Pengalaman mengandung memang tidak dapat dilupakan. Mengira minggu-mingu yang berlalu dan menghitung detik-detik untuk menjadi ibu buat pertama kalinya. Memang payah digambarkan dengan kata-kata. Itulah sebahagian daripada pengalaman saya. Betapa uniknya, betapa hebatnya Kuasa Allah S.W.T menciptakan alam rahim bagi perkembangan janin seterusnya menjadi bayi yang sempurna sifatnya..Allahuakbar..Allah Maha Besar.
Jom mengembara ke Alam Rahim. Kita lihat bagaimana perkembangan bayi kita dari minggu ke minggu dan bagaimana ianya membesar di dalam rahim kita. Pada ketika ini apa yang di makan oleh makan ibu adalah dikongsi bersama bayi yang dikandung. Ianya merupakan sumber nutrisi bagi bayi anda.
TRIMESTER PERTAMA (Minggu Pertama - Minggu Ke12)
- Minggu Pertama
Sebaik saja telur disenyawakan anda tidak lagi didatangi haid. Apabila telur telah disenyawakan bakal ibu ibu akan merasa perubahan kepada diri mereka seperti payu dara berubah sakit,benjol,mual dan sentisitif pada bau-bauan.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Mengambil asid folic kerana ia menghasilkan sel darah merah dan megelakkan kecacatan janin.
- Minggu Kedua
Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.
Dinding rahim menebal dan mempersiapkan tahap ovulasi.Ovulasi adalah dimana ovari membebaskan telur. Pada minggu ini ianya menghasilkan beribu-ribu telur.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folic,besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrein penting untuk perkembangan bayi yang sihat.
- Minggu Ketiga
Setelah persenyawaan berlaku, telur atau dikenali sebagai blastocyst melalui tiub fallopian ke rongga uterus dan terbenam pada lapisan rahim. Blastocyst akan merembeskan mukus menyatakan kehadirannya di dalam rahim. Dalam 12 -24 jam telur ini akan disenyawakan.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Mengambil lebih makanan yang berasaskan Kalsium
- Minggu Keempat
Ianya bersaiz 6mm panjang dan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Pada minggu ini juga terbentuk versi awal plasenta dan taki pusat sudah mula berfungsi menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Melakukan senaman ringan supaya dapat mengelakkan rasa tidak selesa, sakit belakang dan keletihan
- Minggu Kelima
Embrio semakin membesar dan kelihatan seperti anak berudu. Ianya sudah mempunyai degupan jantung. Manakala Plsenta dan tali pusat sedahpun berfungsi sepenuhnya. Jantung terbahagi kepada dua ruang iaitu ruang kiri dan kanan.Ianya mula berdegup 150 kali seminit iaitu kira-kira dua kali kadar kelajuan degup jantung orang dewasa.Organ utama termasuk hati dan buah pinngang juga sudah mula membesar
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Elakkan aktiviti seperti bersauna, berjakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu bbadan meningkat ini adalah kerana jika suhu badan terlalu panas ianya boleh menyebab kecacatan pada bayi.
- Minggu Keenam
Manakala, ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari kepala hingga belakang. Saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum boleh mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, angota-angota kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai kelihatan
Terdapat saluran yang menghubungkan bayi dan plasenta mula membesar dan menjadi tali pusat. Terbentuknya saluran darah. Mata bayi jelas kelihatan dan otaknya dalam proses perkembangan.Saiz bayi sebesar jari kelingking dan juga dapat dilihat bentuk kepala yang besar iaitu pembentukan awal mata dan lubang hidung.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan minum air.Lebih rehat dan elakan aktiviti yang berat.
- Minggu Ketujuh
Saraf dan otot berfungi buat pertama kalinya. Ketika ini bayi mempunyai tindakan refleks dan bergerak spontan.Anggota badan yang lain seperti hidung,bibir,lidah dan gigi dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya makin berkembang.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Elakkan ketempat yang sesak. Jika anda merasa pening, elakkan berdiri terlalu lama untuk mengelakan anda pengsan.
- Minggu Kelapan
Lengan,kaki,tangan,paha dan bahu sudah menjadi kompenen yang lengkap.Jantung sudah mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Sudah mula bergerak tetapi tidak dapat merasa gerakkannya kerana masih kecil.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Memakai pakaian yang selesa, kerana perubahan fizikal sudah mula berlaku. Jika terdaplu meat lelehan faraj adalah perlu memakai panty liner atau membawa seluar dalam lebih untuk keselesaan.
- Minggu kesembilan
Pergerakan pertama dapat dikesan dengan mengunakan ultrasound. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudahpun terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk. Semua bahagian tubuh terbentuk dan kelihatan jelas seperti mata, tangan ,kaki,alat kelamin dan organ lain.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Sekiranya berat badan ibu berlebihan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
- Minggu kesepuluh
Ibu jari dan jari jemari jelas kelihatan tetapi bentuknya masih belum sempurna seperti jari manusia yang normal.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan berehat, Lebihkan minum air.Si ibu akan merasa panas ini adalah keranapenambahan jumlah darah yang mengalir semakin banyak di dalam tubuh dan saiz rahim semakin membesar.
- Minggu Kesebelas
Ketika ini, ibu sudah boleh mengetahui jantina bayi kerana organ seksnya sudah mula kelihatan.Bayi juga sudah mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali. Kini,bayi berada didalam zon selamat daripada ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu.
Banyakkan rehat, Elakkan aktiviti berat dan amalkan senaman ringan. Makan makanan berkhasiat
- Minggu kedua belas
Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Keseluruhan bentuk tubuh sudah mula kelihatan. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya.Jantung bayi berdegup antara 11o hingga 160 kali seminit dan sudah mula bernafas
Langkah yang perlu diambil oleh si ibu
Ambil makanan yang berkhasiat banyakkan rehat lakukan senaman ringan.
*********************************************************************************
Pengambilan nutrisi seimbang amatlah digalakankan pada ketika ini. Bakal-bakal ibu juga boleh mengambil set mengandung bagi Trimester pertama bagi menjamin kesihatan diri anda dan bayi yang berada di dalam kandungan. Ianya juga berkait rapat dengan perkembangan bayi anda.
Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.
Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
0 Comments:
Post a comment