Saturday, May 17, 2014

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayi.

Semasa saya menaip entr ini, masih terbayang-bayang lagi pengalaman saya dan suami ketika mencari kelengkapan buat Sufiya. Terasa sangat teruja, seronok dan mengembirakan. Tidak ndapat diluahkan bagaimana perasaan teruja melanda diri kami berdua. Sangat Seronok..

Namun keterujuaan dan emosi shopping melampau untuk barangan bayi perlu dikawa. Berdasarkan pengalaman saya dahaulu, satu senarai semak ataupun checklist saya sediakan. Almaklumlah takut membazir. Selain daripada itu, saya akan menunggu-nunggu bilakah adanya WAREHOUSE sale bagi baju-baju bayi dan barangan bayi kerana semuanya akan dijual lebih murah pada ketika ini.

PERKARA_PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA ..adalah seperti

Pakaian Bayi
Semesti rambang mata ketika membeli. Tips pertama.ketahui jantina anak anada dahulu, jika tidak pasti belilah baju yang warnanya flexible. Membeli pakaian asas terlebih dahulu. Digalakkan membeli saiz yang lebih besar supaya lebih tahan lama ini kerana bayi cepat membesar dan boleh digunakan lebih daripada sebulan. Sedikit info saya nyatakan disini, beli ketika Jualan Murah, supaya dapat menjimatkan poket anda kerana adalah yang lebih penting daripada baju.

Pakaian Asas unu bayi anda adalah seperti

•Baju lengan pendek
•Baju lengan panjang
•Seluar pendek
•Seluar panjang
•Barut
•Sarung kaki
•Sarung tangan
•Kain bedung
•Topi
•Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
•Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
•Tisu basah
•Alas atau pelapik untuk menukar lampin
•Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Peralatan yang perlu untuk membersihkan bayi anda pula adalah seperti perkara-perkara dibawah.. Mesti dibeli sebelum kelahiran bayi anda sebagai persediaan.

•Besen mandi bayi
•Tuala mandi
•Tuala muka
•Cecair mandian
•Syampu
•Losen bayi
•Minyak bayi
•Bedak bayi
•Sikat atau berus rambut
•Minyak telon
•Alat pemotong kuku
•Kapas muka
•Krim ruam lampin
•Termometer digital
Tidur

Bayi memastikan bayi anda tidur dengan nyenyak dan selesa, sediakanlah peralatan seperti berikut:

•Tilam
•Bantal kepala
•Bantal peluk
•Cadar
•Selimut

**PENTING**
SET PENYUSUAN BAYI

•Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
•Bekas penyimpanan susu ibu
•Beg pendingin
•Nursing cover

Penyusuan susu formula:

•Botol susu bebas BPA
•Puting botol susu
•Berus botol
•Bekas untuk menyimpan susu formula
•Bekas menyimpan air panas
•Bekas menyimpan air kosong
•Alat steril botol susu

Sebelum membeli kira-kira terlebih dahulu bajet anda. Berjimat cermat di dalam apa jua yang anda lakukan. Kelahiran bayi ataupun orang baru bukan bermakna untuk anda berbelanja lebih. Sediakan diri mental dan fizikil anda untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews