Tuesday, June 24, 2014

Mencari Keberkatan Hidup

Pernahkah kita terdetik di hati rasa hairan dan ajaib kerana selalu tidak pernah cukup dalam budget bulanan??? Sedangkan gaji dan elaun yang diterima sama dengan rakan sepejabat? atau jualan dan bisnes kencang serta menghasilkan pendapatan luarbiasa lumayan....tahukah anda itu adalah tanda kurangnya berkat dalam hidup kita...


Siap bertungkus-lumus membuat dua tiga kerja sekali gus..tak cukup makan gaji, buat MLM,tak cukup jugak siap melabur sana-sini dengan harapan dapat hidup selesa dan senang-lenang...namun hasilnya biar banyak tetap laju mengalir keluar dengan sebab dan musabab yang tidak dijangka-jangka....banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan  Na’uzubillah...antaranya adalah 4 tanda di bawah...

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah 
1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.



2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat.Puas menghadiri majlis2 ilmu tapi hati tetap keras membatu...jiwa terasa kosong melopong....seolah-olah ada yang terkurang dalam diri...sungguhpun hidup senang-lenang, wang berkoyan-koyan, rumah besar mewah...kereta berderet-deret... berpendidikan tinggi, ijazah berjela-jela, isteri-isteri cantik belaka , anak2 sempurna... hidup mewah, berpangkat,  berkuasa dan berharta...namun ada yang 'kurang' dirasa tapi tidak diketahui apakah 'benda' yang kurang itu...

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. berjam-jam ber'facebook', tiap-tiap hari layan drama tengok TV, berborak kosong dengan kawan, main game sampai lupa minum dan makan,melepak sampai tak cukup hari dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga


Doa supaya mendapat keberkatan Hidup.


Sumber : Mr Google


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews