Tuesday, April 29, 2014

Panduan Menyediakan Pemakanan Bayi

Selain ibu, bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya. Ikuti tip-tip yang berikut;



1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Sumber: whenmayend.blogspot.
Kongsikan:

Persediaan & Checklist Kenduri Aqiqah - Nur Sufiya Humaira (Part 1)

Checklist Persediaan Kenduri Aqiqah - Nur Sufiya Humaira

1) Bajet - Peruntukan bajet kenduri anda. Jika anda mampu untuk bermewah-mewahan , silakan dan jika anda pilih untuk sederhana dan meriah pun tidak menjadi salahnya. Yang penting di sini niat anda untuk menjalankan ibadat Aqiqah itu.
Bagi saya dan suami, Kami memilih bajet yang sederhana tetapi meriah. Alhamdullillah dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T. Status = Done

2) Kambing - Seekor bagi anak Perempuan dan 2 ekor bagi anak lelaki ( Sekiranya mampu). Kami bercadang untuk membuat Kambing golek. Saya cari kat internet dan bertanya kepada kawan-kawan tentang supplier kambing, saya buat berbandingan harga dan servis. Akhirnya saya memilih Kambing Golek Kaki Bakar. Setakat ini, Servis Kaki Bakar memang BEST dan saya sendiri telah pergi ke ladang kambing di Sg Pelek untuk melihat kawasan dan penyembelihan kambing. Memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Hehehehehe.. Status = Deposit = Done, Full Payment = Pada hari Kenduri nanti.. Dalam hati - teringat masa dulu-dulu semasa arwah atok membela kambing.. Info: Kambing biri-biri lebih kuat merajuk daripada kambing biasa..Tgk kambing pun pandai merajuk.Inikan pulak kita Manusia yang penuh dengan emosi ini..

3) Menu - Terpulang pada citarasa anda. Nak sediakan jamuan yang macamana untuk jemputan anda. Saya dan suami memilih masakan kampung yang serba ringkas jer berdasarkan kepada bajet kami. Antara menu yang kami sediakan adalah Masak Lemak Cili Padi Ayam + Kentang, Sayur Campur, Ikan Keli Goreng,Sambal Belacan & Ulaman,Bubur Kacang Hijau & Air Sirap.
Semua ini, kami plan untuk beli barang sendiri dan masak sendiri. Jimat sedikit daripada Catering. Akak tak mampu bayar katering MAhai-mahai dik non oiii...
Status = Setakat ini belum beli lagi, Berniat nak terjah pasaraya borong NSK di Klang ataupun Mydin jer.

4)Goodies - yang ini cenderamata @ Cenderahati untuk tetamu. Yang ini pun kami beli barang sendiri dan packing sendiri. Status = Done. Yang deko Goodies ini, suami saya yang kreatif itu.hehehehe. Jika ada sesiapa yang berkenan dan nak tempah goodies pada saya untuk sebarang kenduri kendara bolehlah contact saya. Saya sedia membantu. Saya dan suami memang berminat di dalam perkara-perkara yang melibatkan kreativiti ni. Tentang Bajet, Jangan Risau, kami akan workout berdasarkan Bajet Anda.

5) Jemputan - Yang ini Paling penting. Sememangnya bajet saya berdasarkan Jemputan. Saya tak sediakan pun kad jemputan. Semuanya mengunakan Hp ataupun mulut. Anggaran dalam 200 Pax tetamu yang hadir, Almaklumlah sedara mara, kawan-kawan ramai. Takut nanti tak jemput ada pulak yang terkecil hati. Mereka datang atau tidak, tidak menjadi masalah yang penting, semuanya sudah dijemput bagi memeriahkan suasana MAjlis.

6) Aturcara Majlis - Majlis yang simple, JAdi aturcaranya Simple jugaklahkan. Planningnya - 11.00 am -12.30pm - Bacaan Yassin, tahlil & Doa Selamat , 12.30 pm 3.00 pm- Jamuan Makan. Simplekan. Berharap sangat semuanya berjalan dengan lancar, cuaca cerah dan baik pada hari tersebut.

7) Warna Tema & Pakaian - Saya Dan Suami memilih warna putih & Pink. Kami berdua recycle je baju yang ada. Untuk Sufiya, niat dihati nak carikan baju kurung untuk dia..Status = Baju Kurung Sufiya Xde lagi.

8)Khemah - Saya ambil yang paling murah jer, yang penting tetamu selesa untuk duduk.Status = Done

Semua gambar-gambar akan saya tepek dientry yang akan datang ye..

Inilah perkara-perkara yang menyebabkan kami sibuk sepanjang dua minggu ini. Ini baru kenduri akikahkan, belum lagi kenduri kawin anak. Agaknya Macam nilah perasaan ibu bapa kita semasa untuk mengadakan kenduri untuk kitakan. Majlis Aqiqah Sufiya ini belum lagi selesai.. Tunggu yer. Jika diizinkan Allah, saya akan update untuk Part 2 pula.




Kongsikan:

Wednesday, April 23, 2014

Nutrisi Asas untuk Menyusukan Bayi.

Tiba-tiba pagi ini, hati saya tergerak untuk mendapatkan info mengenai asas-asas penyusuan bayi dan mencari apakah nutrisi yang perlu di amalkan sepanjang tempoh menyusukan bayi.

Secara terus terangnya, saya tidak banyak mempunyai pengalaman di dalam menyusukan Sufiya. Dengan serba kekurangan pengalaman & kekurangan ilmu tentang penyusuan sepanjang tempoh saya menyusukan Sufiya. Ketika berpantang susu memang banyak tetapi apabila sudah habis berpantang dan sibuk dengan aktiviti seharian termasuklah kerja di pejabat, susu menjadi semakin merudum.

Berdasarkan pengalaman tersebut ianya terus membuka mata betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk membekalkan nutrisi yang seimbang untuk tubuh badan

Kalori yang diperlukan untuk ibu yang menyusukan bayi adalah sebanyak 300 sehingga 500 dan lebih. Pada ketika ini keperluan kalori meningkat dan berbeza jika dibandingkan dengan ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi. Selain daripada itu, cecair di dalam badan juga perlulah lebih dan mencukupi supaya ianya mampu menampung susu akan diproses keluar daripada badan.

Berikut adalah sumber nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Dengan pengambilan sumber nutrisi ini ia kana membantu memperbanyakkan susu ibu dan menjadikan susu bertambah berkhasiat.

Kalsium
Berperanan member kekuatan kepada kepadatan tulang. Ibu uang menyusukan bayi amatlah digalakan mengambil kalsium bagi mengelakkan kekurangan kalsium. Sekiranya kekurangan kalsium berkemunginan besar akan meyebabkan kerosakan gigi ataupun gigi gugur sebelum pada waktunya.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi kalsium adalah seperti Susu, yogurt, keju, sayuran hijau

Iron/Zat Besi
Nutrisi ini memainkan peranan untuk memberi keseimbangan tenaga di dalam tubuh badan kita. Ianya mencerna tenaga dari dalam badan dan membuatkan badan lebih bertenaga dan kekal cergas. Selain daripada itu, ianya juga berfungsi sebagai pelindung daripada perbagai serangan penyakit. Sebaik-baiknya vitamin ini di amalkan bersama-sama vitamin C bagi mendapat keberkesanan yang optimum.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi Zat Besi ini adalah seperti: daging, hati, bayam, makanan laut

Zinc

Merupakan nutrisi penting di dalam pembentukan sei-sei baru di dalam tubuh badan. Nutrisi ini juga berfungsi mengurangkan rambut gugur yang sering menganggu dan menjadi masalah kepada ibu yang menyusukan anak

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi zinc adalah seperti low-fat milk, tiram, roti whole-grain

Protein

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi pengambilan protin haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tisu-tisu dan sel sel badan senantiasa berada di dalam keadaan sihat dan terpelihara.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti : ikan, daging, telur, produk tenusu, keju

Vitamin D
Nutrisi ini berperanan membantu Kalsium menyerap dengan sempurna di dalam tubuh anda. Vitamin ini amat penting di dalam penyerapan kalsium. Sekiranya tubuh anda kurang vitamin ini ianya menyebabkan tubuh anda tidak mampu menyreap kalsium dengan sempurna.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti Susu rendah lemak, ikan salmon, careal

Vitamin B12

Vitamin ini bertujuan untuk membina hemoglobin dan sel darah merah di dalam tubuh badan anda. Kesan kekurangan sel darah merah di dalam tubuh mampu menyebakan anda kelihatan pucat, lemah dan lesu.
Ianya memainkan peranan penting bagi membantu sel darah merah mengalir sempurna di dalam tubuh badan.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti, ikan, daging, susu rendah lemak, telur.

*****************************************************************************

Alamaknya!! Banyaknya vitamin yang perlu diambil, Secara pilihannya anda boleh mendapatkan Vitamin Shaklee yang sekaligus mampu menyelesaikan masalah ibu-ibu menyusu untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap. Dapatkannya segera supaya badan anda sihat memperolehi susu yang banyak dan anak kenyang dan gembira.

Kini anda tidak lagi perlu risau untuk menelan bermacam-macam pil vitamin. Cukup hanya dengan pengambilan Ostematrik,ESP dan Alfafa, ianya boleh membantu anda untuk mendapat khasiat dan menghasilkan susu yang kaya dengan nutrisi.


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan


Kongsikan:

Saturday, April 19, 2014

Asas Penjagaan Bayi

Pengalaman pertama menjadi ibu memang amat bermakna di dalam hidup saya. Merasai saat-saat melahirkan seorang bayi sehinggalah kepada penjagaan bayi.Sebelum ini, saya memang tidak tahu menahu tentang asas penjagaan bayi sehinggalah saya mempunyai anak sendiri. Sedangkan dulu melihat najis bayi pun saya geli, tetapi sekarang tidak lagi selepas mempunyai anak sendiri.

Untuk mengelakkan bakal-bakal ibu-ibu merasa terkejut terutama sekali bagi baru mendapat cahaya mata pertama merasai dan melalui pengalaman seperti saya, disini saya senaraikan beberapa asas penjagaan bayi. Adalah diharap informasi di bawah dapat memberikan serba sedikit ilmu tentang penjagaan bayi.

Asas Penjagaan Bayi

1) Memegang secara lembut
Menyokong bahu dan kepala bayi anda, pegang secara lembut dan jangan terlalu kasar. Ini adalah kerana kepala dan bahu bayi masih lembut.Pegang kepala bayi & apabila anda mahu mendukungnya dang sokong kepala bayi apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.
Jangan mengoncang bayi yang baru lahir kerana ia mampu mengakibat pendarahan otak yang boleh menyebabkan kematian.
Jika ingin membangunkan bayi anda daripada tidur sentuhlah secara lembut kaki dan dagunya.

2) Sentuhan
Merupakan perkara yang paling penting untuk atu jam dan selepas kelahiran bayi anda. Ianya mampu memberikan kesan emosi dan mampu menenangkan bayi anda.
Berdasarkan pengalaman saya, pada ketika ini tidak lagi merasa sebarang kesakitan yang dilalui ketika saat-saat melahirkan, yang hadir adalah rasa keibuan,kesyukuran dan kegembiraan dan 1001 perasaan yang bercampur baur.
Mulakan sentuhan dengan memegang tangan,mengusap badannya & dan kepalanya.Biarkan selama beberapa minit bayi di riba ataupun di dalam dakapan anda.
Kajian juga mengatakan sentuhan secara urutan mampu menolong bayi anda membesar dengan baik.

3) Memakai Lampin
Tidak kira apa saja pilihan anda untuk lampin pakai buang bagi bayi anda, hendaklah utamakan keselesaan pada bayi anda, Keselesaan pada kulit bayi anda, ini adalah kerana kulit bayi anda masih lembut.
Kerap menukar lampin bayi anda. Semasa menukar atau memakaikan lampin anak anda terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan
- Lampin atau lampin pakai buang yang bersih
- Ubat anti ruam
- tisu basah /Bebola kapas
- Air
- Tuala bersih
- Minyak anti kolik yang bertujuan untuk mengelak kembung

4) Memandikan Bayi
Sebelum memandikan bayi anda pastikan cuaca bilik tidak terlalu panas dan sejuk. Jika bayi anda baru saja dilahirkan, cukup sekadar memandikan bayi anda sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Tanggalkan baju dan lampin, lapkan muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya. Basuh kepalanya dengan air bersih secara berhati-hati. Gunakan syampu bayi untuk membersihkan rmbut dan kepalanya.
Gunakan kapas bagi membersihkan tempat yang berlipat seperti ketiak,keliling leher dan kemaluan.
Bagi menangalkan tali pusat, gunakan sedikit cecair alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi.

5) Penyusuan dan Sendawakan bayi
Penyusuan susu ibu merupakan makanan terpenting bayi bayi anda. Sekiranya bayi anda mahukan susu ataupun lapar biasanya ia menunjukkan perbagai reaksi seperti menangis, memasukkan jari ke dalam mulut.
Bagi bayi yang baru lahir memerlukan tempoh antara dua atau tiga jam untuk menyusu. Bagi setiap kali penyusuan kebiasaannya mengambil masa 20-30 minit.
Bagi memastikan susu anda sentiasa mencukupi keperluan bayi anda, anda hendaklah sentiasa meminum air masak dan mengamalkan konsep "Supply & Demand". Amalkan pemakanan dan petua yang boleh menambahkan susu badan anda. Untuk lebih mudah dan berkesan anda juga boleh mencuba Vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan bagi menghasilkan susu yang penuh berkahasiat dan banyak khas bagi bayi anda.
Selepas menyusu anda perlulah sendawakan bayi anda bertujuan untuk mengelakkan kembung & perut. Terdapat beberapa teknik untuk sendawakan bayi anda
* Pegang bayi dan sandarkan kepala bayi pada bahu anda. sokong bahagian belakang sambil mengusap dengan lembut belakangnya.
* Dudukkan bayi di riba anda.Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan,Kemudian usap dengan lembut bahagian belakangnya.
* Meniarapkan bayi ke bawah di paha anda dan usapkan bahagian belakangnya. Jika masih belum sendawa selepas beberapa minit, cuba beberapa teknik sehingga 10-15 minit.

6) Tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir aialah sehingga 16 jam sehari atau lebih.Biasanya bayi akan tidur 3 -4 jam di dalam satu masa.Sekranya bayi anda tidak bangun, bangunkan bayi anda supaya perut bayi tidak masuk angin
Semasa bayi tidur, sentiasalah melihatnya untuk memastikan bayi tidur dengan selamat unruk mengelakan risiko sindrom kematian mengejut.

**********************************************************************************************************************
Untuk memastikan bekalan susu anda mencukupi. Ambillah makan tambahan yang mampu memperbanyakan hasil susu anda. ramai telah mencubanya dan ramai yang berpuas hati. Hasilnya mereka mampu memberikan anak-anak mereka susu badan sehingga umur mencecah 2 tahun.



Hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan


Kongsikan:

Friday, April 18, 2014

Cara Mengatasi Kejang Kaki

Aduh!! sakitnya apabila kaki kejang terutama sekali ketika sedang tidur. Terasa seperti urat di bahagian betis itu bagai di tarik-tarik dengan tegangnya.Pengalaman pertama saya, menghidapi kejang kaki ini semasa mengandungkan Sufiya..Tuhan saja yang tahu bagaimana sakitnya. Kadangkala ianya berlarutan sehingga ke pagi.
Kebiasaannya kejang kaki berlaku pada wanita hamil yang mana ianya menunjukan kekurangan kalsium di dalam tubuh badan. Al maklumlah semasa mengandung semuanya terpaksa dikongsi bersama anak yang berada di dalam kandungan.Kadangkala kejang kaki ini bukan saja berlaku kepada ibu yang hamil, ia juga boleh berlakku kepada mereka yang kekurangan kalsium, ahli sukan dan pengemar kasut tumit tinggi.
Bagi mereka yang menghidap masalah masalah ini, disini saya sertakan beberapa tips. Adalah di harap ianya dapat membantu anda dan diri saya untuk mengelakkan terjadinya Kejang kaki ini.

1) Perhatikan Kasut yang anda sarung setiap hari
Carilah kasut yang selesa dipakai. Utamakan keselesaan bagi kaki anda untuk berjalan dengan mengunakan kasut tersebut. Utamakan keselesaan kaki anda di dalam menjalani aktiviti seharian.
Gunakan stokin yang mana ianya mampu mengelakkan anda darripada Kejang kaki.

2) Lakukan senaman regangan
Lakukan sedikit senaman regangan sebelum tidur. Ini adalah bertujuan supaya darah yang terdapat di dalam otot mengalir dengan sempurna. Caranya :menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

3) Banyakkan pergerakan kaki anda.
Gerakkan kaki anda secara perlahan. Elakkan berdiri terlalu lama di dalam sesuatu masa. Adalah di cadangkan selepas berdiri lima minit, duduk sebentar bagi membolehkan otot-otot kaki anda berehat seketika.
Apabila anda duduk, sekali sekala, goyangkan kaki anda atau lakukan sebarang pergerakan kaki seperti putarkan buku lali dan regangan kaki.

4) Dapatkan Supplement KALSIUM Anda
Sekiranya kerap berlaku kejang ini ianya menunjukkan anda kekurangan kalsium di dalam tubuh. oleh sebab itu, anda perlulah mengambil supplement Kalsium supaya ianya mampu menampung kekurangan kalsium yang anda miliki. 
Sebaiknya amalkan pengambilan kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil kalsium ini sebelum tidur supaya penyerapan kalsium tersebut berlaku dengan sempurna.

5) Tinggikan kaki anda.
Alaskan kaki anda dengan bantal ketika tidur. Dengan meninggikan paras kaki daripada badan ianya mampu mengelakkan daripada berlakunya kejang kaki.

*********************************************************************************
Pening kepala dimanakah tempat yang sesuai untuk mendapatkan supplement kalsium anda. Pastinya yang terbaik menanti anda disini.
Dapatkan OSTEMATRIX Shaklee anda sekarang kerana ianya bukan hanya sekadar kalsium.Pengambilan 1 tablet OSTEMATRIX bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium ataupun 80 biji badam. Diantara manafaat yang terdpat di dalam kalsium ini adalah seperti

1) Menguatkan tulang - Mampu merawat tulang yang retak, menguatkan kuku, merawat kuku yang rapuh dan mengatasi kekejangan.
2) Memperbaiki Kekejangan dan kebas-kebas.
3) Meringankan stress- megimbangi tekanan darah dan memelihara denyutan jantung & mengalakkan tidur lena.
4) Meringankan kesakitan sengugut  dan membantu membuang air kecil
5) Untuk kesan jangka panjang ianya mampu menghalang obesiti

Dimana saya boleh dapatkan OSTEMATRIX Shaklee ini. Caranya mudah saja

dengan menghubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan



Kongsikan:

CoQ Health Plus -

Bagus untuk jantung anda dan bagus untuk kesihatan anda. Cuma makan 1 kapsul CoQ Health Plus bersamaan anda memakan 28 cawan brokoli sehari. Manafaatnya cukup besar khas untuk jantung anda.
Jantung boleh diibaratkan seperti enjin kereta, jika enjin kereta anda tidak berfungsi akan menyebabkan ianya tidak boleh bergerak dan mati. Begitu jugalah diibaratkan seperti jantung anda.

Apa yang terdapat di dalam CoQ Health?

1. Ekstrak Teh Hjau – Membantu mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh, mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambahkan stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. memelihara kesihatan gusi.
2. Co Enzim Q10 – ianya mengandungi nutrien larut lemak yang dihasilkan oleh tubuh dan terdapat di setiap sel-sel badan.
3. Vitamin E – merupakan vitamin larut lemak, mampu melindungi tubuh dari radikal bebas, mampu mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan. Ianya bersifat antikanser. Di dalam masa yang sama ianya membantu menguatkan akar rambut.

Khasiat Utama yang anda akan perolehi

1. Kanser –Memberikan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima rawatan Komoterapi serta mampu merawat kanser.
2. Menghalang Penyakit Gusi
3. Mengurangkan Obesiti atau berat badan
4. Mampu meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan dan sekaligus memperkuatkan tenaga di dalam otot jantung. Ianya sangat bagus untuk jantung dan mampu mengurangkan simtom-simtom jantung bermasalah seperti Sesak nafas,sukar tidur dang bengkak dibahgaian jantung.
5. Memelihara kesihatan ginjal anda.
6. Merawat migraine daripada berterusan
7. Co-Q10 amat sesuai untuk pesakit kencing manis yang mana ianya mampu meningkatkan tahap insulin.

Mereka yang perlu mendapatkan CoQHealth Plus?

Mereka yang mementingkan kesihatan dan mahu mengekallan kesihatan yang terbaik
Mereka yang sudah mencapai 30 an.Bermula dari muda, mencegah itukan lebih baik
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung /Kencing manis/darah tinggi
Mereka yang suka makan yang berlemak & manis
(anda tergolong diantara mereka yang diatas, inilah masanya untuk anda dapatkan Vitamin Jantung Anda)

Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 adalah seperti:

- Kegagalan jantung untuk berfunsi seperti biasa
- Menghidap tekanan darah tinggi
- Angin-angin di dalam
- Strok
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Dapatkan CoQ Health Plus anda sekarang. Tidak perlu tunggu lama-lama untuk memelihara jantung anda.Penyakit datang tanpa di jemput perginya pula payah diusir. Segera dapatkannya.

Untuk konsultasi , hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.
Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Kongsikan:

Thursday, April 17, 2014

Tips & cara Makan Vitamin Shaklee

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua..

Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada pelanggan yang dihormati kerana sudi membeli vitamin Shaklee daripada saya. Di sini saya kongsikan bersama tips dan cara makan vitamin supaya ia mampu member manafaat kepada semua.

Ok teruskan pembacaan anda, bagi info seterusnya.....

Ingin mendapatkan kesan yang terbaik untuk vitamin Shaklee pilihan anda. Bukan sahaja setakat Vitamin Shaklee saja tapi tips ini mungkin anda boleh gunakan untuk makan ubat-ubatan yang lain. Nak lagi bagus.amalkanlah tips ini didalam diet seharian anda.

1. Utamakan Pengambilan Air Kosong

Memanglah rasanya tidak sesedap air yang berperisa dan manis, tetapi air kosong inilah yang mempunyai banyak khasiatnya. Badan kita memerlukan cecair seperti air kosong ini untuk terus memproses segala keperluan badan. Jika minum air manis terlalu kerap ianya mampu menambah kepekatan darah dan juga boleh menyebabkan kegemukan. Untuk kesan jangka masa panjang ianya akan meningkatkan risiko anda menghidap kencing manis.
Dinasihatkan supaya nada berjaga-jaga dengan pengambilan air manis di dalam diet seharian.

TIPS: Cara Mudah Untuk Minum Air Kosong
1) Sediakan botol air yang mempunyai sukatan
2) Pada waktu pagi, isikan air sehinga penuh
3) Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah di lihat dan dicapai
4) Setkan minda anda untuk habiskan air tersebut – “Saya suka air kosong & Saya mesti minum air kosong untuk kesihatan diri saya”
5) Minum sedikit demi sedikit setiap 20 minit.

Dengan pengambilan air putih secara berterusan, vitamin yang anda makan mampu menyerap sebaik mungkin ke dalam tubuh badan anda. Hasilnya, Khasiat vitamin itu memberikan tubuh badan anda sentiasa sihat & cergas.

2. Rancanglah Pengambilan Vitamin Anda.

Anda perlulah merancang untuk pengambilan vitamin anda. Sebagai contoh ESP diambil sebelum sarapan, Vitalea & B- Complex diambil selepas sarapan dan Vitamin C diambil selepas Makan Tengahari.
Kenapa perlu merancang pengambilan vitamin anda?
Ini adalah bertujuan untuk megelakan berlakunya peningkatan darah yang boleh menyebabkan ada rasa pening dan pitam. Disamping itu, ia juga boleh membantu buah pinggang anda untuk berfungsi dengan lebih baik.


3. Vitamin + Ubat-ubatan, perlulah dielakkan.

Adalah tidak digalakkan untuk makan vitamin anda bersama-sama dengan ubat-ubatan yang di bekalkan oleh doktor. Sekiranya anda berada di bawah pengawasan doktor di dalam pengambilan ubat-ubatan, adalah dinasihat memakan vitamin anda 1-2 jam selepas mengambil ubat doktor.
Ini bertujuan supaya vitamin yang anda ambil mampu menyerap dengan lebih baik.
TIPS: Sediakan jadual makan ubat doktor dan vitamin anda.
Vitamin merupakan makanan tambahan yang cuma menampung kekurang nutrisi di dalam badan kita.

4. Pengambilan Kafein – Kurangkan...

Pengambilan kafein yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan vitamin di dalam tubuh badan kita. Sekaligus ianya boleh menyebabkan kita kekurangan vitamin.
Sekiranya anda memakan vitamin, seboleh-bolehnya elakkan diri daripada minum minuman berkafein, bagi mendapat khasiat vitamin anda semaksimum mungkin.


5. Pantang larang ketika makan vitamin.

Adalah tidak disarankan mengambil multivitamin yang lengkap bersama zat besi bersama susu, sebaiknya makanlah vitamin anda bersrta air kosong bagi membantu penyerapan zat besi kedalam tubuh badan anda.

Kesimpulannya, Pastikan makanan berkasiat untuk tubuh badan anda. Maksimumkan pengambilan vitamin anda bagi memenuhi keperluan nutrisi harian anda. Badan sihat dan cergas bermula di tangan anda sendiri. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Pelihara nikmat kesihatan supaya ianya bermanafaat untuk anda sendiri, keluarga dan agama.


Kongsikan:

Wednesday, April 16, 2014

Najis Bayi dan Permasalahannya

Sejak ada anak ni, apa saja artikel yang berkaitan dengan bayi dan anak, semstinya menjadi tumpuan. Inilah salahsatu cara saya memperolehi input tentang keadaan bayi. Almaklumlah pengalaman baru setahun jagung.
Jadinya, bermula hari ini, saya akan cuba menulis semula artikel yang saya baca di dalam blog ini.
Dengan bertujuan supaya ianya dapat dijadikan sebagai nota peribadi ataupun bacaan kawan-kawan yang seangkatan dengan saya.

Oklah,kita straight to the point. Hari ni nak cerita mengenai Najis bayi. Dalam banyak-banyak perkara artikel ini mampu menarik minat saya.Sebabnya, anak saya yang comel itu pernah mengalami sembelit selama beberapa hari. Disebabkan kurang pengalaman kami suami isteri, kami melengah-lengahkan masa untuk pergi ke klinik. Kesian pada si comel saya pada ketika itu,asyik menangis dan menangis kerana merasa tidak selesa.

Disebabkan itu, para ibu bapa sekalian jangan mengambil mudah tentang najis anak anda. Siapa tahu perkara yang remeh bagi kita mampu memudaratkan si kecil kesayangan anda.

Jenis-Jenis Najis Yang Tidak Normal

1)Cirit Birit -

Keadaan najis yang sangat cair, bayi anda akan kerap membuang dengan kuantiti yang banyak. Kadangkala disertai dengan tangisan kerana perutnya di dalam keadaan memulas.Bayi yang diberi susu formula adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan cirit birit. Ini adalah kerana, kadangkala kandungan susu formula yang diberikan adalah tidak bersesuaian dengan perut bayi anda. Sebelum bertukar jenama susu formula, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bayi bayi yang sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal, mungkin juga berlakunya cirit bicit kerana tindak balas perut dan makanan tersebut pada perut bayi. Ini juga menunjukkan bayi anda tidak sesuai dengan makanan tersebut.Jika boleh elakkan daripada memberikan makanan tersebut.

Punca-punca cirit Birit
1) Jangkitan seperti gasteroritis
2) Mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus
3) Mula tumbuh gusi
4) Pengambilan ubat
5) Sensitif atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Adalah amat penting mensterilkan atau mengeringkan botol susu atau peralatan makanan dan mencuci tangan sekerap mungkin sebelum atau selepas mencuci najis bayi anda.

Kebiasaannya cirit birit akan sembuh dalam masa 24 jam. Sekiranya masih tidak sembuh sila dapatkan nasihat doktor.

2) Sembelit

Antara gejala sembelit adalah seperti

1) Kesukaran membuang air besar
2) Najis yang berbentuk batu kecil dan keadaanya agak kering
3) Sakit Perut
4) Meragam
5) Kadangkala terdapat darah mungkin disebabkan rekahan dubur akibat pengeluaran najis yang keras.

Sekiranya bayi anda mengalami hgejala diatas adalah dinasihatkan berjuma dengan doktor untuk mengetahui puncanya. Berdasarkan pengalaman saya, doktor akan memberikan Ubat berbentuk cecair dan akan dimasukkan ke dalam dubur bayi anda, bagi melicinkan proses pengeluaran.

Bagi byi yang sudah mengambil makanan pejal,mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat di dalam diet seharian anak anda

3) Najis Bewarna Hijau.


Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews