Thursday, April 17, 2014

Tips & cara Makan Vitamin Shaklee

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua..

Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada pelanggan yang dihormati kerana sudi membeli vitamin Shaklee daripada saya. Di sini saya kongsikan bersama tips dan cara makan vitamin supaya ia mampu member manafaat kepada semua.

Ok teruskan pembacaan anda, bagi info seterusnya.....

Ingin mendapatkan kesan yang terbaik untuk vitamin Shaklee pilihan anda. Bukan sahaja setakat Vitamin Shaklee saja tapi tips ini mungkin anda boleh gunakan untuk makan ubat-ubatan yang lain. Nak lagi bagus.amalkanlah tips ini didalam diet seharian anda.

1. Utamakan Pengambilan Air Kosong

Memanglah rasanya tidak sesedap air yang berperisa dan manis, tetapi air kosong inilah yang mempunyai banyak khasiatnya. Badan kita memerlukan cecair seperti air kosong ini untuk terus memproses segala keperluan badan. Jika minum air manis terlalu kerap ianya mampu menambah kepekatan darah dan juga boleh menyebabkan kegemukan. Untuk kesan jangka masa panjang ianya akan meningkatkan risiko anda menghidap kencing manis.
Dinasihatkan supaya nada berjaga-jaga dengan pengambilan air manis di dalam diet seharian.

TIPS: Cara Mudah Untuk Minum Air Kosong
1) Sediakan botol air yang mempunyai sukatan
2) Pada waktu pagi, isikan air sehinga penuh
3) Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah di lihat dan dicapai
4) Setkan minda anda untuk habiskan air tersebut – “Saya suka air kosong & Saya mesti minum air kosong untuk kesihatan diri saya”
5) Minum sedikit demi sedikit setiap 20 minit.

Dengan pengambilan air putih secara berterusan, vitamin yang anda makan mampu menyerap sebaik mungkin ke dalam tubuh badan anda. Hasilnya, Khasiat vitamin itu memberikan tubuh badan anda sentiasa sihat & cergas.

2. Rancanglah Pengambilan Vitamin Anda.

Anda perlulah merancang untuk pengambilan vitamin anda. Sebagai contoh ESP diambil sebelum sarapan, Vitalea & B- Complex diambil selepas sarapan dan Vitamin C diambil selepas Makan Tengahari.
Kenapa perlu merancang pengambilan vitamin anda?
Ini adalah bertujuan untuk megelakan berlakunya peningkatan darah yang boleh menyebabkan ada rasa pening dan pitam. Disamping itu, ia juga boleh membantu buah pinggang anda untuk berfungsi dengan lebih baik.


3. Vitamin + Ubat-ubatan, perlulah dielakkan.

Adalah tidak digalakkan untuk makan vitamin anda bersama-sama dengan ubat-ubatan yang di bekalkan oleh doktor. Sekiranya anda berada di bawah pengawasan doktor di dalam pengambilan ubat-ubatan, adalah dinasihat memakan vitamin anda 1-2 jam selepas mengambil ubat doktor.
Ini bertujuan supaya vitamin yang anda ambil mampu menyerap dengan lebih baik.
TIPS: Sediakan jadual makan ubat doktor dan vitamin anda.
Vitamin merupakan makanan tambahan yang cuma menampung kekurang nutrisi di dalam badan kita.

4. Pengambilan Kafein – Kurangkan...

Pengambilan kafein yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan vitamin di dalam tubuh badan kita. Sekaligus ianya boleh menyebabkan kita kekurangan vitamin.
Sekiranya anda memakan vitamin, seboleh-bolehnya elakkan diri daripada minum minuman berkafein, bagi mendapat khasiat vitamin anda semaksimum mungkin.


5. Pantang larang ketika makan vitamin.

Adalah tidak disarankan mengambil multivitamin yang lengkap bersama zat besi bersama susu, sebaiknya makanlah vitamin anda bersrta air kosong bagi membantu penyerapan zat besi kedalam tubuh badan anda.

Kesimpulannya, Pastikan makanan berkasiat untuk tubuh badan anda. Maksimumkan pengambilan vitamin anda bagi memenuhi keperluan nutrisi harian anda. Badan sihat dan cergas bermula di tangan anda sendiri. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Pelihara nikmat kesihatan supaya ianya bermanafaat untuk anda sendiri, keluarga dan agama.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews