Wednesday, May 21, 2014

Cara Mudah Untuk SIHAT

Siapa yang tidak mahu SIHAT? Inilah satu-satunya nikmat yang Allah berikan pada kita yang tiada nilai gantinya. Tidak boleh dibeli wang ringgit. Bagaimana untuk sihat senantiasa? Sepertimana yang kita tahu semua penyakit itu datangnya daripada perut. Disebabkan itu jom kita audit gaya pemakanan kita. Adakah kita mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang atau sebaliknya.

Jika kita terlalu mengikut selera makan yang membuak-buak ini, jangan terkejut jika satu hari nanti berat badan kita bertambah tanpa diduga. Jangan merasa cemas sekiranya semua baju simpanan dialmari menjadi ketat dan tidak muat untuk dipakai.

Sebelum semua diatas terjadi kepada anda dan saya,Jom kita lihat apakah cara mudah untuk sihat. Semoga ianya menjadi panduan kepada saya dan sekaligus kepada pembaca diluar sana.


JAGA PEMAKANAN ANDA

Kurangkan jumlah pengambilan makanan yang berkalori tinggi, tinggi lemak dan tinggi kalestrol. Hadkan kesemua pemakanan yang mampu memberi kesan buruk kepada diri anda.

Apabila waktu makan kurangkan kuantiti makanan yang diambil ianya sekaligus mempengaruhi pengambilan makanan anda.

Sentiasa berfikir "Makan untuk Sihat".

DAPATKAN MAKANAN TAMBAHAN

Di dalam era yang serba canggih dan pantas ini, pencemaran disana sini. Makanan tambahan seperti vitamin memamg sangat-sangatlah diperlukan. Tengok saja gaya hidup kita masa kini, semestinya perlukan nutrisi atau makanan tambahan bagi menambah semula nutrisi yang semakin berkurangan.

Sekiranya anda selalu mengabaikan sarapan pagi, makan tidak tentu masa, tidak makan atau kurang pengambilan sayur dan tidak mengambil makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan, inilah masanya anda memerlukan Makanan Tambahan.Ianya bertujuan untuk melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Dapatkan makanan tambahan yang berkualiti dan Halal seperti produk Shaklee bagi membantu anda untuk terus cergas dan sihat. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya terus di talian 0172569166. Konsultasi percuma buat anda yang berminat.


ELAKKAN MAKANAN RINGAN / MAKANAN SEGERA

Makanan ringan dan segera memang sedap dimakan. Terutama sekali ketika menonton TV. Sekiranya anda mempunyai tabiat suka mengunyah makanan ringan semasa menonton TV, adalah dinasihatkan untuk berhenti daripada amalan kebiasaan ini.
Gantikan makanan ringan dan segera ini dengan buah-buahan yang telah dipotong ataupun salad segar yang menyelerakan.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda terus mengambil makanan ringa atau segera tetapi haruslah perpada-pada dengan kuantiti yang sedikit dan diimbangi dengan aktiviti-aktiviti fizikal seperti menaiki tangga ataupun berkebun.


BERKONGSI LUAHAN RASA

Untuk elakkan tekanan atau kemurungan, pilihlah beberapa orang sahabat yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah anda. Luahkan dan ceritakanlah.Jangan di pendamkan segala masalah anda bersendirian.

Jika masih sukar mempercayai sahabat anda, tulislah segala masalah anda di dalam satu kertas kosong. Setelah siap segala luahan anda koyakkan,dan buang kertas tersebut. Mesti lega rasanya.

Sekiranya anda tidak berkongsi masalah yang dihadapi bimbang nanti ia akan meningkatkan tekanan dan sekaligus menjadi kemurungan kepada diri anda.


RANCANG MASA SEBAIKNYA

Rancang masa anda sebaik-baiknya untuk bekerja ataupun bersama keluarga. Jika boleh jangan bawa tekanan kerja yang anda alami dipejabat ke rumah dan menjadi mangsanya adalah anak-anak. Mereka tidak bersalah.

Sekali-sekala rancang percutian bersama keluarga bagi mengeratkan aktiviti kekeluargaan.
Merancang masa yang berkualiti bersama keluarga boleh mengeratkan siraturahim dan sekaligus mampu membentuk keluarga yang bahagia.

Dari segi kesihatan dengan perancangan masa yang betul, ianya memberi ketenangan,kedamaian dan melindungi kesihatan jantung serta tekanan darah anda.

Diakhir coretan, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat anda dan saya supaya dapat beribadat dengan sempurna dan menjaga,memelihara keluarga tersayang dan melihat anak membesar dengan sempurma..amin.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews