalan supaya diluaskan rezeki

Rezeki kurniaan Allah s.w.t. Kadangkala rezeki bukan sekadar duit atau kemewahan yang dikurniakan. Memperolehi anak yang soleh atau solehah, Keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik, hidup yang tenteram tanpa sebarang gangguan dan hutang piutang, dikelilingi oleh jiran yang berbudi bahasa itu juga merupakan salah satu cabang rezeki yang dikurniaan Allah s.w.t kepada kita.

Rezeki kurniaan Allah s.w.t ini, bukan semuanya milik kita. Ada bahagiannya untuk mereka yang berada disekeliling kita. Sama ada ianya berlebihan atau berkurangan apabila ianya berada ditangan kita. Marilah kita bersedekah dan menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa kita. Redhanya ibubapa kepada kita, Redhalah Allah s.w.t kepada kepada.

Berikut adalah 14 Amalan supaya diluaskan rezeki. Jom kita amalkan bersama-sama supaya memperolehi rezeki yang berkat itu bersama-sama dan menikmatinya bersama-sama keluarga.

1) Sentiasa bertakwa kepada Allah -Firman Allah swt "Barang siapa bertakwa kepada Allah swt nescaya Dia menjadikan jalan keluar ( daripada kesusahan) dan Dia (Allah) memberi rezeki kepadanya daripada (sumber) yang tidak pernah diduganya" Ath -Thalaq 65 2:3.

2) Berbakti kepada kedua ibu bapa - Rasullah SAW bersabda "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya (apabila umur panjang rezeki juga bertambah)" - Riwayat Bukhari dan hakim daripada Mu'az bin Anas.

3) Menjalinkan Sillaturrahim - Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah dia menghubungkan silaturahim" - Riwayat Bukhari

4) Bangun pagi - Sabda Rasulullah SAW "Bersegeralah mencari rezeki dan keperluan hidup, kerana berpagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan kejayaan" - Riwayat  ibnu 'Adi daripada Aisyah.

5) Membaca Surah Al-Waqiah -Rasullulah SAW bersabda "Sesiapa membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam,nescaya terhindar daripadanya kepapaan" - Riwayat Bukhari

6)Solat Dhuha - Melazimkan solat Dhuha maka sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan rezeki atas orang-orang yang melakukannya
"
7) Beristighfar - Mahfum Hadis - "Barang siapa yang melazimkan beristighfar maka akan dilepaskan dia daripada kesulitan dan diberikan kepada rezeki yang ia tidak duga"

8) Bertawakal kepada Allah - Rasullulah SAW bersabda "Sungguh! seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung.Mereka keluar pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang"

9) Beribadah kepada Allah dengan bersungguh - Firman Allah dalam hadis Qudsi: " Wahai anak Adam beribadahlah kepadaKu, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika tidak kamu lakukan, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi keperluanmu".

10) Menunaikan Haji dan Umrah -Rasullulah SAW bersabda - "Tunaikanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya kedua-duanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran besi,emas dan perak"

11) Berinfak di jalan Allah - Firman Allah SWT     "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan mengantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.

12)Memberi Nafkah kepada penuntut ilmu- Mahfum Hadis "Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.

13) Membantu orang yang lemah

14) Menjauhi dosa-dosa besar dan kecil

Sumber: Majalah Anis, Keluaran Mac 2014.

Kesimpulannya, Semoga hidup ini dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan bermanafaat.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews