Wednesday, May 28, 2014

Isteri Lindungan Allah

Dulu Single, Sekarang dah kawin. Tanggungjawab menjadi semakin besar. Menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Pada peringkat awalnya memang terkejut. Memang culture shock tapi lama kelamaan ianya menjadi rutin dan kebiasaan. Bahu yang digalas dengan tanggungjawab terhadap keluarga yang akan dibina.

Isterilah peneman setia suami ketika susah dan senang. Penasihat peribadi yang terbaik. Menteri kewangan Keluarga yang cukup bijaksana. Chef yang bijak menyusun atur resepi untuk keluarga. Leteran isteri adalah nyanyian buat anak-anak dan suami. Si isterilah sumber kekuatan keluarga. Tulang belakang sesebuah keluarga.

Walaupun begitu berat tanggungjawab yang digalas oleh kita sebagai isteri, kadang-kadang kita leka, kita asyik dibuai kesibukan, hanyut dibuai dengan rasa tanggungjawab. Tidak ada istilah letih,penat dan lelah untuk kesemuanya. Terus menjadi yang terbaik dari masa ke semasa.

Khas untuk saya dan pembaca diluar sana yang bergelar isteri. Disini saya sertakan beberapa tips untuk kita memperbaiki diri supaya menjadi isteri yang disenangi dan diredhai..Fokus utama menjadi Isteri Lindungan Allah

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah.
Seorang isteri yang mengalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Pesanan untuk Diri Sendiri- saya masih dalam proses pembelajaran, mengadaptasi dan menerima segalanya. Suamiku, maafkan saya jika masih terdapat kekurangan.




Kongsikan:

Thursday, May 22, 2014

Rahsia kebahagiaan RumahTangga

Kebahagiaan tidak terjadi secara kebetulan melainkan anda sendiri yang menjadikannya (Happiness does not just happen, you have to make it happen). Menyentuh berkenaan kebahagian hidup sebagai suami isteri, ia adalah sesuatu yang dijadikan, diusahakan oleh masing-masing suami dan isteri. Jika kedua-dua pihak berdiam diri mengharapkan kebahagiaan, ia bukan sahaja tidak akan terjadi malah apa yang akan berlaku ialah sebaliknya, iaitu kebosanan, kemurungan dan perceraian. Oleh kerana itulah ada sebuah pepatah Inngeris yang berbunyi “Being passive in a relationship is a recipe for divorce”.



Bahagia sebagai suami isteri tidak semesti melalui cincin berlian, jam tangan berjenama dan bercuti di hotel lima bintang. Ia boleh diusahakan dalam kehidupan sehari-harian dengan apa yang semua kita sedia memilikinya, iaitu mata, mulut dan telinga. Berikut saya kongsikan beberapa petua kebahagiaan rumahtangga melalui mata, mutul dan telinga.



Mata.

Apabila suami bertemu isteri, isteri bertemu suami, maka pandanglah muka pasangan masing-masing dengan wajah yang terbaik. Sebaik saja bangun pagi misalnya, pandanglah muka suami dengan ucapan manis “Selamat pagi abang”. Apabila pulang dari pejabat misalnya, pandanglah muka isteri dengan wajah ceria “Assalamu’alaikum sayang”. Ringkasnya, apabila sahaja bertemu baik di pagi, siang, petang atau malam, hadiahkanlah pandangan dengan wajah yang terbaik.



Petua ini sebenarnya merupakan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam sebuah hadisnya baginda berpesan: Janganlah kamu menganggap remeh sedikit pun terhadap kebaikan, meski pun kamu hanya berwajah ceria kepada saudaramu (sesama muslim) ketika bertemu. [Shahih Muslim, no: 4760/2626] Dalam sebuah hadis yang lain baginda berpesan: Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang ceria, serta kamu menuangkan air dari bekas air kamu ke dalam gelas milik saudaramu. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1893/1970] Berwajah ceria tentu saja dengan memandang ke arah orang yang kita persembahkan wajah ceria tersebut. Tidaklah seseorang itu dianjurkan berwajah ceria apabila memandang ke dinding.



Meski pun hadis-hadis ini berbentuk umum agar dipraktikkan apabila bertemu dengan sesama umat Islam, siapakah yang lebih utama untuk kita mempraktikkannya melainkan terhadap pasangan hidup kita? Janganlah kita berwajah ceria apabila bertemu dengan jiran dan rakan sepejabat, namun berwajah “sepuluh sen” apabila bertemu dengan pasangan sendiri.



Mulut

Setelah mata memandang dengan wajah yang ceria, mulut pula mengucapkan kata-kata yang baik lagi jelas. “Assalamu’alaikum”, “Selamat pagi”, Selamat petang”, “Apa khabar?”, “Bagaimana hari abang?” “Apa perkembangan anak di tadika?” adalah antara ucapan yang boleh dikemukakan apabila bertemu dengan pasangan.



Mulut juga merupakan alat komunikasi yang mudah, maka manfaatkanlah ia dengan baik. Berbicaralah, bersembang-sembanglah, berkomunikasilah dengan pasangan anda dengan nada yang jelas lagi lancar, sambil memandangnya. Usah berbicara terlalu cepat atau dengan sebutan yang tidak jelas. Bersungguh-sungguhlah berbicara dengan pasangan anda sebagaimana anda bersungguh-sungguh berbicara dengan pelanggan atau rakan pejabat.



Jika kita merujuk kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda berbicara dengan lancar, jelas dan satu persatu sehingga orang di sekitar baginda mudah mengingati apa yang baginda ucapkan. A’isyah, isteri Rasulullah menerangkan bahawa Sesungguhnya apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam hendak berbicara, baginda berbicara sehinggakan jika seseorang itu ingin menghitungnya, nescaya dia akan dapat menghitungnya. [Shahih al-Bukhari, no: 3303/3568] Maksud menghitung di sini ialah baginda berbicara sepatah-sepatah dengan jelas sehingga dapat dihitung satu persatu perkataan baginda.



Pada ketika yang lain A’isyah menerangkan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak berbicara dengan laju sebagaimana kalian berbicara dengan laju. Baginda berbicara dengan jelas lagi satu persatu sehingga dapat dihafal oleh sesiapa yang mendengarnya. [Musnad Ahmad, no: 25012/26209 dengan sanad hasan]



Demikianlah etika berbicara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang amat baik untuk kita ikuti. Malah tiada siapa yang lebih patut kita berbicara dengan kesungguhan, kejelasan dan perlahan (tidak laju) melainkan terhadap pasangan kita sendiri. Jauhilah perbicaraan yang “nak tak nak”, ayat yang tidak lengkap, pilihan perkataan yang samar-samar ertinya atau berbicara dengan mulut yang dipenuhi makanan.



Apabila pasangan kita sedang berbicara, maka janganlah memotong perbicaraannya. Biarlah beliau menghabiskan apa yang ingin disampaikan, kemudian barulah kita berbicara atau bertanya. Pernah sekali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang berbicara dengan seseorang, lalu datang seorang Arab Badui (dari pendalaman) yang tiba-tiba terus bertanya soalan kepada baginda. Baginda tidak melayan soalan tersebut, sebaliknya meneruskan perbicaraanya. Setelah selesai, barulah baginda beralih kepada Arab Badui yang bertanya itu. [Shahih al-Bukhari, no: 57/59] Tindakan Rasulullah tidak melayan pertanyaan Arab Badui tersebut menunjukkan bukanlah satu etika yang baik untuk memotong perbicaraan seseorang.



Telinga

Jika diperhatikan semula hadis-hadis berkenaan etika berbicara Rasulullah, akan didapati para sahabat sungguh-sungguh memberi perhatian sehingga mereka dapat menghitung perkataan baginda dan menghafalnya. Dalam erti kata lain, mereka benar-benar “memasang telinga” untuk mendengar perbicaraan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.



Oleh itu di antara sesama pasangan, berilah perhatian dan dengarlah apa yang dibicarakan oleh pasangan kita. Janganlah telinga yang Allah kurniakan ini kita gunakan untuk mendengar muzik, TV, dan gossip sesama rakan tetapi terhadap sesama pasangan, kita seolah-olah menutupnya.



Demikianlah tiga alat yang kita semua sedia milikinya dan sedia untuk menggunakannya. Alat-alat ini kita lazim gunakan dengan baik di pejabat, bersama rakan atau pelanggan, namun jarang-jarang digunakan dengan baik apabila di rumah bersama pasangan. Oleh itu wahai para suami dan isteri, wahai bakal suami dan isteri, manfaatkanlah mata, mulut dan telinga anda sebaik-baiknya bagi meraih kebahagiaan hidup bersama.



Sumber : Artikel ini diterbitkan pada keluaran Februari 2013 majalah Pesona Pengantin dan disediakan oleh Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah, merupakan seorang juruterbang Malaysia Airlines dan beliau sangat meminati bidang penulisan ilmiah berkaitan agama. Seorang panel tetap majalah Pesona Pengantin untuk ruangan Bab Munakahat dan Soal Jawab Munakahat.


Kongsikan:

Wednesday, May 21, 2014

Cara Mudah Untuk SIHAT

Siapa yang tidak mahu SIHAT? Inilah satu-satunya nikmat yang Allah berikan pada kita yang tiada nilai gantinya. Tidak boleh dibeli wang ringgit. Bagaimana untuk sihat senantiasa? Sepertimana yang kita tahu semua penyakit itu datangnya daripada perut. Disebabkan itu jom kita audit gaya pemakanan kita. Adakah kita mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang atau sebaliknya.

Jika kita terlalu mengikut selera makan yang membuak-buak ini, jangan terkejut jika satu hari nanti berat badan kita bertambah tanpa diduga. Jangan merasa cemas sekiranya semua baju simpanan dialmari menjadi ketat dan tidak muat untuk dipakai.

Sebelum semua diatas terjadi kepada anda dan saya,Jom kita lihat apakah cara mudah untuk sihat. Semoga ianya menjadi panduan kepada saya dan sekaligus kepada pembaca diluar sana.


JAGA PEMAKANAN ANDA

Kurangkan jumlah pengambilan makanan yang berkalori tinggi, tinggi lemak dan tinggi kalestrol. Hadkan kesemua pemakanan yang mampu memberi kesan buruk kepada diri anda.

Apabila waktu makan kurangkan kuantiti makanan yang diambil ianya sekaligus mempengaruhi pengambilan makanan anda.

Sentiasa berfikir "Makan untuk Sihat".

DAPATKAN MAKANAN TAMBAHAN

Di dalam era yang serba canggih dan pantas ini, pencemaran disana sini. Makanan tambahan seperti vitamin memamg sangat-sangatlah diperlukan. Tengok saja gaya hidup kita masa kini, semestinya perlukan nutrisi atau makanan tambahan bagi menambah semula nutrisi yang semakin berkurangan.

Sekiranya anda selalu mengabaikan sarapan pagi, makan tidak tentu masa, tidak makan atau kurang pengambilan sayur dan tidak mengambil makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan, inilah masanya anda memerlukan Makanan Tambahan.Ianya bertujuan untuk melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Dapatkan makanan tambahan yang berkualiti dan Halal seperti produk Shaklee bagi membantu anda untuk terus cergas dan sihat. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya terus di talian 0172569166. Konsultasi percuma buat anda yang berminat.


ELAKKAN MAKANAN RINGAN / MAKANAN SEGERA

Makanan ringan dan segera memang sedap dimakan. Terutama sekali ketika menonton TV. Sekiranya anda mempunyai tabiat suka mengunyah makanan ringan semasa menonton TV, adalah dinasihatkan untuk berhenti daripada amalan kebiasaan ini.
Gantikan makanan ringan dan segera ini dengan buah-buahan yang telah dipotong ataupun salad segar yang menyelerakan.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda terus mengambil makanan ringa atau segera tetapi haruslah perpada-pada dengan kuantiti yang sedikit dan diimbangi dengan aktiviti-aktiviti fizikal seperti menaiki tangga ataupun berkebun.


BERKONGSI LUAHAN RASA

Untuk elakkan tekanan atau kemurungan, pilihlah beberapa orang sahabat yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah anda. Luahkan dan ceritakanlah.Jangan di pendamkan segala masalah anda bersendirian.

Jika masih sukar mempercayai sahabat anda, tulislah segala masalah anda di dalam satu kertas kosong. Setelah siap segala luahan anda koyakkan,dan buang kertas tersebut. Mesti lega rasanya.

Sekiranya anda tidak berkongsi masalah yang dihadapi bimbang nanti ia akan meningkatkan tekanan dan sekaligus menjadi kemurungan kepada diri anda.


RANCANG MASA SEBAIKNYA

Rancang masa anda sebaik-baiknya untuk bekerja ataupun bersama keluarga. Jika boleh jangan bawa tekanan kerja yang anda alami dipejabat ke rumah dan menjadi mangsanya adalah anak-anak. Mereka tidak bersalah.

Sekali-sekala rancang percutian bersama keluarga bagi mengeratkan aktiviti kekeluargaan.
Merancang masa yang berkualiti bersama keluarga boleh mengeratkan siraturahim dan sekaligus mampu membentuk keluarga yang bahagia.

Dari segi kesihatan dengan perancangan masa yang betul, ianya memberi ketenangan,kedamaian dan melindungi kesihatan jantung serta tekanan darah anda.

Diakhir coretan, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat anda dan saya supaya dapat beribadat dengan sempurna dan menjaga,memelihara keluarga tersayang dan melihat anak membesar dengan sempurma..amin.

Kongsikan:

Saturday, May 17, 2014

Testimoni Mealshake - Anak Kurang Selera Makan

Ibu bapa mana yang tidak risau jika anaknya kurang selera makan kadangkala sehingga berhari hari tidak mengambil nasi. Bimbang nanti anak kekurangan nutrisi terus menjejaskan pertumbuhan pembesaran mereka. 

Doktor menasihat ibubapa supaya lebih kreatif tetapi kadangkala ibubapa sudah buntu dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Masih menghadapi masalah yang sama. Ingin membiarkan anak anda kurang selera makan?

Jika tidak, Ambillah langkah pencegahan dengan mengambil MEALSHAKE sebagai makanan tambahan di dalam menu seharian mereka.

Lihat saja testimoni, apabila selera makan anak bertambah Ibu Rusing menjadi Gembira melihat perubahan tersebut.

Untuk mendapatkan Mealshake buat anak kesayangan anda, SMS/Whatsapp 017 256 9166. penghantaran PERCUMA sekitar Puchong dan Seremban. Penghantaran mengunakan Pos Laju ke seluruh Malaysia, Termasuk Sabah & Serawak.



Kongsikan:

Resepi - Roti Pizza - ChikuBoomChaCha

Tarra....mlm nie kita dinner ala-ala western gitukan..Roti pizza. Resepinya simple dan mudah saja. dan saya percaya pasti ramai yang sudah mencubanya dan akan mencubanya.. Sedap memang tak terkira. Tak perlu membazir untuk makan diluar jika anda mampu membuatnya sendiri. Perbelanjaan tidak mencecah RM50.

Akhirnya saya merasmikan jugak ketuhar hadiah perkahwinan 2 tahun lepas pemberian rakan sepejabat.. In Sha Allah, saya akan mencuba resepi baru dari masa ke semasa dengan mengunakan ketuhar ini.

Berbalik pada resepi roti pizza tadi bahan-bahan yang perlukan adalah seperti:

Roti Gardenia
Majerin
Tomato Puri
Mix Vege
Sausage
Mozarella Cheese
Sos Cili

Cara-caranya
1) Sapu majerin dan tomato puri diatas roti.

2) Susunkan sausage yang telah dipotong dan tabur Mix vage keatas roti tadi (Mengikut kreativiti dan citarasa anda)
3) Letakkan sos cili dan taburkan Mozarella Cheese keatas roti tadi
4) Bakar pada suhu 150C dalam masa 10 minit


5) Siap dimakan bersama keluarga. Jangan lupa dahulukan doa makan.



















mUDAH & sIMPLEKAN. Selamat Mencuba serta .sELAMAT mENJAMu Selera..NYummYY..Sebelum makan Jangan Dilupa Doa Makan..

Kongsikan:

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayi.

Semasa saya menaip entr ini, masih terbayang-bayang lagi pengalaman saya dan suami ketika mencari kelengkapan buat Sufiya. Terasa sangat teruja, seronok dan mengembirakan. Tidak ndapat diluahkan bagaimana perasaan teruja melanda diri kami berdua. Sangat Seronok..

Namun keterujuaan dan emosi shopping melampau untuk barangan bayi perlu dikawa. Berdasarkan pengalaman saya dahaulu, satu senarai semak ataupun checklist saya sediakan. Almaklumlah takut membazir. Selain daripada itu, saya akan menunggu-nunggu bilakah adanya WAREHOUSE sale bagi baju-baju bayi dan barangan bayi kerana semuanya akan dijual lebih murah pada ketika ini.

PERKARA_PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA ..adalah seperti

Pakaian Bayi
Semesti rambang mata ketika membeli. Tips pertama.ketahui jantina anak anada dahulu, jika tidak pasti belilah baju yang warnanya flexible. Membeli pakaian asas terlebih dahulu. Digalakkan membeli saiz yang lebih besar supaya lebih tahan lama ini kerana bayi cepat membesar dan boleh digunakan lebih daripada sebulan. Sedikit info saya nyatakan disini, beli ketika Jualan Murah, supaya dapat menjimatkan poket anda kerana adalah yang lebih penting daripada baju.

Pakaian Asas unu bayi anda adalah seperti

•Baju lengan pendek
•Baju lengan panjang
•Seluar pendek
•Seluar panjang
•Barut
•Sarung kaki
•Sarung tangan
•Kain bedung
•Topi
•Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
•Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
•Tisu basah
•Alas atau pelapik untuk menukar lampin
•Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Peralatan yang perlu untuk membersihkan bayi anda pula adalah seperti perkara-perkara dibawah.. Mesti dibeli sebelum kelahiran bayi anda sebagai persediaan.

•Besen mandi bayi
•Tuala mandi
•Tuala muka
•Cecair mandian
•Syampu
•Losen bayi
•Minyak bayi
•Bedak bayi
•Sikat atau berus rambut
•Minyak telon
•Alat pemotong kuku
•Kapas muka
•Krim ruam lampin
•Termometer digital
Tidur

Bayi memastikan bayi anda tidur dengan nyenyak dan selesa, sediakanlah peralatan seperti berikut:

•Tilam
•Bantal kepala
•Bantal peluk
•Cadar
•Selimut

**PENTING**
SET PENYUSUAN BAYI

•Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
•Bekas penyimpanan susu ibu
•Beg pendingin
•Nursing cover

Penyusuan susu formula:

•Botol susu bebas BPA
•Puting botol susu
•Berus botol
•Bekas untuk menyimpan susu formula
•Bekas menyimpan air panas
•Bekas menyimpan air kosong
•Alat steril botol susu

Sebelum membeli kira-kira terlebih dahulu bajet anda. Berjimat cermat di dalam apa jua yang anda lakukan. Kelahiran bayi ataupun orang baru bukan bermakna untuk anda berbelanja lebih. Sediakan diri mental dan fizikil anda untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Kongsikan:

Kepentingan Sarapan Pagi..


Pentingnya pengambilan sarapan pagi buat kita. Kadang-kadang terlepas juga untuk mengambil sarapan ini, almaklumlah terlalu sibuk sampaikan tak sempat untuk menyediakan sarapan. Dah tahu kepentingannya tapi masih mengabaikannya. hehehe itulah saya tetapi semen
jak bertemu dengan Shaklee tidak ada alasan untuk saya tidak bersarapan.Semuanya menjadi mudah.

Saya amat berkeyakinan pembaca diluar sana, mesti lebih mengambil berat tentangnya pengambilan sarapan, lebih-lebih lagi buat anak-anak mereka. Ini adalah kerana Menurut Pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40% kanak-kanak perempuan dan 32% kanak-kanak lelaki tidak bersarapan secara teratur pada waktu pagi.

Selain itu, Terdapat juga Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran MATEMATIK dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap sopan”


Kebaikan mengambil sarapan pagi bukan saja untuk anak-anak tetapi juga boleh memberikan kesan kepada golongan dewasa termasuk ibubapa. Ibubapa juga perlu sihat untuk memastikan anak-anak sihat.Jom kita lihat kebaikan bersarapan bagi ibu bapa dan anak..

•Dapat mengurangkan rasa lapar, lesu dan letih, mengantuk dan tidak bertenaga bagi ibu bapa dan anak
• Ibu bapa dan anak-anak lebih aktif apabila berada ditempat kerja, disekolah ataupun di dalam menjalankan aktiviti seharian.Di samping itu ianya boleh membantu anak-anak untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan cergas didalam kelas.
•Lebih fokus
•Dapat menghindarkan perasaan gelisah dan tidak tenteram dan cepat marah

IDEA MUDAH UNTUK SARAPAN ANAK dan DIRI ANDA

# Dapatkan Meal Shakes yang mengandungi 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Berperisa Vanilla yang enak dan membuka selera. Sekaligus menjadi kegemaran anak anda disamping memperolehi khasiat yang terbaik untuk tubuh badan mereka. Ianya bukan saja boleh diminum oleh anak anda tetapi boleh dinikmati sessi keluarga. Minuman Berkhasiat yang boleh dikongsi dan dimiliki oleh sessi keluarga.

# Ditambah pula dengan pengambilan Omega Guard yang kaya dengan DHA &EPA yang mampu meningkatkat prestasi dan perkembangan otak

Dengan penyediaan Mealshake yang mudah seperti membancuh air 3 in 1Kini anda tiada alasan lagi untuk anda dan saya tidak bersarapan pagi..Satu rumah 1 Mealshake..Satu keluarga sihat.


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Thursday, May 15, 2014

Penyelesaian Masalah Tumit Pecah


Dari kepala hinggakan ke tumit kaki, semuanya perlukan penjagaan yang sempurna. Inilah nikmat pemberian dan pinjaman Allah swt kepada kita. Disebalik penjagaan itu, kadang-kadang timbul jugak masalah. Walaupun tidak memudaratkan tetapi ia merupakan petujuk dimana badan kita kekurangan air jika masalah ini berlaku.

Apa tindakan anda?. Masalah apa itu? Masalah Tumit Pecah. Tidak boleh dipandang ringan, takut nanti boleh menjejaskan sedikit sebanyak imej anda..

Kebiasaannya masalah tumit pecah ini berlaku tanpa mengira usia bagi kaum wanita. Ibu-ibu dan anak gadis sememangnya tidak dapat lari daripada masalah ini. Saya sendiri pun tidak terlepas daripada melalui masalah ini satu masa dulu.

Masalah tumit pecah ini berlaku dengan rekahan dibahagian tumit kaki. Ianya kelihatan seperti pecah-pecah di bahagian tumit kaki. Sekiranya keadaan bertambah teruk rekahan berlaku disekeliling kaki.

Permulaan pada masalah ini, kulit anda akan kelihatan berkilat dan bersisik, jika tidak ada pencegahan yang diambil iaitu langkah berjaga-jaga bahagian tumit anda akan mengeras dan akhirnya merekah dan pecah. Apabila tumit kaki anda pecah , pemakaian sandal bukanlah pilihan yang sesuai lagi untuk anda kerana ia menampakkan kekurangan pada tumit kaki anda. Selain daripada itu, ia juga menunjukan bahawa anda kurang prihatin di dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri..

TIPS PENJAGAAN TUMIT KAKI & PENYELESAIANNYA

•Minum air secukupnya. Kesan daripada kekurangan air di dalam tubuh badan anda akan menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.

•Fakt0r Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, ianya meningkatkan potensi anda untuk menghadapi masalah yang sama

•Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.

•Wanita hamil juga meghidapi masalah ini kerana pertambahan berat badan dan perubahan hormon.

•Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

•Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


PENYELESAIANNYA

•Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.

•Kekalkan berat badan ideal.

•Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.

•Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

Kini, anda tidak perlu runsing bagi mengatasi dan merawat masalah ini. Dapatkan Herbal Blend Multipurpose Cream  yang mana mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Di antara kebaikkannya adalah seperti berikut:


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek



Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Sumber: google


















Kongsikan:

Wednesday, May 14, 2014

Nutrisi Penting buat Si Manja


Pengalaman menyediakan makanan untuk bayi memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Apabila Sufiya berumur 6 bulan sememangnya sangat teruja untuk memberikannya makanan pejal. Dipertengahan keseronokan itu, kadangkala saya buntu dan mencari - cari nutrisi dan makanan apa yang patut sepatutnya diberikan kepada Sufiya. Di sebabkan itu, membuatkan saya terpanggil untuk mencari-cari di dalam Mr Google apakah nutrisi penting buat Sufiya.

Nutrisi Penting Buat SiManja

# Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

# Zat besi - Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

# Zinc - Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

# Vitamin C

# Vitamin A (ini diberi nama beta karotena dalam makanan kategori sayuran)

# Asid lemak omega 3 - DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

# Kurangkan kaedah pemperosesan terhadap sayur dan buah, pemprosesan yang banyak akan mengakibatkan kehilangan khasiat di dalam sayur & buah tersebut

# Sekiranya menyediakan makanan di dalam kuantiti yang banyak. Segera menyimpan makanan tersebut di dalam penyejuk beku. Cara terbaik adalah menyimpan makanan di dalam bekas ais atau tupperware kecil dan mengunakan kaedah penyejukbekuan. Hanya kuantiti yang diperlukan akan dikeluarkan bila diperlukan.

# Berikan sedikit buah-buahan bagi menampung keperluan vitamin C. Elakkan daripada memberikan lebihan makanan semalam kerana sebahgain nutrisi telahpun hilang.

# Sekiranya anak anak sudah pun berumur 1 tahun keatas, inilah masanya anda memberikannya makanan tambahan seperti Mealshake Shaklee, ianya mengandungi sumber protein yang perlu bagi tumbesaran anak.Selain itu, boleh ditambah juga dengan pengambilan Omega Guard bagi mendapat khasiat yang maksimum khusus untuk tumbesaran anak kesayangan anda.

Kebaikan Omega Guard Buat Si Manja Anda

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*


* Mengandungi minyak ikan
* Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
*DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
* Imuniti badan
* Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
* Sistem peredaran darah yang teratur

Kebaikan Mealshake buat Si Manja Anda

* Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar
* Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
* Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek



Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Monday, May 12, 2014

Hadiah Hari Ibu- Hari-hari Sayang IBU

Rasanya belum terlewat untuk wish "Selamat Hari IBu" kepada Ibu-IBu kesemuanya. Hari ini Birthday Ibu saya, Doa saya senantiasa mengiringi beliau walau dimana saja Ibu berada.

Anda-anda sekalian pun masih belum terlewat untuk menghadiahkan Makanan Kesihatan ini kepada ibu Anda,Jika kebiasaanya menyambut hari ibu dengan makan-makan di restoren-restoren dengan menu yang istemewa, dihadiahkan dengan sejambak bunga.Apakata tahun ini bertukar dengan menghadiahkan ibu anda makanan tambahan yang berkhasiat.

Tujuannya adalah, supaya ibu anda bertambah sihat, bertambah cergas dan apabila keesokkannya atau kita pulang ke kampung, kita masih boleh lihat senyuman mereka.
Siapa lagi yang akan jaga mereka, sekiranya bukan kita sebagai anak meraka ini.Inilah masanya untuk berbakti kepada kedua ibubapa kita.

Usah berharap orang lain akan menjaga ibubapa kerana orang lain juga sibuk untuk menjaga ibubapa mereka sendiri. Ibubapa merupakan ladang pahala bagi kita.

Hadiahkan Ibu anda dengan Vitalea & Ostematrix Shaklee. Pastinya berbaloi.

Khasiat Vitalea
- memberikan tenaga,kecergasan tubuh
- membantu sistem memori
- meningkatkan metabolime dan melambatkan penuaan
- Melengkapkan nutrisi yang berkurangan di dalam tubuh
- membantu memperbaiki kesihatan secara menyeluruh

Khasiat Ostematrix
- menguatkan tulang, mampu meringankan sakit lutut,kaki
- mengurangkan kejang dan kebas kaki
- membekalkan kalsium untuk gigi
- meringankan stress dan memelihara denyutan jantung dan mengimbangi tekanan darah.

Kongsikan:

Kisah Pengajaran - Kisah Semut & Keldai (Mesti Baca)

Terbaca kisah semut dan keldai ni, membuatkan saya terpikir sesuatu. Ianya membuatkan saya berminat untuk meletakkannya di dalam blog kegemaran saya ini. Credit daripada website Irfan Khairi. Semoga ianya menjadi ikhtibar kepada saya dan pembaca diluar sana.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Islam amat menggalakkan perniagaan sebagai kerjaya umat muslim. Kita perlu yakin bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan. Namun begitu, berdasarkan fakta, tahukah anda bahawa dalam komuniti manusia, hanya 1/10 sahaja yang menjalankan perniagaan sedangkan 1/10 inilah yang menjana pendapatan yang lumayan dan dari 1/10 ini, hanya 5% sahaja yang benar-benar kaya raya, yang lain hanya kaya biasa-biasa dan sebilangan besar mereka pula pernah merasa erti kegagalan dan kerugian puluhan ribu ringgit mahupun jutaan ringgit.

Sebenarnya, tidak ramai yang sanggup untuk berusaha keras untuk menjadi kaya, namun apabila ditanya tentang adakah anda mahu kaya? Rata-rata menjawab; “Ya, sudah pasti saya mahu kaya!”.

Apabila diajak untuk berniaga, mereka mula menjawab; “Baik sahaja aku makan gaji, kerja senang, bulan-bulan dapat gaji tetap, rajin ke malas ke, tetap dapat gaji!”

Mengapa berlaku sedemikian?

Penulis ingin bawakan kepada para pembaca sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat semua para pembaca sekalian. Ayuh teruskan membaca dan sama-sama kita hayati maksud tersirat yang ingin penulis cuba sampaikan.

KISAH SEKUMPULAN SEMUT DAN SEEKOR KELDAI PEMBAWA BARANG
Pada suatu hari, seekor keldai sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan keldai itu. Keldai tersebut hanya mengikut sahaja perintah majikannya tanpa banyak soal walaupun hakikatnya ia sudah terlalu letih membawa bebanan tersebut.

Perjalanan tersebut begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka keldai itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih. Ketika keldai itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa beban makanan mereka. Keldai itu mula tertarik melihat gelagat sekumpulan semut tersebut.

Semut-semut tersebut semuanya kelihatan gembira sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Keldai itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi- nyanyi.

Semut-semut itu juga melihat keldai terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri keldai tersebut, ketua semut itu bertanya kepada keldai, “Hai keldai, apa yang sedang kamu lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab keldai tersebut.

“Kenapa kamu kelihatan begitu penat sekali?” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab keldai itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang keldai?”
Maka keldai pun menjawab, “Bos saya punya, yang sedang minum dan makan-makan dibawah pohon di sebelah sana tu!”

“Oh begitu….” kata sang semut tersebut sambil tersenyum.

Sang keldai berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira? Sedangkan kamu semua terpaksa mengangkat beban makanan yang besar-besar belaka?” tanya sang keldai kepada sang semut tadi.

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali. Tiada istilah penat bagi kami dan kami sangat gembira melakukannya.”

“Mengapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang keldai dengan rasa penuh kehairanan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai sang keldai yang dihormati.”

“Apa perbezaannya, sang semut? Saya lihat, kita sama sahaja, membawa bebanan masing-masing?” tanya keldai kembali.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum dan berehat-rehat di bawah pohon sana, sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.

Keldai itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor keldai yang hanya pandai menurut perintah majikannya tanpa sedikit pun sedar akan maksud yang disampaikan oleh sang ketua semut tersebut.



Baiklah, para pembaca yang budiman sekalian. Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini?

Sebenarnya, banyak moral disebalik kisah ringkas ini! Tetapi terdapat satu pengajaran penting yang boleh kita ambil disini ialah;

Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sendiri, dan bukannya impian orang lain atau impian majikan mereka.

Pengajaran yang kedua, terdapat golongan yang tidak sedar tentang potensi mereka yang sebenar. Samada mereka tidak diberi peluang, tiada modal ataupun sudah tahu namun tidak berani untuk bertindak kerana terlalu risau tentang cakap-cakap belakang yang mengatakan berniaga itu berisiko tinggi untuk gagal, tiada pendapatan tetap dan tiada jaminan masa hadapan.

Penulis berharap agar mesej yang ingin disampaikan disini, membawa kesan walaupun sedikit kepada para pembaca. Minda kita harus dicuci dan dibersihkan. Jika kita sekarang sedang bekerja, belajarlah untuk berniaga secara sambilan dahulu. Jika tiada minat, banyakkan membaca tentang kejayaan usahawan-usahawan ternama dan ubahlah sikap, mungkin suatu hari nanti dibukakan hati untuk meminati perniagaan, kerana perniagaan itu Sunnah Rasulullah SAW.
Kongsikan:

Tanda-tanda Gastrik & Cara Mengatasinya

Berasa tidak selesa. Anda mengalami Pedih perut... terasa angin di dalam perut..... terasa ingin muntah dan sudahpun mengeluarkan semua makanan yang diambil dengan muntah... Owhh.. Pedih nya perut apabila GASTRIK melanda.

Sesiapa saja berisiko untuk mendapat gastrik. Tidak kira jantina dan peringkat umur. Semuanya berpotensi menghidap penyakit yang membuatkan perut merasa tidak selesa ini. Berikut adalah tanda-tanda gastrik yang yang perlu kita ketahui supaya dapat mencengah daripada kita menghidapi dengan lebih serius.

- Mempunyai rasa yang senantiasa lapar dan perlu kerap mengambil makanan
- rasa senak atau pedih perut (bahagian atas perut atau abdomen). Kebiasaan rasa ini akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa.
- Apabila lewat makan atau tidak mengambil makanan pesakit akan merasa sakit kepala di bahagian kanan. Ini merupakan angin di dalam perut yang telah sampai dan menyerang bahagian kepala.
- rasa loya dan mual, perut sebu menyebabkan hilang selera makan
- Badan rasa seperti mahu demam dan seram sejuk jika terlepas terlepas waktu makan
- Ditahap yang kritikal, pesakit akan muntah-muntah yang berwarna kekuningan atau kadang kala disertai dengan darah
- Kerap kali sendawa yang mengeluarkan angin apanila tidak makan. Ini merupakan gas asid yang berada di dalam perut dan dikeluarkan melalui sendawa yang berpanjangan.

Siapa yang berisiko mengalami Gastrik ?
- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam satu tempoh yang lama.
- Individu yang merokok dan minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol mampu mencederkan lapisan pertahanan organ badan (lapisan mukosa)
- Individu yang sering stresss (tekanan kerja, sosial atau badan sering tidak sihat). Stress juga sering dialami oleh individu yang baru menjalanai pembedahan besar. Ini mampu mengundang stress pada badan.
- Pengamal ubatan tradisional terutama yang telah dicampur dengan steroid supaya lebih mujarab.



Shaklee ESP adalah pilihan terbaik bagi membantu badan menghasilkan sel baru dengan cepat. Kemampuan badan menggantikan sel akan membantu dalam penghasilan dan membaikpulih lapisan mukus yang termusnah akibat hakisan asid hidroklorik dalam perut.

•Ostematrix adalah sumber kalsium yang mampu menyerap ke dalam badan dengan lebih optimum. Seperti petua yang sering kita dengar, "Amalkan minum susu putih bila gastrik". Ya.. susu mengandungi kalsium yang bersifat alkali. dengan kehadiran kalsium mampu membantu mengurangkan keasidan asid di dalam perut.
•Shaklee Alfalfa adalah ramuan herba semula jadi dari tumbuhan Alfalfa. Alfalfa memang terkenal sebagai 'Father of All Herbs'. Alfalfa mampu memberi kesihatan kepada sistem pencernaan dan mencegah badan daripada punca

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Saturday, May 10, 2014

Perkembangan Janin -Trimester Pertama (Part 1)

Pengalaman mengandung memang tidak dapat dilupakan. Mengira minggu-mingu yang berlalu dan menghitung detik-detik untuk menjadi ibu buat pertama kalinya. Memang payah digambarkan dengan kata-kata. Itulah sebahagian daripada pengalaman saya. Betapa uniknya, betapa hebatnya Kuasa Allah S.W.T menciptakan alam rahim bagi perkembangan janin seterusnya menjadi bayi yang sempurna sifatnya..Allahuakbar..Allah Maha Besar.

Jom mengembara ke Alam Rahim. Kita lihat bagaimana perkembangan bayi kita dari minggu ke minggu dan bagaimana ianya membesar di dalam rahim kita.  Pada ketika ini apa yang di makan oleh makan ibu adalah dikongsi bersama bayi yang dikandung. Ianya merupakan sumber nutrisi bagi bayi anda.

TRIMESTER PERTAMA (Minggu Pertama - Minggu Ke12)

  • Minggu Pertama
Sel2 telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari. Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulai proses pembuahan. 5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka yaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel saja yang bisa menembus dinding telur.

Sebaik saja telur disenyawakan anda tidak lagi didatangi haid. Apabila telur telah disenyawakan bakal ibu ibu akan merasa perubahan kepada diri mereka seperti payu dara berubah sakit,benjol,mual dan sentisitif pada bau-bauan.


Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Mengambil asid folic kerana ia menghasilkan sel darah merah dan megelakkan kecacatan janin.

  • Minggu Kedua
Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopi menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.

Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.


Dinding rahim menebal dan mempersiapkan tahap ovulasi.Ovulasi adalah dimana ovari membebaskan telur. Pada minggu ini ianya menghasilkan beribu-ribu telur.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folic,besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrein penting untuk perkembangan bayi yang sihat.

  • Minggu Ketiga
Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sedar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.

Setelah persenyawaan berlaku, telur atau dikenali sebagai blastocyst melalui tiub fallopian ke rongga uterus dan terbenam pada lapisan rahim. Blastocyst akan merembeskan mukus menyatakan kehadirannya di dalam rahim. Dalam 12 -24 jam telur ini akan disenyawakan.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Mengambil lebih makanan yang berasaskan Kalsium

  • Minggu Keempat
Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif.

Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

 Ianya bersaiz 6mm panjang dan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Pada minggu ini juga terbentuk versi awal plasenta dan taki pusat sudah mula berfungsi menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Melakukan senaman ringan supaya dapat mengelakkan rasa tidak selesa, sakit belakang dan keletihan

  • Minggu Kelima
Terbentuk 3 lapisan yaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Embrio semakin membesar dan kelihatan seperti anak berudu. Ianya sudah mempunyai degupan jantung. Manakala Plsenta dan tali pusat sedahpun berfungsi sepenuhnya. Jantung terbahagi kepada dua ruang iaitu ruang kiri dan kanan.Ianya mula berdegup 150 kali seminit iaitu kira-kira dua kali kadar kelajuan degup jantung orang dewasa.Organ utama termasuk hati dan buah pinngang juga sudah mula membesar

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Elakkan aktiviti seperti bersauna, berjakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu bbadan meningkat ini adalah kerana jika suhu badan terlalu panas ianya boleh menyebab kecacatan pada bayi.

  • Minggu Keenam
Si ibu akan mengalami "Morning Sickness" atau alahan terhadap bau-bauan dan kelihatan tidak bermaya. 

Manakala, ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari kepala hingga belakang. Saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum boleh mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, angota-angota kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai kelihatan

Terdapat saluran yang menghubungkan bayi dan plasenta mula membesar dan menjadi tali pusat. Terbentuknya saluran darah. Mata bayi jelas kelihatan dan otaknya dalam proses perkembangan.Saiz bayi sebesar jari kelingking dan juga dapat dilihat bentuk kepala yang besar iaitu pembentukan awal mata dan lubang hidung.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan minum air.Lebih rehat dan elakan aktiviti yang berat.

  • Minggu Ketujuh
Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

 Saraf dan otot berfungi buat pertama kalinya. Ketika ini bayi mempunyai tindakan refleks dan bergerak spontan.Anggota badan yang lain seperti hidung,bibir,lidah dan gigi dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya makin berkembang.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Elakkan  ketempat yang sesak. Jika anda merasa pening, elakkan berdiri terlalu lama untuk mengelakan anda pengsan.


  • Minggu Kelapan
Panjang kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda boleh melihat , hidung dan kelopak mata mulai berkembang, begitu pula telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan tengkorak, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah pembuahan.

Bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna

 Lengan,kaki,tangan,paha dan bahu sudah menjadi kompenen yang lengkap.Jantung sudah mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Sudah mula bergerak tetapi tidak dapat merasa gerakkannya kerana masih kecil.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Memakai pakaian yang selesa, kerana perubahan fizikal sudah mula berlaku. Jika terdaplu meat lelehan faraj adalah perlu memakai panty liner atau membawa seluar dalam lebih untuk keselesaan.


  • Minggu kesembilan
Telinga bahagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.

Pergerakan pertama dapat dikesan dengan mengunakan ultrasound. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudahpun terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk. Semua bahagian tubuh terbentuk dan kelihatan jelas seperti mata, tangan ,kaki,alat kelamin dan organ lain.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Sekiranya berat badan ibu berlebihan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

  • Minggu kesepuluh
Semua organ penting yang telah terbentuk mula bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru dihasilkan setiap minit. Otaknya berkembang cepat sehingga saiz kepala lebih besar daripada tubuh. Ia mulai tampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.

Ibu jari dan jari jemari jelas kelihatan tetapi bentuknya masih belum sempurna seperti jari manusia yang normal.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan berehat, Lebihkan minum air.Si ibu akan merasa panas ini adalah keranapenambahan jumlah darah yang mengalir semakin banyak di dalam tubuh dan saiz rahim semakin membesar.


  • Minggu Kesebelas
Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Rambut, kuku jari tangan dan kakinya mula tumbuh sempurna. Sesekali di usia ini janin sudah menguap.

Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah bisa dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar yang kerap terasa menyakitkan sekaligus memberi sensasi kebahagiaan tersendiri kepada ibu.

Ketika ini, ibu sudah boleh mengetahui jantina bayi kerana organ seksnya sudah mula kelihatan.Bayi juga sudah mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali. Kini,bayi berada didalam zon selamat daripada ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan rehat, Elakkan aktiviti berat dan amalkan senaman ringan. Makan makanan berkhasiat


  • Minggu kedua belas
Organ sudah mula terbentuk. Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin bisa jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram.

Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. 
Keseluruhan bentuk tubuh sudah mula kelihatan. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya.Jantung bayi berdegup antara 11o hingga 160 kali seminit dan sudah mula bernafas

Bagi si ibu, Morning sickness semakin berkurangan.Berlakunya perubahan fizikal kepada tubuh.

Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Ambil makanan yang berkhasiat banyakkan rehat lakukan senaman ringan.



*********************************************************************************

Pengambilan nutrisi seimbang amatlah digalakankan pada ketika ini. Bakal-bakal ibu juga boleh mengambil set mengandung bagi Trimester pertama bagi menjamin kesihatan diri anda dan bayi yang berada di dalam kandungan. Ianya juga berkait rapat dengan perkembangan bayi anda.


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan







Kongsikan:

Friday, May 09, 2014

Keistimewaan Mealshake

Apabila anak kita kerap kali tidak sihat, mestilah ibubapa merupakan insan yang paling risau dan dukacita. Pastinya tercari-cari makanan tambahan yang apakah patut di beri kepada si manja anda.

Dengan ini adalah dicadangkan supaya anda memberikan MEALSHAKE SHAKLEE sekiranya anak anda kerap mengalami demam,selsema,sembelit, badan berkurangan atau kurus ,kurang selera makan, dan tidak mengemari sayur,Asthma dan eczema.

 Ianya merupakan makanan tambahan yang paling sesuai untuk anak anda. Sessi keluarga juga boleh menikmati mealshake untuk kesihatan bersama. Makanan tambahan ini mampu menjadi pelengkap nutrisi kepada tubuh badan anda.

Jom kita lihat keistimewaan MEALSHAKE.


Pastinya sebagai ibu bapa kita mahu melihat anak kita membesar dengan sempurna dan sihat. Diharap makanan tambahan ini dapat membantu anak anda supaya dapat membesar dengan lebih sihat. Dengan niat membantu anda,saya amat berharap ianya dapat membantu menyelesaikan masalah dan menghapuskan kerisauan anda. Semoga anak anda dan anak saya senantiasa sihat dan membesar dengan sempurna.

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan



Kongsikan:

Monday, May 05, 2014

Tips: Makan Luar bersama Keluarga

Sekali sekala makan diluar bersama keluarga amat menyeronokkan. Sesetengah daripada kita memanggil makan diluar sebagai “Makan Besar”. Aktiviti makan bersama keluarga ini patut diterapkan dikalangan ahli keluarga kerana ianya mampu mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga yang lain.

Disini saya senaraikan beberapa tips untuk lebih sihat jika kita makan diluar..

 Pilihlah makanan yang direbus,dikukus atau dipanggang daripada makanan yang digoreng.

Jangan segan atau malu untuk membuat pesanan supaya makanan yang disediakan kurang manis,kurang minyak atau kurang garam. Contohnya: Mamak, Teh tarik satu,kurang manis ok!!

 Jangan berasa segan-segan atau malu untuk memesan air suam.Kurangkan minum air bergula.Order saja jus buah-buahan  tanpa gula.semstinya dapat melegakan tekak anda yang kering dahaga itu.

Berkongsi hidangan dengan ahli keluarga yang lain. Jangan terpengaruh dengan promosi makanan yang disediakan oleh pihak kedai. Bersederhana di dalam memilih kuantiti makanan dan jangan diikutkan selera makan.

Kesimpulannya, Walau dimanapun anda berada, jangan mempertaruhkan kesihatan anda hanya untuk menikmati makanan yang lazat. Makanlah untuk menjaga kesihatan diri anda dan keluarga. Terapkan amalan memakan makanan sihat dikalangan keluarga anda keran ianya adalah anugerah daripada Allah swt.

*********************************************************************************

Wah !! perut dah kenyang, Makan dah banyakkan, barulah teringat nak diet..barulah terpikir tentang kalori..Risau tentang berat badan yang akan bertambah..Rasa seakan-akan berat badan anda bertambah..Mari kita ambil set diet yang mampu milik ini. Ianya berperanan bukan saja untuk mengurangkan berat badan anda malah sekaligus mampu berfungsi untuk sebagai makanan kesihatan untuk tubuh badan anda.



Hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews