Wednesday, April 23, 2014

Nutrisi Asas untuk Menyusukan Bayi.

Tiba-tiba pagi ini, hati saya tergerak untuk mendapatkan info mengenai asas-asas penyusuan bayi dan mencari apakah nutrisi yang perlu di amalkan sepanjang tempoh menyusukan bayi.

Secara terus terangnya, saya tidak banyak mempunyai pengalaman di dalam menyusukan Sufiya. Dengan serba kekurangan pengalaman & kekurangan ilmu tentang penyusuan sepanjang tempoh saya menyusukan Sufiya. Ketika berpantang susu memang banyak tetapi apabila sudah habis berpantang dan sibuk dengan aktiviti seharian termasuklah kerja di pejabat, susu menjadi semakin merudum.

Berdasarkan pengalaman tersebut ianya terus membuka mata betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk membekalkan nutrisi yang seimbang untuk tubuh badan

Kalori yang diperlukan untuk ibu yang menyusukan bayi adalah sebanyak 300 sehingga 500 dan lebih. Pada ketika ini keperluan kalori meningkat dan berbeza jika dibandingkan dengan ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi. Selain daripada itu, cecair di dalam badan juga perlulah lebih dan mencukupi supaya ianya mampu menampung susu akan diproses keluar daripada badan.

Berikut adalah sumber nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Dengan pengambilan sumber nutrisi ini ia kana membantu memperbanyakkan susu ibu dan menjadikan susu bertambah berkhasiat.

Kalsium
Berperanan member kekuatan kepada kepadatan tulang. Ibu uang menyusukan bayi amatlah digalakan mengambil kalsium bagi mengelakkan kekurangan kalsium. Sekiranya kekurangan kalsium berkemunginan besar akan meyebabkan kerosakan gigi ataupun gigi gugur sebelum pada waktunya.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi kalsium adalah seperti Susu, yogurt, keju, sayuran hijau

Iron/Zat Besi
Nutrisi ini memainkan peranan untuk memberi keseimbangan tenaga di dalam tubuh badan kita. Ianya mencerna tenaga dari dalam badan dan membuatkan badan lebih bertenaga dan kekal cergas. Selain daripada itu, ianya juga berfungsi sebagai pelindung daripada perbagai serangan penyakit. Sebaik-baiknya vitamin ini di amalkan bersama-sama vitamin C bagi mendapat keberkesanan yang optimum.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi Zat Besi ini adalah seperti: daging, hati, bayam, makanan laut

Zinc

Merupakan nutrisi penting di dalam pembentukan sei-sei baru di dalam tubuh badan. Nutrisi ini juga berfungsi mengurangkan rambut gugur yang sering menganggu dan menjadi masalah kepada ibu yang menyusukan anak

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi zinc adalah seperti low-fat milk, tiram, roti whole-grain

Protein

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi pengambilan protin haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tisu-tisu dan sel sel badan senantiasa berada di dalam keadaan sihat dan terpelihara.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti : ikan, daging, telur, produk tenusu, keju

Vitamin D
Nutrisi ini berperanan membantu Kalsium menyerap dengan sempurna di dalam tubuh anda. Vitamin ini amat penting di dalam penyerapan kalsium. Sekiranya tubuh anda kurang vitamin ini ianya menyebabkan tubuh anda tidak mampu menyreap kalsium dengan sempurna.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti Susu rendah lemak, ikan salmon, careal

Vitamin B12

Vitamin ini bertujuan untuk membina hemoglobin dan sel darah merah di dalam tubuh badan anda. Kesan kekurangan sel darah merah di dalam tubuh mampu menyebakan anda kelihatan pucat, lemah dan lesu.
Ianya memainkan peranan penting bagi membantu sel darah merah mengalir sempurna di dalam tubuh badan.

Sumber makanan yang perlu diambil bagi memperolehi protein adalah seperti, ikan, daging, susu rendah lemak, telur.

*****************************************************************************

Alamaknya!! Banyaknya vitamin yang perlu diambil, Secara pilihannya anda boleh mendapatkan Vitamin Shaklee yang sekaligus mampu menyelesaikan masalah ibu-ibu menyusu untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap. Dapatkannya segera supaya badan anda sihat memperolehi susu yang banyak dan anak kenyang dan gembira.

Kini anda tidak lagi perlu risau untuk menelan bermacam-macam pil vitamin. Cukup hanya dengan pengambilan Ostematrik,ESP dan Alfafa, ianya boleh membantu anda untuk mendapat khasiat dan menghasilkan susu yang kaya dengan nutrisi.


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews