Thursday, May 15, 2014

Penyelesaian Masalah Tumit Pecah


Dari kepala hinggakan ke tumit kaki, semuanya perlukan penjagaan yang sempurna. Inilah nikmat pemberian dan pinjaman Allah swt kepada kita. Disebalik penjagaan itu, kadang-kadang timbul jugak masalah. Walaupun tidak memudaratkan tetapi ia merupakan petujuk dimana badan kita kekurangan air jika masalah ini berlaku.

Apa tindakan anda?. Masalah apa itu? Masalah Tumit Pecah. Tidak boleh dipandang ringan, takut nanti boleh menjejaskan sedikit sebanyak imej anda..

Kebiasaannya masalah tumit pecah ini berlaku tanpa mengira usia bagi kaum wanita. Ibu-ibu dan anak gadis sememangnya tidak dapat lari daripada masalah ini. Saya sendiri pun tidak terlepas daripada melalui masalah ini satu masa dulu.

Masalah tumit pecah ini berlaku dengan rekahan dibahagian tumit kaki. Ianya kelihatan seperti pecah-pecah di bahagian tumit kaki. Sekiranya keadaan bertambah teruk rekahan berlaku disekeliling kaki.

Permulaan pada masalah ini, kulit anda akan kelihatan berkilat dan bersisik, jika tidak ada pencegahan yang diambil iaitu langkah berjaga-jaga bahagian tumit anda akan mengeras dan akhirnya merekah dan pecah. Apabila tumit kaki anda pecah , pemakaian sandal bukanlah pilihan yang sesuai lagi untuk anda kerana ia menampakkan kekurangan pada tumit kaki anda. Selain daripada itu, ia juga menunjukan bahawa anda kurang prihatin di dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri..

TIPS PENJAGAAN TUMIT KAKI & PENYELESAIANNYA

•Minum air secukupnya. Kesan daripada kekurangan air di dalam tubuh badan anda akan menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.

•Fakt0r Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, ianya meningkatkan potensi anda untuk menghadapi masalah yang sama

•Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.

•Wanita hamil juga meghidapi masalah ini kerana pertambahan berat badan dan perubahan hormon.

•Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

•Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


PENYELESAIANNYA

•Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.

•Kekalkan berat badan ideal.

•Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.

•Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

Kini, anda tidak perlu runsing bagi mengatasi dan merawat masalah ini. Dapatkan Herbal Blend Multipurpose Cream  yang mana mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Di antara kebaikkannya adalah seperti berikut:


Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek



Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Sumber: google


















Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews