Sunday, September 07, 2014

5 Sebab Kenapa Saya Sayang Anak Saya...

Siapa yang tidak sayang kepada anak sendirikan. Anak yang dikandung selama 9 bulan. Dibawa ke sana kemari selama 9 bulan. Selepas dilahirkan sicomel inilah yang menjadi penghibur hati yang lara,  penawar duka, pencetus kegembiraan dan penyemarak kebahagiaan. Syukur padamu, Ya Allah dengan nikmat yang diberikan ini

Sebab Kenapa Saya Sayang anak saya..........................

1) Saya dan suami tidak sabar melihat perkembangan Sufiya setiap bulan. Melihat ianya membesar dengan sempurna dan sihat merupakan kebahagiaan kepada kami.

2) Menghabiskan masa bersama Sufiya memang menyeronokkan , hilang semua stress. Kadang-kadang berat rasa hati untuk tinggalkan Sufiya dengan pengasuh sewaktu pergi kerja, tetapi apakan daya usaha mencari rezeki perlu diteruskan

3) Membuatkan saya lebih membeli barangan anak daripada barangan sendiri. Biarpun baju anak setiap bulan bertukar ganti tetapi baju sendiri apabila ingin membelinya,. Sekadar jelingan saja diberi. Keutamaan buat simanja terlebih dahulu.

4) Mengejutkan saya pada waktu subuh. Biasa ler waktu-waktu  macam nih Sufiya akan bangun jika tak pampersnya sudah penuh takpun inginkan sebotol susu sebelum menyambung tidur semula

5) Walaupun wajah saya ini bukan ala-ala supermodel tapi Sufiya tetap suka melihat wajah saya setiap  masa. Menangis apabila saya tinggalkannya walaupun sebentar, sangat-sangat terasa diri ini diperlukan. Ciuman saya membuatkan Sufiya ketawa dan tersenyum merupakan satu kepuasan pada saya.

Sebenarnya banyak lagi sebab musabab kenapa saya sayang anak saya. Jika diteruskan penulisan memang tak tidur dibuatnya malam nih.Disebabkan mata dah ngantuk, kita berhenti disini dulu, nanti kita sambung di entry yang lain pula.

Jangan lupa pengambilan OSTEMATRIX 4 biji sebelum tidur, yang berperanan sebagai Kalsium, Barulah tidur lena, Mimpi indah, hilang lenguh-lenguh badan. Keesokkannya pasti bangun dengan senyuman.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews