Tuesday, April 29, 2014

Persediaan & Checklist Kenduri Aqiqah - Nur Sufiya Humaira (Part 1)

Checklist Persediaan Kenduri Aqiqah - Nur Sufiya Humaira

1) Bajet - Peruntukan bajet kenduri anda. Jika anda mampu untuk bermewah-mewahan , silakan dan jika anda pilih untuk sederhana dan meriah pun tidak menjadi salahnya. Yang penting di sini niat anda untuk menjalankan ibadat Aqiqah itu.
Bagi saya dan suami, Kami memilih bajet yang sederhana tetapi meriah. Alhamdullillah dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T. Status = Done

2) Kambing - Seekor bagi anak Perempuan dan 2 ekor bagi anak lelaki ( Sekiranya mampu). Kami bercadang untuk membuat Kambing golek. Saya cari kat internet dan bertanya kepada kawan-kawan tentang supplier kambing, saya buat berbandingan harga dan servis. Akhirnya saya memilih Kambing Golek Kaki Bakar. Setakat ini, Servis Kaki Bakar memang BEST dan saya sendiri telah pergi ke ladang kambing di Sg Pelek untuk melihat kawasan dan penyembelihan kambing. Memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Hehehehehe.. Status = Deposit = Done, Full Payment = Pada hari Kenduri nanti.. Dalam hati - teringat masa dulu-dulu semasa arwah atok membela kambing.. Info: Kambing biri-biri lebih kuat merajuk daripada kambing biasa..Tgk kambing pun pandai merajuk.Inikan pulak kita Manusia yang penuh dengan emosi ini..

3) Menu - Terpulang pada citarasa anda. Nak sediakan jamuan yang macamana untuk jemputan anda. Saya dan suami memilih masakan kampung yang serba ringkas jer berdasarkan kepada bajet kami. Antara menu yang kami sediakan adalah Masak Lemak Cili Padi Ayam + Kentang, Sayur Campur, Ikan Keli Goreng,Sambal Belacan & Ulaman,Bubur Kacang Hijau & Air Sirap.
Semua ini, kami plan untuk beli barang sendiri dan masak sendiri. Jimat sedikit daripada Catering. Akak tak mampu bayar katering MAhai-mahai dik non oiii...
Status = Setakat ini belum beli lagi, Berniat nak terjah pasaraya borong NSK di Klang ataupun Mydin jer.

4)Goodies - yang ini cenderamata @ Cenderahati untuk tetamu. Yang ini pun kami beli barang sendiri dan packing sendiri. Status = Done. Yang deko Goodies ini, suami saya yang kreatif itu.hehehehe. Jika ada sesiapa yang berkenan dan nak tempah goodies pada saya untuk sebarang kenduri kendara bolehlah contact saya. Saya sedia membantu. Saya dan suami memang berminat di dalam perkara-perkara yang melibatkan kreativiti ni. Tentang Bajet, Jangan Risau, kami akan workout berdasarkan Bajet Anda.

5) Jemputan - Yang ini Paling penting. Sememangnya bajet saya berdasarkan Jemputan. Saya tak sediakan pun kad jemputan. Semuanya mengunakan Hp ataupun mulut. Anggaran dalam 200 Pax tetamu yang hadir, Almaklumlah sedara mara, kawan-kawan ramai. Takut nanti tak jemput ada pulak yang terkecil hati. Mereka datang atau tidak, tidak menjadi masalah yang penting, semuanya sudah dijemput bagi memeriahkan suasana MAjlis.

6) Aturcara Majlis - Majlis yang simple, JAdi aturcaranya Simple jugaklahkan. Planningnya - 11.00 am -12.30pm - Bacaan Yassin, tahlil & Doa Selamat , 12.30 pm 3.00 pm- Jamuan Makan. Simplekan. Berharap sangat semuanya berjalan dengan lancar, cuaca cerah dan baik pada hari tersebut.

7) Warna Tema & Pakaian - Saya Dan Suami memilih warna putih & Pink. Kami berdua recycle je baju yang ada. Untuk Sufiya, niat dihati nak carikan baju kurung untuk dia..Status = Baju Kurung Sufiya Xde lagi.

8)Khemah - Saya ambil yang paling murah jer, yang penting tetamu selesa untuk duduk.Status = Done

Semua gambar-gambar akan saya tepek dientry yang akan datang ye..

Inilah perkara-perkara yang menyebabkan kami sibuk sepanjang dua minggu ini. Ini baru kenduri akikahkan, belum lagi kenduri kawin anak. Agaknya Macam nilah perasaan ibu bapa kita semasa untuk mengadakan kenduri untuk kitakan. Majlis Aqiqah Sufiya ini belum lagi selesai.. Tunggu yer. Jika diizinkan Allah, saya akan update untuk Part 2 pula.




Kongsikan:

1 comment :

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews