Wednesday, April 16, 2014

Najis Bayi dan Permasalahannya

Sejak ada anak ni, apa saja artikel yang berkaitan dengan bayi dan anak, semstinya menjadi tumpuan. Inilah salahsatu cara saya memperolehi input tentang keadaan bayi. Almaklumlah pengalaman baru setahun jagung.
Jadinya, bermula hari ini, saya akan cuba menulis semula artikel yang saya baca di dalam blog ini.
Dengan bertujuan supaya ianya dapat dijadikan sebagai nota peribadi ataupun bacaan kawan-kawan yang seangkatan dengan saya.

Oklah,kita straight to the point. Hari ni nak cerita mengenai Najis bayi. Dalam banyak-banyak perkara artikel ini mampu menarik minat saya.Sebabnya, anak saya yang comel itu pernah mengalami sembelit selama beberapa hari. Disebabkan kurang pengalaman kami suami isteri, kami melengah-lengahkan masa untuk pergi ke klinik. Kesian pada si comel saya pada ketika itu,asyik menangis dan menangis kerana merasa tidak selesa.

Disebabkan itu, para ibu bapa sekalian jangan mengambil mudah tentang najis anak anda. Siapa tahu perkara yang remeh bagi kita mampu memudaratkan si kecil kesayangan anda.

Jenis-Jenis Najis Yang Tidak Normal

1)Cirit Birit -

Keadaan najis yang sangat cair, bayi anda akan kerap membuang dengan kuantiti yang banyak. Kadangkala disertai dengan tangisan kerana perutnya di dalam keadaan memulas.Bayi yang diberi susu formula adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan cirit birit. Ini adalah kerana, kadangkala kandungan susu formula yang diberikan adalah tidak bersesuaian dengan perut bayi anda. Sebelum bertukar jenama susu formula, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bayi bayi yang sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal, mungkin juga berlakunya cirit bicit kerana tindak balas perut dan makanan tersebut pada perut bayi. Ini juga menunjukkan bayi anda tidak sesuai dengan makanan tersebut.Jika boleh elakkan daripada memberikan makanan tersebut.

Punca-punca cirit Birit
1) Jangkitan seperti gasteroritis
2) Mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus
3) Mula tumbuh gusi
4) Pengambilan ubat
5) Sensitif atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Adalah amat penting mensterilkan atau mengeringkan botol susu atau peralatan makanan dan mencuci tangan sekerap mungkin sebelum atau selepas mencuci najis bayi anda.

Kebiasaannya cirit birit akan sembuh dalam masa 24 jam. Sekiranya masih tidak sembuh sila dapatkan nasihat doktor.

2) Sembelit

Antara gejala sembelit adalah seperti

1) Kesukaran membuang air besar
2) Najis yang berbentuk batu kecil dan keadaanya agak kering
3) Sakit Perut
4) Meragam
5) Kadangkala terdapat darah mungkin disebabkan rekahan dubur akibat pengeluaran najis yang keras.

Sekiranya bayi anda mengalami hgejala diatas adalah dinasihatkan berjuma dengan doktor untuk mengetahui puncanya. Berdasarkan pengalaman saya, doktor akan memberikan Ubat berbentuk cecair dan akan dimasukkan ke dalam dubur bayi anda, bagi melicinkan proses pengeluaran.

Bagi byi yang sudah mengambil makanan pejal,mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat di dalam diet seharian anak anda

3) Najis Bewarna Hijau.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews