Wednesday, May 28, 2014

Isteri Lindungan Allah

Dulu Single, Sekarang dah kawin. Tanggungjawab menjadi semakin besar. Menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Pada peringkat awalnya memang terkejut. Memang culture shock tapi lama kelamaan ianya menjadi rutin dan kebiasaan. Bahu yang digalas dengan tanggungjawab terhadap keluarga yang akan dibina.

Isterilah peneman setia suami ketika susah dan senang. Penasihat peribadi yang terbaik. Menteri kewangan Keluarga yang cukup bijaksana. Chef yang bijak menyusun atur resepi untuk keluarga. Leteran isteri adalah nyanyian buat anak-anak dan suami. Si isterilah sumber kekuatan keluarga. Tulang belakang sesebuah keluarga.

Walaupun begitu berat tanggungjawab yang digalas oleh kita sebagai isteri, kadang-kadang kita leka, kita asyik dibuai kesibukan, hanyut dibuai dengan rasa tanggungjawab. Tidak ada istilah letih,penat dan lelah untuk kesemuanya. Terus menjadi yang terbaik dari masa ke semasa.

Khas untuk saya dan pembaca diluar sana yang bergelar isteri. Disini saya sertakan beberapa tips untuk kita memperbaiki diri supaya menjadi isteri yang disenangi dan diredhai..Fokus utama menjadi Isteri Lindungan Allah

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah.
Seorang isteri yang mengalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Pesanan untuk Diri Sendiri- saya masih dalam proses pembelajaran, mengadaptasi dan menerima segalanya. Suamiku, maafkan saya jika masih terdapat kekurangan.




Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews