Thursday, September 25, 2014

Kompenan Kereta yang TERPENTING

Kebiasaannya bercerita tentang catatan peribadi dan barangan Shaklee. Hari nie nak beralih  cerita sekejap tentang kompenan kereta yang terpenting..  iaitu TAYAR dan BAteri Kereta.....Umpamakanlah Tayar Kereta kita itu umpama, kaki dan BAteri pula diumpamakan sebagai JAntung..
 
Kedua-dua kesihatan kompenan ini perlu diambil kira.Sebelum terlewat.....Oklah tanpa membuang masa, Jom kita straight to the point..................
APAKAH ITU TAYAR?
 
TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan.
 
TIPS KESELAMATAN TAYAR
 
Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
  • Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita kerana jika tidak kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting,penggunaan minyak akan lebih sedikit.
  • Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang.
 
  •  Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.
 
  • Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
  • Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 165/65R14 79T maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 65 % dari kelebaran 165 mm.Huruf R bermaksud radial (senang citer bulat la). R14 plak bermaksud tayar radial bersaiz 14 inci diameter. Kat sini, pemilihan rim tayar yang betul menjadi faktor utama untuk memilih tayar kereta yg sesuai. Bg situasi ini, rim yg bersaiz 14 inci diameter hanya sesuai dipadankan dgn tayar yg bersaiz sama dgn saiz diameter rim, 14 inci diameter.Maksud 79 ni pula merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa.Huruf T bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 190 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
 
  • Huruf T kat hujung 2 mawakili kelajuan maksimum untuk sesebuah tayar yg dibuat. Ini senarainya :
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
  • Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya).
 
  • Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.
  • Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
  •  
  • Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
PERINGATAN!!!
 
* Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
* Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.
* Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.
* Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
* Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
* Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
* Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
* Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
* Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.|
* Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
* Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
 
BATERI....

APAKAH ITU BATERI KERETA?
BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.
Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.
Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.
Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.
Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.
Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.
Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.
Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.
Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.
Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

***********************************************************************************
 
 
Habis cerita bab Kereta? Macamana dengan kereta anda dan macamana pula dengan tahap kesihatan anda? Kedua-duanya sama penting. Kereta & Kesihatan adalah keperluan yang perlu dititik beratkan. Sekiranya diabaikan ataupun salah satunya terabai, pasti tanda disedari menyebabkan poket anda semakin menipis.

Oleh yang demikian, jom kita pelihara kesihatan diri dan kesihatan poket kita. Dengan mengambil langkah awal. Bukankkah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Kongsikan:

Tuesday, September 16, 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee- Merawat Masalah Rambut Gugur

Hari ini nak bercerita tentang testimoni Collagen Shaklee. Memberi Kesan yang POSITIF kepada Puan Sue yang mana masalah rambut gugur dan rabun mata semakin berkurangan. Sangat mengembirakan. Setelah hilang masalah rambut gugur, rambut pula menjadi tebal, hitam dan senang diurus. Memang terbukti berkesan bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur, rabun mata dan masalah kulit kusam.

Anda memiliki masalah diatas? Ingin atasi masalah diatas? Jadikan Collagen Shaklee sebagai Pilihan Utama Anda untuk merawat masalah tersebut. In Sha Allah dengan izin Allah, dengan pengambilan Collagen Shaklee secara konsisten ,masalah anda dapat diatasi dan hati pun gembira.

Selamat Tinggal MAsalah Rambut Gugur, Kulit Kusam dan Rabun Mata.........................

Jom kita lihat testimoni Pn Sue... Pn Sue dan saya telah mencubanya..anda bila lagi !!


Bagi mendapatkan Collagen Powder Shaklee anda, anda bolehlah sms/whatsapp saya di talian 0172569166. Saya sedia Membantu. Untuk Penghantaran terus kedepan pintu rumah anda bagi kawasan Seremban, Seremban 2,Port Dickson, Nilai, Puchong, Shah Alam, PUtra Height dan Seri Kembangan Juga disediakan.

Bagi anda yang berada di Sabah & Serawak perkhidmatan mengunakan poslaju juga disediakan.
Kongsikan:

Saturday, September 13, 2014

Membeli Sambil Menderma

Ada yang berminat? Membeli sambil menderma. Usahlah lepaskan peluang ini. Siapa tahu dengan sedikit pembelian anda mampu memberi manafaat kepada kanak-kanak lain..Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Inilah masanya untuk kita memberi,Biarpun sedikit tetapi jika impaknya mampu menyumbangkan sesuatu kepada yang memerlukan, sememangnya membanggakan dan mampu membuat kita tersenyum kepuasan.


10% daripada pembelian anda akan disumbangkan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Semua urusan sumbangan itu akan diuruskan oleh pihak Shaklee. Jadinya, anda tak perlu risau dan ragu-ragu lagi tentang sumbangan anda. Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihak Shaklee terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

JOm Sekarang, Kita sertai aktiviti ini.. Aktiviti sihat, pasti memberikan manafaat.

Sekiranya anda berminat untuk program ini dan membeli Mealshake dengan harga promosi, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda
Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com

FB : Aisha Malek
Kongsikan:

Friday, September 12, 2014

Cara Penjagaan Kuku Jari dan Kaki Dengan Cara Yang Mudah..

Ada yang berminat nak tahu bagaimana untuk menjaga Kuku Jari dan Kuku Kaki dengan mudah? Tak payah susah payah dan membazir duit untuk mendapatkan rawatan  kat kedai. Didalam rumah pun anda boleh lakukan. Jimat masa, Jimat wang dan jimat tenaga.

Kalau anda rajin, anda boleh mencuci kuku jari  dan kuku kaki suami,  ibu,  ayah,  anak-anak. Jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan semestinya menarik. Sebagai contoh: Ibu membasuh kuku tangan dankaki Ayah, Anak Basuh membasuh kuku jari dan kaki Ibu dan Ibu dan ayah basuh kaki anak, sekaligus ianya mampu megeratkan hubungan kekeluargaan.

Cuba Tengok Kuku jari dan Kaki anda? Terperanjat?Terkejut. Sedangkan kulit muka kita jaga, letakkan bedak setiap hari tetapi bagaimana pula dengan kuku kaki dan tangan kita. Adakah kita biarkan saja?

Cara-cara menjaga kuku jari dengan mudah adalah:

1) Sediakan air suam, sebanyak 3 gayung (ikut kesesuaian anda) di dalam baldi, Kemudian letakkan satu sudu garam halus.

2) Sesudah itu, rendamkan kaki anda kedalam air suam tersebut selama 5-10 minit ( ikut keselesaan anda). Gosokkan kaki anda dengan berus secara perlahan dan letakkan sedikit shower gel kegunaan harian anda. Untuk lebih Jimat, sekiranya dirumah anda terdapat berus gigi lama ataupun yang sudah kembang. Janganlah terus dibuang berus gigi tuh, ia boleh digunakan untuk memberuskan kaki anda yang direndam tadi.

3) Apabila aktiviti memberus selesai, basuh kaki anda tadi dengan air paip dan lap kaki atau tangan tadi dengan tuala yang bersih.

4) Sesudah kaki tadi kering, bolehlah disapukan HERBAL BLEND MULTIPURPOSAE CREAM SHAKLEE, yang bertujuan untuk mengekalkan kelembapan pada kulit kaki dan tangan anda.

5) Hasilnya, pasti membuatkan anda tersenyum kerana memiliki kuku yang bersih dan cantik lagi menawan.

Diantara Manafaat yang anda perolehi sekiranya mengunakan HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM SHAKLEE adalah seperti berikut:


Jangan Lepaskan peluang anda sementara stok masih ada..

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda
 
Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com

FB : Aisha Malek
Kongsikan:

Thursday, September 11, 2014

Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)ianya juga dikenali sebagai Silent Killer bagi rakyat Malaysia. Penyakit ini tidak boleh diambil ringan kerana ianya tidak mengira usia. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda tertentu,jika kita menghidapnya. Sekiranya ianya tidak dibendung akan mengundang bahaya kepada pesakit. Pesakit yang menghidap darah tinggi lebih berpotensi kepada serangan jantung,strok dan penyakit buah pinggang.

Faktor yang mempengaruhi seseorang itu mendapat Tekanan Darah Tinggi adalah daripada latar belakang keluarga yang memiliki sejarah , umur, gaya hidup dan pemakanan seseorang.



Tekanan darah yang sihat adalah berada diparas 120/80 mm Hg atau lebih rendah. Alamak berapa tekanan darah saya agaknya yer???

Sebagai langkah pencegahan, jom kita ikuti langkah bagaimana untuk mengelak daripada masalah tekanan darah tinggi.

1. Kawal berat badan, elakkan obesiti - Berdisplin di dalam mengawal berat badan

2. Bersenam dengan cara yang betul, Sediakan jadual bersenam yang teratur. Peruntukan hari-hari yang bersesuaian untuk bersenam selama 30-45 minit, 3-4x seminggu.

3.Kurangkan pengambilan garam kerana ia mampu meningkatkan tekanan darah.

4.Jauhi tabiat merokok, dengan merokok ia mampu meningkatkan tekanan darah kerana terdapat nikotin. Nikotin mampu meningkatkan tekanan darah perokok sepanjang masa.

5.Elakkan Stress. Berfikirlah secara posotif. Dengan stress mampu membuatkan tekanan anda menjadi lebih tinggi seterusnya akan terus berpotensi untuk mendapat strok dan berbagai penyakit kronik yang lain.

6. Mengamalkan pemakanan yang seimbang. Lebihkan meminum air masak, lebihkan mengambil beras perang, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan ini kerana ianya mampu mengawal tekanan darah.Amalkan memakan pisang kerana ia mengandungi sumber potassium yang baik dan mudah didapati

7. Kawal kolestrol. Buat pemeriksaan dan dapat nasihat doktor tentang kadar kolestrol dibadan anda. Pantau tahap kesihatan anda. Elakkan makanan yang berkolestrol dan berlemak.

8.Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Mencegah lebih baik dari mengubati, untuk membendung tekanan darah tinggi daripada tubuh badan anda, adalah dicadangkan anda mengambil Makanan tambahan daripada Shaklee supaya dengan sedikit usaha ini dapat mengelakkan diri anda daripada menjadi menghidap darah tinggi.


Jangan Lepaskan peluang anda sementara stok masih ada.. 

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda


Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com

FB : Aisha Malek
Kongsikan:

Wednesday, September 10, 2014

Tentang Minuman Berkarbonat.



Sebut saja minuman berkarbonat, sememangnya tidak dinafikah kesedapan dan Kelazatannya. Alangkah nikmatnya meminum minuman berkarbonat ini, lebih-lebih lagi ketika panas terik. Kepuasannya memang tidak terkira. Nikmatnya minuman berkarbonat ini, menghilangkan kehausan tekak membuatkan kita lupa tentang potensi penyakit yang masuk kedalam badan.

Peringatan untuk diri sendiri juga, Seboleh-boleh elakkan minuman berkarbonat. Carilah alternatif lain untuk diminum supaya badan tidak menanggung penyakit yang merbahaya.Berikut adalah beberapa fakta tentang Minuman Berkarbonat.

1) Terdapat 16 pek gula didalam 1.6 liter botol biasa minuman ringan

2) 250ml Minuman Tenaga mengandungi 6 pek gula

3) 600ml minuman menambah kecergasan (biasanya diminum atlet) mengandungi 9 pek gula

4) Pengambilan satu tin minuman ringan 600ml setiap hari sama dengan 23 kilo gula setahun

5) Minum satu tin minuman bergula sehari menjadi punca hakisan dan pereputan gigi. Kandungan asid dalam minuman boleh melemahkan enamel yang boleh membawa kerosakkan gigi.

6) Menurut Diet lazim Amerika Syarikat, pengambilan satu tin minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan berat sekurang-kurangya 6.75 kilo setahun

7) Kajian menunjukkan bagi setiap hari pengambilan 340ml minuman dengan kandungan gula tingi anda sebenarnya berisiko tinggi menghidap penyakit diabetes tahap 2. Kadar potensi kira-kira 26 peratus mendapat penyakit berkenaan berbanding mengambil hanya satu tin minuman itu dalam tempoh sebulan.

8) 55% kanak-kanak cenderung menjadiobesiti akibat minum satu atau lebih minuman tinggi gula sehari.

9) Sebotol 560ml minuman ringan mengandungi kira-kira 16 sudu teh gula.

Inilah masanya untuk kita bertukar kepada minuman yang lebih sihat iaitu Performance Drink. Minuman ini direka khusus untuk para angkasawan NASA. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara memilih Performance sebagai pilhan utama mereka. Didalam masa yang sama, minuman ini banyak membantu mencipta rekod dunia baik di dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.


  • Ianya tidak mengandungi bahan pewarna, perasa tiruan dan pemanis tiruan.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Membekalkan tenaga dan Daya ketahanan fizikal
  • Mencegah Penyahidratan 
  • memelihara dan mengekalkan paras gula.


Boleh diminum bila-bila masa dan dimana saja. Enak diminum begitu saja atau dicampur bersama minuman lain.

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Penghantaran secara pos laju juga disediakan keseluruh Malaysia termasuk Sabah & Serawak.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek


Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan



Kongsikan:

Monday, September 08, 2014

Pesanan Dr Prof Dr Muhaya


Kembali mencoret-coret.. Ada yang tak kenal dengan Prof Muhaya. Ish Ish pada yang tak kenal tu, boleh cari-cari kat Mr Google tentang Prof Muhaya. Semenjak terdengar salah satu program yang disampaikan oleh Prof ini di Radio IKIM, terus saya jatuh hati dengan cara penyampaian dan intipati inspirasi yang disampaikannya.

Disini saya letakkan sebahagian kata-kata Prof Muhaya. Tujuannya supaya menjadi inspirasi kepada saya dan pembaca diluar sana.Yang paling penting  adalah untuk diri sendiri, kadang-kadang diri ini terleka dan lalai jua.


  • Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia
  • Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak
  • Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita
  • Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.
  • Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.
  • Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.
  • Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.
  • Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara 1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.
  • 4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.
 
Kongsikan:

Sunday, September 07, 2014

5 Sebab Kenapa Saya Sayang Anak Saya...

Siapa yang tidak sayang kepada anak sendirikan. Anak yang dikandung selama 9 bulan. Dibawa ke sana kemari selama 9 bulan. Selepas dilahirkan sicomel inilah yang menjadi penghibur hati yang lara,  penawar duka, pencetus kegembiraan dan penyemarak kebahagiaan. Syukur padamu, Ya Allah dengan nikmat yang diberikan ini

Sebab Kenapa Saya Sayang anak saya..........................

1) Saya dan suami tidak sabar melihat perkembangan Sufiya setiap bulan. Melihat ianya membesar dengan sempurna dan sihat merupakan kebahagiaan kepada kami.

2) Menghabiskan masa bersama Sufiya memang menyeronokkan , hilang semua stress. Kadang-kadang berat rasa hati untuk tinggalkan Sufiya dengan pengasuh sewaktu pergi kerja, tetapi apakan daya usaha mencari rezeki perlu diteruskan

3) Membuatkan saya lebih membeli barangan anak daripada barangan sendiri. Biarpun baju anak setiap bulan bertukar ganti tetapi baju sendiri apabila ingin membelinya,. Sekadar jelingan saja diberi. Keutamaan buat simanja terlebih dahulu.

4) Mengejutkan saya pada waktu subuh. Biasa ler waktu-waktu  macam nih Sufiya akan bangun jika tak pampersnya sudah penuh takpun inginkan sebotol susu sebelum menyambung tidur semula

5) Walaupun wajah saya ini bukan ala-ala supermodel tapi Sufiya tetap suka melihat wajah saya setiap  masa. Menangis apabila saya tinggalkannya walaupun sebentar, sangat-sangat terasa diri ini diperlukan. Ciuman saya membuatkan Sufiya ketawa dan tersenyum merupakan satu kepuasan pada saya.

Sebenarnya banyak lagi sebab musabab kenapa saya sayang anak saya. Jika diteruskan penulisan memang tak tidur dibuatnya malam nih.Disebabkan mata dah ngantuk, kita berhenti disini dulu, nanti kita sambung di entry yang lain pula.

Jangan lupa pengambilan OSTEMATRIX 4 biji sebelum tidur, yang berperanan sebagai Kalsium, Barulah tidur lena, Mimpi indah, hilang lenguh-lenguh badan. Keesokkannya pasti bangun dengan senyuman.
Kongsikan:

Saturday, September 06, 2014

Sukarnya untuk memberi makan kepada Si Manja

"Sukarnya memberi makan kepada simanja" . Pernah tak ibu-ibu mengalami masalah ini? Saya rasa ramai diantara ibu-ibu diluar sana mengalami masalah ini. Buktinya ianya merupakan topik hangat di dalam whatsapp group saya dan kawan-kawan pada pagi ini. Ternyata ibu-ibu diluar sana tidak bersendirian menghadapi masalah ini.

Jika diberi kentang goreng atau burger, ataupun nugget dan "Jan Jan", pasti itulah yang paling simanja kita gemari. Tapi sebagai ibu bapa yang prihatin takkan kita nak berikan makanan yang tidak berkhasiat itu kepada simanja. Bagaimana pembesarannya yang memerlukan banyak nutrisi untuk tubuh badan. Faktor perkembangan fizikal inilah yang  membuatkan ibu-ibu mula risau tentang perkembangan si manja yang sedang meningkat membesar.

Bagi mengatasi masalah ini daripada berpanjangan ibu mestilah mengambil inisiatif dengan lebih kreatif di dalam penyediaan makanan buat simanja, Hiaskan makanan dengan perbagai warna dan perbagaikan makanan simanja dengan bentuk dan hiasan yang menarik. Dengan hidangan yang lebih kreatif mampu membuatkan simanja lebih teruja untuk menikmati makanan.

Di dalam masa yang sama, ciptakan suasana makan yang menyeronokan  dan mengembirakan  dengan terhasilnya suasana yang gembira ianya mampu membuka selera simanja anda dan membuatkan simanja ada tertunggu-tunggu bilakah tiba masanya waktu makan.

Selain daripada itu, perbagaikan menu makanan untuk anak anda dengan cara mengoreng dengan mengunakan sedikit minyak, mengukus dan membakar. Perbagaikan kombinasi sayur di dalam satu hidangan supaya anak anda tidak jemu untuk makan menu makanan yang sama pada setiap hari. Tidak lupa juga, kenalpasti makanan kegemaran si manja anda dan perbagaikan menu tersebut berdasarkan kreativiti anda.

Diantara menu yang menjadi kegemaran Sufiya adalah
1) Nasi Lembut + Sup ikan Salmon + Kentang + Telur + Saderi
2) Kentang Lecek
3) Nasi lembut + ayam gorang + Lobak yang telah direbus

Untuk mendapatkan lebih khasiat untuk simanja anda, bolehlah mencuba Mealshake Shaklee. Ianya mengandungi protein dan berbagai khasiat yang sangat-sangat sesuai untuk tubuh badan. tterdapat di dalam Mealshake  Diantara khasiat yang terdapat di dalam Mealshake:

1) Terdapat 24 jenis vitanin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh
2) Membantu membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran
3) Membantu meningkatkan selera makan anak
4) Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
5) sebagai penganti segera terhadap kekurangan zat, mineral dan vitamin & tenaga

Opps!! MEALSHAKE ini bukan saja sesuai untuk simanja tetapi juga boleh di minum dan dinikmati oleh Sessi keluarga. Barulah sessi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat di rumah dan sudah pastinya akan menjadi ikutan kepada di manja anda.

Lebih-lebih lagi bulan September ini, merupakan bulan promosi Mealshake. Dengan pembelian 3 botol, PERCUMA satu botol. Tentang harga pula semestinya lebih murah daripada biasa. Harga Promosilah katakan. Jadinya, kepada ibu yang mengalami masalah "Sukarnya, memberi makan kepada Si Manja" ini lah masanya untuk mencuba Mealshake.

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Penghantaran secara pos laju keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak juga disediakan.
 
Wakil Pengedar Shaklee Anda 

Aisha Malek 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ] 
Contact Number : 017 256 9166 
SMS/WhatsApp : 017 256 9166 
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek



Kongsikan:

Monday, September 01, 2014

Promosi Mealshake & Collagen (September 2014)

September 2014. Sememangya berita terbaik bagi penguna Shaklee. Bulan ni Shaklee menawarkan promosi berganda iaitu Mealshake dan Collagen. Kepada penguna semua, di harap tidak melepaskan peluang keemasan ini. Kedua-dua produk ini memang tidak dinafikan lagi khasiatnya.

Untuk sessi keluarga supaya sihat dan cergas, bukan saja untuk kanak-kanak, malah minuman ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.- Ianya boleh dijadikan sarapan berkhasiat buat sessi keluarga. Dijamin ianya sedap dan mampu membuka selera. Disertakan khasiat Mealshake untuk perkongsian bersama.

Kepada semua yang ingin kelihatan Cantik dan Gebu, terutamanya bakal-bakal pengantin, mereka yang mengutamakan kecantikan. Di harap tidak melepaskan peluang untuk membeli kolegen Shaklee pada bulan promosi ini. Khasiatnya anda akan rasai setelah mencuba produk yang terbaik ini.


 
Jangan Lepaskan peluang anda sementara promosi masih ada.. 

Untuk tempahan, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati dan berbaloi-baloi!. Pekhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda juga di sediakan sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Shah Alam, Putra Height, Seri Kembangan, Serdang, Nilai, Salak Tinggi, Seremban, Seremban 2 dan Bandar Sri Sendayan.

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Aisha Malek
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1090534 ]
Contact Number : 017 256 9166
SMS/WhatsApp : 017 256 9166
Emel :myaishamalek@gmail.com
FB : Aisha Malek

Penafian: Semua penulisan/Testimoni yang terdapat di ruangan ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya pembaca mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan
Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews