Friday, August 29, 2014

Pesanan Mama Buat Sufiya...

Sememangnya dah lama tak bersiaran di blog kesayangan ini. Kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan kerja, rumah dan SUFIYA yang sedang meningkat membesar. Hari ini, Alhamdullillah Allah melapangkan masa saya untuk mengupdate blog ini. Sebelum cerita bab Shaklee, nak bercerita dulu tentang anak dara saya yang bernama NUR SUFIYA HUMAIRA itu.

6/8/14 - Genaplah umur Sufiya setahun, Pada mulanya kami suami isteri tak ada pun perancangan untuk membuat sambutan harijadi buat Sufiya tetapi disebabkan EXCITED TERLEBIH SUDAH sebab anak dah berumur setahun. Balik kerja terus pergi ke kedai kek dan KFC. Sambutan ala-ala kadar je. Tiadapun jemputan khas. Yang meraikannya Saya, Suami, Mummy (mak mertua saya), dan Fatin(Anak Saudara). Tetapi reaksi si dara saya itu sama EXCITED macam perasaan mama dan abahnya.. Gembira tengok ianya Seronok. Syukur dengan Nikmat yang Allah berikan. Inilah anugerah yang tidak terhingga buat saya dan suami.

Pesanan Mama Buat Sufiya...

"Nur Sufiya Humaira..Mama Sayangkan kamu, sayang sangat-sangat... terkenang lagi setahun yang lepas di hari yang sama, Mama bertarung nyawa melahirkan kamu, anakku. Dimana tapak tangan kamu hanya sebesar 2 jari mama. Namun, kini kamu sudah pun berusia setahun. Berbagai keletah yang kamu lakukan yang mencuit hati mama ini.. Hilang penat selepas bekerja apabila melihat senyumanmu.

Dihari lahir kamu ini, ,mama doakan Semoga kamu membesar dengan sempurna dan solehah. Sentiasa menjadi yang terbaik dan mendapat yang terbaik daripada sekeliling kamu. Jadilah anak yang patuh pada ajaran agama, pandai mengambil hati orang tua, pandai membawa diri dan berdikari. Anakku, Jika besar nanti belajar mengaji Al-Quran sebaik mungkin ye, kerana mama harapkan kamu mengajikan untuk mama sekiranya mama Kembali nanti..
Semoga senantiasa sihat,ceria melindungi kamu, anakku..

Maafkan Mama jika tidak memberikan yang tebaik selama ini, tetapi mama akan cuba memberikan yang terbaik untuk kamu..Doa mama sentiasa mengiringi langkahmu Anakku..

Ok.cukuplah setakat ini, pesanan buat Sufiya pada umur setahun.

Jom Kita tengok bagaimana tips untuk mengajar si manja kita sebagai rujukan bersama.



1. Ajar Secara berulang-ulang

Sebutkan perkataan yang ingin diajar secara berulang-ulang secara kuat. Sekiranya ianya kerap dilakukan anak anda akan kerap belajar. Pada usia ini otak mereka diibaratkan seperti Span yang mampu menyerap informasi dengan cepat.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Elakkan guna perkataan pelat apabila berkomunikasi dengan bayi anda. Gunakan bahasa yang betul. dengan cara ini melatih bayi anda untuk berkomunikasi dengan pantas dan mengunakan cara yang betul. Sekaligus megelakkan bayi anda menjadi pelat atau lambat berkomunikasi.

3. Ganjaran
Berikan ganjaran ataupun pujian kepada anak anda. Anak kecil suka dibelai dan dimanja. Jangan abaikan belaian buat simanja anda. Selain daripada itu anda juga boleh menghadiahkan sesuatu yang digemarinya.Peluk dan ciuman adalah perkara yang digemarinya.

4. Bacakan Buku
Bacakan buku bersama bayi anda. Dudukan bayi anda diatas riba dan bacakan buku kepadanya, biarpun mereka tidak paham. Satu hari nanti bayi anda mungkina kan meniru cara anda membaca buku. Jika anak anda menunjukkan reaksi seperti mengigit atau mengoyakkan buku tersebut, biarkan kerana itu adalah salah satu proses pembelajaran bagi mereka,


5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

5. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

6. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

7. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

8. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

9. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews