Saturday, April 19, 2014

Asas Penjagaan Bayi

Pengalaman pertama menjadi ibu memang amat bermakna di dalam hidup saya. Merasai saat-saat melahirkan seorang bayi sehinggalah kepada penjagaan bayi.Sebelum ini, saya memang tidak tahu menahu tentang asas penjagaan bayi sehinggalah saya mempunyai anak sendiri. Sedangkan dulu melihat najis bayi pun saya geli, tetapi sekarang tidak lagi selepas mempunyai anak sendiri.

Untuk mengelakkan bakal-bakal ibu-ibu merasa terkejut terutama sekali bagi baru mendapat cahaya mata pertama merasai dan melalui pengalaman seperti saya, disini saya senaraikan beberapa asas penjagaan bayi. Adalah diharap informasi di bawah dapat memberikan serba sedikit ilmu tentang penjagaan bayi.

Asas Penjagaan Bayi

1) Memegang secara lembut
Menyokong bahu dan kepala bayi anda, pegang secara lembut dan jangan terlalu kasar. Ini adalah kerana kepala dan bahu bayi masih lembut.Pegang kepala bayi & apabila anda mahu mendukungnya dang sokong kepala bayi apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.
Jangan mengoncang bayi yang baru lahir kerana ia mampu mengakibat pendarahan otak yang boleh menyebabkan kematian.
Jika ingin membangunkan bayi anda daripada tidur sentuhlah secara lembut kaki dan dagunya.

2) Sentuhan
Merupakan perkara yang paling penting untuk atu jam dan selepas kelahiran bayi anda. Ianya mampu memberikan kesan emosi dan mampu menenangkan bayi anda.
Berdasarkan pengalaman saya, pada ketika ini tidak lagi merasa sebarang kesakitan yang dilalui ketika saat-saat melahirkan, yang hadir adalah rasa keibuan,kesyukuran dan kegembiraan dan 1001 perasaan yang bercampur baur.
Mulakan sentuhan dengan memegang tangan,mengusap badannya & dan kepalanya.Biarkan selama beberapa minit bayi di riba ataupun di dalam dakapan anda.
Kajian juga mengatakan sentuhan secara urutan mampu menolong bayi anda membesar dengan baik.

3) Memakai Lampin
Tidak kira apa saja pilihan anda untuk lampin pakai buang bagi bayi anda, hendaklah utamakan keselesaan pada bayi anda, Keselesaan pada kulit bayi anda, ini adalah kerana kulit bayi anda masih lembut.
Kerap menukar lampin bayi anda. Semasa menukar atau memakaikan lampin anak anda terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan
- Lampin atau lampin pakai buang yang bersih
- Ubat anti ruam
- tisu basah /Bebola kapas
- Air
- Tuala bersih
- Minyak anti kolik yang bertujuan untuk mengelak kembung

4) Memandikan Bayi
Sebelum memandikan bayi anda pastikan cuaca bilik tidak terlalu panas dan sejuk. Jika bayi anda baru saja dilahirkan, cukup sekadar memandikan bayi anda sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Tanggalkan baju dan lampin, lapkan muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya. Basuh kepalanya dengan air bersih secara berhati-hati. Gunakan syampu bayi untuk membersihkan rmbut dan kepalanya.
Gunakan kapas bagi membersihkan tempat yang berlipat seperti ketiak,keliling leher dan kemaluan.
Bagi menangalkan tali pusat, gunakan sedikit cecair alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi.

5) Penyusuan dan Sendawakan bayi
Penyusuan susu ibu merupakan makanan terpenting bayi bayi anda. Sekiranya bayi anda mahukan susu ataupun lapar biasanya ia menunjukkan perbagai reaksi seperti menangis, memasukkan jari ke dalam mulut.
Bagi bayi yang baru lahir memerlukan tempoh antara dua atau tiga jam untuk menyusu. Bagi setiap kali penyusuan kebiasaannya mengambil masa 20-30 minit.
Bagi memastikan susu anda sentiasa mencukupi keperluan bayi anda, anda hendaklah sentiasa meminum air masak dan mengamalkan konsep "Supply & Demand". Amalkan pemakanan dan petua yang boleh menambahkan susu badan anda. Untuk lebih mudah dan berkesan anda juga boleh mencuba Vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan bagi menghasilkan susu yang penuh berkahasiat dan banyak khas bagi bayi anda.
Selepas menyusu anda perlulah sendawakan bayi anda bertujuan untuk mengelakkan kembung & perut. Terdapat beberapa teknik untuk sendawakan bayi anda
* Pegang bayi dan sandarkan kepala bayi pada bahu anda. sokong bahagian belakang sambil mengusap dengan lembut belakangnya.
* Dudukkan bayi di riba anda.Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan,Kemudian usap dengan lembut bahagian belakangnya.
* Meniarapkan bayi ke bawah di paha anda dan usapkan bahagian belakangnya. Jika masih belum sendawa selepas beberapa minit, cuba beberapa teknik sehingga 10-15 minit.

6) Tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir aialah sehingga 16 jam sehari atau lebih.Biasanya bayi akan tidur 3 -4 jam di dalam satu masa.Sekranya bayi anda tidak bangun, bangunkan bayi anda supaya perut bayi tidak masuk angin
Semasa bayi tidur, sentiasalah melihatnya untuk memastikan bayi tidur dengan selamat unruk mengelakan risiko sindrom kematian mengejut.

**********************************************************************************************************************
Untuk memastikan bekalan susu anda mencukupi. Ambillah makan tambahan yang mampu memperbanyakan hasil susu anda. ramai telah mencubanya dan ramai yang berpuas hati. Hasilnya mereka mampu memberikan anak-anak mereka susu badan sehingga umur mencecah 2 tahun.



Hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews