Tuesday, July 29, 2014

Persediaan Raya Aidilfiri 2014

Pejam celik-pejam celik sekejap jer masa berlalukan. Sudah sampai kita dipertengahan Ramadhan pada tahun nie, jika tengok kalender minggu depan beramai-ramai kita balik ke kampong. Tentang persiapan raya tahun ni , saya dan suami memilih ala kadar jer.

Teringat semula tahun lepas, ketika ini saya sedang sarat mengandung, bersalinkan sufiya 2 hari sebelum raya, Raya pertama, raya Kedua, Raya Ketiga, berulang alik ke hospital untuk mengenalpasti tahap demam kuning dan tahun ini merupakan tahun keduabersama Sufiya. Sufiya pun sudah hampir berumur satu tahun.

Sememangnya setiap tahun saya akan buat checklist untuk persediaan raya. Jom kita tengok apa yang ada dalam checklist persediaan raya pada tahun ini. Tujuan saya membuat checklist supaya tidak membeli barang yang sepatutnya. Jika tidak..akak nih kutip jer selagi tak penuh trolley...

1. Baju raya Sufiya

Baju Kurung + Tudung + Skirt + Kasut = Done.
Awal-awal lagi dah beli. Pastu bila Nampak baju kurung yang comel2 dan lebih meriah2 gitu. Mulalah cair. Nasib baik En Usben tolong ingatkan. Jika tidak ada terembat 5 pasang baju kurung sahaja.

2. Baju Raya IBU & AYAH

Memang setiap tahun akan belikan baju untuk mereka. Tahun nih mereka request untuk TIDAK belikan baju untuk mereka. Jawapannya memang TIDAK , sebabnya tak sampai hati dibuatnya.
Baju Blouse IBU = Done, Skirt – Belum lagi (tahun nih ibu tak mahu pakai baju kurung, so belikan blaus kirt labuh untuk ibu)
Baju Melayu Ayah + Capal – Belum lagi, Kain Pelikat = Done

3. Kuih Raya

Yang nih buat sendiri jer (kuih simple + senang jer) bukannya pandai sgt pun tapi buat-buat pandai..kihkihkih. tapi ada jugak TERorder dua tiga jenis kuih. Plannya nanti nak buat kek, hehehe.. 1st time nak buat kek nih tapi tak tahulah apa hasilnya. Harap2 menjadi.

4. Baju Raya (Suami & Saya)

Alhamdulillah semuanya DONE, belikat Nilai 3 . Baju biasa-biasa dan Mampu milik jer. Setakat ada baju baru dipagi hari raya cukuplah. Jika tak cukup nanti, beli lagi..Almaklumlah kami bercuti seminggu..itu yang seronoknya..

Inilah serba sedikit persediaan raya kami sekeluarga untuk dikongsi bersama pembaca. Yang penting saya belum lagi memulakan operasi mengemas rumah. Hehehee.. apa lagi Jom kita mengemas rumah mengunakan BASIC H....menyental semua kotoran degil dan karat dengan mengunakan Basic H.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews