Tuesday, July 29, 2014

Persediaan Raya Aidilfiri 2014

Pejam celik-pejam celik sekejap jer masa berlalukan. Sudah sampai kita dipertengahan Ramadhan pada tahun nie, jika tengok kalender minggu depan beramai-ramai kita balik ke kampong. Tentang persiapan raya tahun ni , saya dan suami memilih ala kadar jer.

Teringat semula tahun lepas, ketika ini saya sedang sarat mengandung, bersalinkan sufiya 2 hari sebelum raya, Raya pertama, raya Kedua, Raya Ketiga, berulang alik ke hospital untuk mengenalpasti tahap demam kuning dan tahun ini merupakan tahun keduabersama Sufiya. Sufiya pun sudah hampir berumur satu tahun.

Sememangnya setiap tahun saya akan buat checklist untuk persediaan raya. Jom kita tengok apa yang ada dalam checklist persediaan raya pada tahun ini. Tujuan saya membuat checklist supaya tidak membeli barang yang sepatutnya. Jika tidak..akak nih kutip jer selagi tak penuh trolley...

1. Baju raya Sufiya

Baju Kurung + Tudung + Skirt + Kasut = Done.
Awal-awal lagi dah beli. Pastu bila Nampak baju kurung yang comel2 dan lebih meriah2 gitu. Mulalah cair. Nasib baik En Usben tolong ingatkan. Jika tidak ada terembat 5 pasang baju kurung sahaja.

2. Baju Raya IBU & AYAH

Memang setiap tahun akan belikan baju untuk mereka. Tahun nih mereka request untuk TIDAK belikan baju untuk mereka. Jawapannya memang TIDAK , sebabnya tak sampai hati dibuatnya.
Baju Blouse IBU = Done, Skirt – Belum lagi (tahun nih ibu tak mahu pakai baju kurung, so belikan blaus kirt labuh untuk ibu)
Baju Melayu Ayah + Capal – Belum lagi, Kain Pelikat = Done

3. Kuih Raya

Yang nih buat sendiri jer (kuih simple + senang jer) bukannya pandai sgt pun tapi buat-buat pandai..kihkihkih. tapi ada jugak TERorder dua tiga jenis kuih. Plannya nanti nak buat kek, hehehe.. 1st time nak buat kek nih tapi tak tahulah apa hasilnya. Harap2 menjadi.

4. Baju Raya (Suami & Saya)

Alhamdulillah semuanya DONE, belikat Nilai 3 . Baju biasa-biasa dan Mampu milik jer. Setakat ada baju baru dipagi hari raya cukuplah. Jika tak cukup nanti, beli lagi..Almaklumlah kami bercuti seminggu..itu yang seronoknya..

Inilah serba sedikit persediaan raya kami sekeluarga untuk dikongsi bersama pembaca. Yang penting saya belum lagi memulakan operasi mengemas rumah. Hehehee.. apa lagi Jom kita mengemas rumah mengunakan BASIC H....menyental semua kotoran degil dan karat dengan mengunakan Basic H.
Kongsikan:

Thursday, July 17, 2014

Pahatkan Cita-citamu & Berusahalah

Anakku, izinkan bunda menuturkan sebuah kisah.
Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, senang beribadah dan berjihad, suatu kali pernah berkata. "Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita".
Dia pernah bercita-cita menjadi amir, dia telah mendapatkannya. Dia bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah didapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah surga, dan aku berharap mendapatkannya."

Lembar sejarah membuktikan, orang-orang besar umumnya memiliki cita-cita tinggi. Anakku, bukan hanya itu, mereka berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.

Bukan hanya kisah Umar bin Abdul Aziz yang akan bunda ceritakan. Ada kisah lain, tentang empat pemuda dengan cita-cita mereka. Suatu kali, Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mushab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. berkumpul di pelataran ka'bah. Mushab yang bicara pertama kali dengan mengatakan,"Bercita-citalah kalian." Sahabat yang enggan mengatakan cita-citanya, meminta Mushab terlebih dulu menyampaikan cita-citanya.

Mushab bertutur,"Aku ingin kaum muslimin bisa menaklukkan wilayah Irak, aku ingin menikahi Sakinah puteri Husein dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah." Tahukah anakku, apa yang kemudian hari berlaku atas Mushab? Allah SWT memperkenankannya memperoleh apa yang ia cita-citakan.

Urwah bin Jubair kemudian menceritakan harapannya. "Aku ingin menguasai ilmu fikih dan hadits." Subhanallah, Urwah kemudian dikenal sebagai salah satu tokoh ulama fikih dan banyak meriwayatkan hadits.

Abdul Malik bin Marwan mengungkapkan cita-citanya. Ia menyatakan keinginannya untuk menjadi khalifah. Dan anakku, Abdul Malik bin Marwan kemudian menjadi khalifah di masa Daulah Umawiyah yang dikenal sebagai khalifah yang memiliki ilmu yang luas dan taat beribadah.

Terakhir, Abdullah bin Umar menegaskan cita-citanya. Tahukah anakku, apa cita-cita Abdullah bin Umar? Cita-citanya adalah, surga!

Anakku sayang, ambillah hikmah terbaik dari kisah itu. Apa yang menjadi cita-cita mereka? Cita-cita yang tinggi dan besar. Apakah engkau mengetahui, bagaimana mereka bisa mencapai cita-cita itu? Mereka mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan mental yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan keminderan, kekalahan bahkan keputusasaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan.

Perhatikan apa yang sejarah tulis mengenai perjuangan Umar bin Abdul Aziz. Kala diangkat menjadi pemimpin, ia tanggalkan kemewahan-kemewahan yang pernah dinikmatinya. Ia ganti kemewahan itu dengan segenap kesederhanaan. Ia bahkan meminta keluarganya untuk turut serta hidup dalam kesederhanaan itu. Yunus bin Syuaib bahkan berkata, "Sebelum menjadi khalifah, tali celananya masuk ke dalam perutnya yang besar. Namun, ketika dia menjadi khalifah, dia sangat kurus. Bahkan jika saya menghitung jumlah tulang rusuknya tanpa menyentuhnya, pasti saya bisa menghitungnya." Bukan hanya itu, Umar bin Abdul Aziz juga dikenal sebagai pemimpin yang menolak suap dalam bentuk apapun. Subhanallah.. Allah SWT memperkenankan Umar bin Abdul Aziz memperoleh keinginannya untuk menjadi khalifah dan Umar menjalankannya dengan penuh kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapai cita-cita yang lain, surga!

Karena itu, anakku, bercita-citalah! Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud.

Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akheratmu. Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi." Anakku, tahukah engkau apa cita-cita seorang Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di surga!

Sumber: Mr goggle
Kongsikan:

Keluarga Sihat, Keluarga Bahagia.

Memperkenalkan kepada semua, makanan tambahan yang sangat sesuai untuk keluarga anda. Sebenarnya dengan mempunyai ahli keluarga yang sentiasa sihat, ia akan menjimatkan kos pembiayaan perubatan .

Kos perubatan pun sekarang nih, bukannya murah. Sekurang-kurangnya perlu ada RM100 di dalam poket sebelum kita mendaftar masuk ke hospital ataupun klinik swasta. Disebabkan itu, marilah kita bersama-sama mencegah penyakit yang berkemungkinan menimpa keluarga dengan mengamalkan VITAMIN KELUARGA ini.

Diantara kebaikan VITAMIN KELUARGA ini adalah seperti berikut

1) Membantu meningkatkan kesihatan ahli keluarga secara menyeleruh
2) Supaya ahli keluarga lebih bertenaga menjalankan aktiviti harian
3) Memiliki tubuh badan yang sihat (Dari kepala hingga ke hujung kaki)
4) Boleh dikongsi sessi keluarga, Jimat & berbaloi

Untuk kesihatan anda dan keluarga, anda boleh mencuba

1) Energizing Soy Protein – Lengkap dengan Asid Aminodan penting untuk pembenyukan sel dan mengandungi protein yang amat penting didalam pembinaan tubuh badan. Sangat sesuai untuk ibu yang sedang mengandung.
Khasiatnya

  •  Untuk memperolehi kuku,rambut dan kulit yang sihat
  •  Membantu sisitem pertahanan tubuh dan boleh melawan penyakit
  • Sebagai Milkbooster – Bagi ibu yang menyusukan anak
  •  Mengekalkan tahap kolestrol dan mengalakkan kesihatan jantung
  • Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang dengan tahan lama.

2) Sustaines Release Vita-C –Mengandungi 7 ½ biji oren yang mampu menampung keperluan tubuh badan anda.

  •  Mengandungi kolegen dan membolehkan seseorang itu Nampak muda
  •  Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
  • Mengelakkan daripada kerap terkena selsema
  • Membantu pemulihan sel kulit

3) B-Complex – Mengandungi Asid Folic

  •  Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan
  •  Penting untuk sistem saraf
  • Meningkat tumpuan berfikir
  • Menghilangkan keletihan & kelesuan

4) Vitalea – merupakan Multivitamin yang mengandungi 28 nutrien, termasuk 12 vitamin dan 7 jenis galian serta dilengkapkan dengan zat besi.

  • Menjadikan badan lebih bertenaga
  • Tidak mudah letih & penat
  •  Sangat sesuai untuk ahli keluarga yang aktif
5) Mealshake - Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Sebagai penguna, anda boleh memilih salah satu daripada produk diatas untuk santapan harian buat sessi keluarga. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, tidak salah rasanya untuk memiliki semua vitamin diatas bagi pengunaan sessi keluarga. Bajet untuk memelihara kesihatan berlebihan tidak dikira membazir sekiranya anda mengamalkan makanan kesihatan tersebut secara konsisten.Pilihan terletak ditangan anda.

Jangan Lepaskan peluang anda sementara stok masih ada.. 

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Kongsikan:

Tuesday, July 08, 2014

Cara mengatasi Keputihan

Rata-ratanya pasti ramai diantara kita yang bergelar wanita menghadapi masalah ini. Masalah apa tu?? Jawapannya ialah KEPUTIHAN. Walaupun ada yang menganggap ini masalah remeh tetapi jika ianya berlarutan ianya akan menyebabkan kegatalan yang melampau dibahagian luar faraj, terjadinya kemerah-merahan dan kadangkala menyebabkan bengkak bibir kemaluan.

Apakah itu KEPUTIHAN?
Ianya merupakan cairan daripada faraj yang bewarna putih. Kadangkala ianya berketul-ketul yang menyerupai susus basi. Sekiranya cairan tadi berubah warna, bimbang telah dijangkiti kulat.

Sekiranya cairan tadi telah dijangkiti kulat iaitu Candida Albicans dan ianya dibiarkan berlarutan ia akan menyebabkan cairan itu menjadi busuk dan bertukar warna kehijauan atau kekuningan. Kesan daripada jangkitan kulat tersebut boleh menyebabkan kemandulan dan masalah kepada rahim.

Sebelum ianya merebak dengan lebih parah, jom kita share bagaimanakah cara terbaik untuk kebersihan Faraj.

1) Elakan pengunaan sabun kedalam faraj.

Gunakan sabun yang sesuai ataupun tahap alkali yang sesuai dengan faraj.Jangan gunakan sabun sebarangan, pilih sabun khas bagi menjadi keintiman wanita anda.

2) Keringkan Faraj dengan cara yang betul selepas membuang air, lap secara menekap bahagian kemaluan dan kemudiannya bahagian dubur. Gunakan tisu tandas yang bersesuaian ataupun sediakan khas untuk anda.

3) Jangan pakai seluar dalam basah. Kerap menukar seluar dalam. Adalah dinasihatkan supaya sediakan selaur dalam tambahan bagi memastikan seluar dalam yang telah basah dapat diganti apabila perlu. Dengan memakai seluar dalam basah ianya mampu mengalakkan pembiakann kuman dikawasan faraj.

4) Dapatkan supplement yang terbaik untuk kesihatan faraj anda daripada Shaklee ini adalah kerana ianya memperbaiki masalah anda secara dalaman.

 *** Alfafa Complex -terdapat klorofil yang berperanan sebagai antibakteria. Ianya sangat sesuai di dalam merawat keputihan. di dalam masa yang sama ianya berperanan sebagai "Kacip Fatimah" atau "Perapat" bagi kaum wanita.

Selain daripada itu Alfafa juga boleh mengatasi masalah sembeli dan membantu penghasilan susu ibu dan juga bertindak sebagai detoks bagi mereka yang berkeinginan untuk kurus

•ESP (Isolated Soy Protein) - berperisa soya yang boleh diminum dengan perbagai cara. Inya berfungsi sebagai enzim yang menyokong kesihatan dan menstabilkan hormon. Ianya membantu mereka yang berdiet rasa kenyang lebih lama.

Sekaligus ianya membantu penyerapan khasiat yang diambil bersama-sama vitamin lain. berperanan juga membantu pemulihantisu badan dan mencantikkan kulit bagi yang mengamalnya.

Kesihatan faraj adalah aset bagi wanita...............

Jangan Lepaskan peluang anda sementara stok masih ada.. 

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Kongsikan:

Hikmah Memuliakan Tetamu

SETIAP individu di dunia ini semestinya pernah dikunjungi oleh tetamu. Mereka yang datang bertandang ke rumah, pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu.

Islam amat menitik-beratkan hubungan antara sesama manusia. Oleh itu, Islam telah menggariskan adab dan etika tertentu bagi memuliakan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Sebenarnya, tetamu yang bertandang ke rumah adalah satu amanah ALLAH yang harus ditunaikan haknya. Pihak tuan rumah bertanggungjawab sepenuhnya selama keberadaan tetamu di rumahnya serta berkewajipan membelanjakan sebahagian rezekinya untuk mereka.

Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan seseorang muslim itu memiliki iman yang sempurna. Lebih utama lagi apabila tetamu yang berkunjung ke rumah adalah saudara seagama sendiri. Di sini jelas terpancar keindahan Islam yang amat menitikberatkan amalan bantu-membantu sesama manusia.

Namun, keadaan ini tidak menafikan hak tetamu yang bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada pihak tuan rumah yang beragama Islam. Golongan bukan Islam yang menjadi tetamu kepada orang Islam juga berhak mendapat layanan yang terbaik daripada tuan rumah.

Berkaitan hubungan sesama manusia, khususnya yang beragama Islam, Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang menerangkan betapa perlunya kita menghormati dan menyayangi saudara seagama. Perkara ini berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang individu muslim.

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Menghormati serta memuliakan tetamu juga merupakan sunnah para nabi dan rasul sebagai contoh ikutan terbaik buat umat manusia. Misalnya, Nabi Ibrahim adalah antara para rasul yang amat memuliakan tetamunya.

Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan terbaik. ALLAH telah merakamkan perihal baginda yang menghormati tetamunya serta memberi layanan terbaik kepada mereka menerusi firman-NYA:

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” - Surah al-Zariyat : 24-27

Begitu juga dengan kisah Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya para malaikat untuk menguji kaum baginda. Tetamu Nabi Lut telah datang ke rumah baginda dengan menyerupai wajah lelaki yang sangat memikat.

Oleh kerana kaum Nabi Lut memiliki perasaan cintakan kaum sejenis, maka mereka berusaha untuk mengganggu tetamu baginda. Lalu baginda telah sedaya upaya menjaga keselamatan para tetamu tersebut daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat ALLAH. Al-Quran merekodkan kisah ini:

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya) sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: “Wahai kaumku. Di sini ada puteri-puteriku. Mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada ALLAH dan janganlah kamu memberi malu kepadaku di hadapan tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” - Surah Hud : 78

Inilah di antara contoh yang jelas bagi menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah pula, dapat dilihat bahawa golongan Ansar telah menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu.

Mereka telah memberi layanan dan bantuan yang amat istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di Mekah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah.

Segala keperluan hidup yang diperlukan oleh golongan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh Ansar. Bahkan, golongan Ansar ini sanggup menceraikan sebahagian daripada isteri-isteri mereka untuk dijadikan isteri kepada kelompok Muhajirin. ALLAH menjelaskan kemuliaan sifat-sifat golongan Ansar ini menerusi firman-NYA:

Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya. - Surah al-Hashr : 9

Sebenarnya, amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan sahaja menunjukkan akhlak yang terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang muslim. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya.- Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah bersabda:

Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim. - Hadis riwayat al-Bukhari

Di antara adab-adab yang dianjurkan oleh Islam bagi memuliakan tetamu ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta berwajah manis, saling bertanya khabar berita, sedaya upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga, menyajikan makanan, menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam. Perkara-perkara ini harus dizahirkan agar para tetamu yang datang merasa selesa dan rasa dihormati oleh tuan rumah.

Apa yang lebih penting, kesemuanya ini disediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira atau berlebihan serta bukan dengan niat untuk bermegah-megah atas rezeki dan kemewahan yang dimiliki.

Kemudahan yang disediakan kepada tetamu pula haruslah pada kadar kemampuannya yang sederhana, serta tidak membebankan. Jika berasa terbeban dengan apa yang diusahakan untuk tetamunya, maka ia telah jauh tersasar daripada tujuan sebenar jalinan hubungan baik antara tuan rumah dengan tetamunya. Firman ALLAH:

Dan juga mereka (yang diredhai ALLAH itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. - Surah al-Furqan : 67

Para ulama menyatakan bahawa bertamu yang disyariatkan oleh syarak adalah selama tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara yang terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam sahaja. Manakala dua hari yang selebihnya disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah sahaja.

Keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Perbuatan yang pada awalnya dikira sebagai mulia, tetapi jika berlarutan sehingga sampai ke tahap menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri ia akan menimbulkan suasana tidak elok. Malah, mungkin menimbulkan persengketaan pada kemudian hari. Rasulullah bersabda:

Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab baginda: “Orang itu menetap di rumah saudaranya, sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” - Hadis riwayat Muslim

Bagi tetamu pula, mereka juga seharusnya menjaga adab serta etika sepanjang berada di rumah orang lain. Contohnya, mereka seharusnya memilih masa yang sesuai bagi pihak tuan rumah sebelum bertandang.

Tidak manis sekiranya tetamu itu datang bertandang pada waktu pagi selepas solat subuh, waktu tengah hari ketika orang sedang beristirehat, waktu maghrib dan juga larut malam. Inilah hak tuan rumah yang mesti dihormati oleh para tetamu.

Penuturan kata-kata juga mestilah sentiasa dijaga agar tidak mengundang rasa kurang senang dan menyakiti hati tuan rumah. Selain itu, tetamu seharusnya sentiasa menjaga setiap tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah yang sepatutnya diperlukan untuk menyelesaikan tugasan harian mereka yang lebih penting.

Tetamu sepatutnya mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ di atas segala layanan yang telah diberikan pada akhir kunjungan mereka serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Lebih penting, pihak tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah sepanjang keberadaan mereka di rumah tersebut.

Dalam konteks yang lebih besar, sebagai rakyat sebuah negara Islam terbaik, maka seharusnya kita sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada para pengunjung.

Para pelancong serta pelajar asing yang memilih Malaysia sebagai tempat untuk memenuhi hajat masing-masing seperti belajar dan bekerja sebenarnya adalah tetamu negara yang layak diberi layanan terbaik.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang berada di negara ini. Sifat tidak kedekut memberi senyuman serta ringan mulut untuk memberi bantuan apabila diajukan soalan-soalan tertentu adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia yang mulia seperti mana yang dianjurkan Islam.

Budaya dan akhlak islamiah perlu ditonjolkan bagi memberi keselesaan kepada para tetamu negara sehingga berjaya memikat hati mereka untuk merasai keindahan Islam yang sentiasa menyeru umatnya supaya berakhlak mulia serta menjaga hubungan baik sesama manusia.

Sesungguhnya mereka ini mengundang rahmat dan keberkatan daripada ALLAH dalam kehidupan, menghilangkan dosa serta menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan para tetamunya menurut tuntutan Islam.SETIAP individu di dunia ini semestinya pernah dikunjungi oleh tetamu. Mereka yang datang bertandang ke rumah, pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu.

Sesungguhnya mereka ini mengundang rahmat dan keberkatan daripada ALLAH dalam kehidupan, menghilangkan dosa serta menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan para tetamunya menurut tuntutan Islam.

Sumber: Mr Google
Kongsikan:

Saturday, July 05, 2014

Cara untuk elakkan gastrik berulang

Masalah gastrik menyerang lagi. Rasa sangat tidak selesa. Rasa pedih perut betul-betul membuatkan aktiviti seharian terganggu. Jika gastrik berulang kembali dibulan puasa, alangkah ruginya disebabkan gastrik tidak mampu berpuasa•Sebagai langkah pencegahan apakah cara yang sebaiknya diambil oleh kita bagi mengelakkan masalah gastrik ini kembali berulang.

  • Sekiranya anda merokok, berhentilah merokok ataupun kurangkan pengambilan rokok selepas waktu berbuka puasa.
  • Tidak mengambil atau mengamalkan ubat tahan sakit
  • Makan secara teratur, dan amalkan pemakan yang seimbang dan sihat. Pada bulan puasa ini, amalkan bangun sahur supaya mampu memberi tenaga kepada tubuh badan anda
  • Ambil makanan dengan kadar yang sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan pengambilan makanan pedas, bercili, masam
  • Tidak mengambil miniman berkafein dan berkabarbonat - Gantikan dengan pengambilan Performance Drink Shaklee yang mampu menambahkan tenada dan tidak berkarbonat
  • Kerap meminum susu
  • Kurangkan makanan yang berangin.

Untuk mengelakkan gastrik anda kembali dan masih berulang kembali, adalah disarankan mengamalkan Makanan Tambahan semula jadi yang mana ianya memapu membekalkan protein yang baik. Di dalam masa yang sama,ianya boleh mengantikan sel-sel badan yang rosak. Protein merupakan keperluan asas sel badan supaya ianya terbentuk sempurna.

Kongsikan:

Friday, July 04, 2014

Makanan Berkhasiat ketika Hamil

Tahniah!! Awak disahkan mengandung. Berbunga-bunga rasa hati, memang tidak dapat digambarkan. Perasaan bercampur baur gembira, sedih, teuja untuk menjadi seorang ibu. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rasa masa tu, nak saja peluk doktor yang membawakan khabar gembira itu.

Mengikut pertanyaan saya kepada kawan-kawan yang berpengalaman keterujaan itu semakin berkurangan apabila mengandungkan anak ke2,ke3,ke4 dan seterusnya.

Biarpun begitu makanan untuk kesihatan dan perkembangan bayi di dalam kandungan tidak boleh diambil mudah. Bakal ibu masih perlu mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk bayi di dalam kandungan.

Doktor juga menyarankan supaya bakal ibu mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi supaya stabilnya kesihatan ibu, memberi perkembangan yang
baik terhadap bayi.

Jom kita intai-intai set kehamilan Shaklee yang sesuai diambil semasa mengandung dan di harap ianya dapat memberi manafaat kepada kesihatan ibu yang mengandung dan bayi yang berada di dalam kandungan.

Ibu Sihat, Bayi membesar dengan sempurna di dalam kandungan.

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Kongsikan:

Wednesday, July 02, 2014

Tips Untuk Melatih Anak Berpuasa

Kembali teringat bagaimana zaman kita kecik-kecik dulu ketika baru belajar berpuasa. Pastinya tersenyum sendiri. Betul tak? Pasti ada pengalaman yang melucukan.

Dan sekarang bila dah anak, giliran kita pula mendidik dan melatih mereka berpuasa. Kepada ibu-ibu baru seperti saya ini pasti memerlukan sedikit pembacaan bagaimanakah caranya untuk mendidik dan melatih anak untuk berpuasa.Biarpun Sufiya masih kecik namun ilmu yang diperolehi diharap dapat digunapakai satu hari nanti.

Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya. Seawal tadika ataupun sekolah rendah sepatut anak-anak telah diajar berpuasa, Ianya melatih diri anak-anak dari kecil sudah terbiasa dengan bulan berpuasa.

Ibubapa yang bijak pasti memilih pendekatan yang berbeza bagi melatih anak-anak berpuasa dengan jayanya. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibubapa seperti saya ini adalah seperti berikut:

1) Mengejut anak-anak yang sedang tidur itu untuk bersahur bersama-sama kita,Ianya bertujuan supaya anak-anak ini dapat mempelajari peranan bersahur ketika berpuasa. Ianya mampu menambahkan tenaga anak-anak tersebut sepanjang hari.

2) Masak makanan kegemaran mereka ketika bersahur. semestinya cara ini membuatkan cepat bangun daripada tidur. Makanan harus lengkap nutrisinya seperti Protein,Karbohidrat dan berbagai zat-zat yan diperlukan oleh tubuh badan.

3) Mencipta suasana bersahur yang menyeronokkan. Jika suasana tidak menyeronokan pasti anak anak tidak mahu bangun daripada tempat tidur.

4) Berikan makanan yang boleh membekalkan sumber tenaga seperti susu,jus buahan.

5) Tidak mengalakkan mereka berbuka puasa pada siang hari, menyuruh mereka berehat sementara menunggu waktu berbuka. Menyuruh mereka supaya bersabar dan tidak mengeluh di dala tempoh berpuasa.

6) Berikan galakkan dan motivasi,sekiranya anak anda berjaya puasa..Pujian yang ikhlas juga sudah cukup mengembirakan. Kata-kata semangat juga mampu mengalakkan anak anda untuk terus berpuasa.

7) Melatih anak mengambil kurma ketika berbuka kerana ia merupakan Pemakanan Sunnah yang berkhasiat dan mampu memberi tenaga kepada anak anda.Elakkan meminum ketika berbuka.

8) Jelaskan kepada anak anda tentangbulan Ramadhan dimana umat islam wajib berpuasa,Jka tidak kita mendapat balasan daripada Allah S.W.T

9) Dapatkan Makanan Tambahan supaya anak anda terus cergas dan bertenaga sepanjang tepoh berpuasa ini. Dengan set berpuasa ini ianya mampu nenbekalkan tenaga seharian kepada anak anda. Minuman ini boleh diambil untuk sessi keluarga. Menjimatkan dan pasti berbaloi.

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan

Kongsikan:

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
  • HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU Status

0 - 50        - Baik
51 - 10      - Sederhana
101 - 200  - Tidak Sihat
201 - 300  - Sangat Tidak Sihat
301 - 500  - Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

1.Kanak-kanak
2.Orang tua
3.Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4.Perokok
5.Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my
Kongsikan:

Tuesday, July 01, 2014

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1.Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2.Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

3.Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
4.Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber:http:www.infosihat.gov.my
Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews