Thursday, September 25, 2014

Kompenan Kereta yang TERPENTING

Kebiasaannya bercerita tentang catatan peribadi dan barangan Shaklee. Hari nie nak beralih  cerita sekejap tentang kompenan kereta yang terpenting..  iaitu TAYAR dan BAteri Kereta.....Umpamakanlah Tayar Kereta kita itu umpama, kaki dan BAteri pula diumpamakan sebagai JAntung..
 
Kedua-dua kesihatan kompenan ini perlu diambil kira.Sebelum terlewat.....Oklah tanpa membuang masa, Jom kita straight to the point..................
APAKAH ITU TAYAR?
 
TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan.
 
TIPS KESELAMATAN TAYAR
 
Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
  • Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita kerana jika tidak kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting,penggunaan minyak akan lebih sedikit.
  • Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang.
 
  •  Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.
 
  • Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
  • Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 165/65R14 79T maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 65 % dari kelebaran 165 mm.Huruf R bermaksud radial (senang citer bulat la). R14 plak bermaksud tayar radial bersaiz 14 inci diameter. Kat sini, pemilihan rim tayar yang betul menjadi faktor utama untuk memilih tayar kereta yg sesuai. Bg situasi ini, rim yg bersaiz 14 inci diameter hanya sesuai dipadankan dgn tayar yg bersaiz sama dgn saiz diameter rim, 14 inci diameter.Maksud 79 ni pula merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa.Huruf T bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 190 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
 
  • Huruf T kat hujung 2 mawakili kelajuan maksimum untuk sesebuah tayar yg dibuat. Ini senarainya :
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
  • Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya).
 
  • Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.
  • Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
  •  
  • Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
PERINGATAN!!!
 
* Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
* Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.
* Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.
* Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
* Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
* Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
* Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
* Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
* Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.|
* Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
* Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
 
BATERI....

APAKAH ITU BATERI KERETA?
BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.
Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.
Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.
Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.
Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.
Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.
Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.
Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.
Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.
Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

***********************************************************************************
 
 
Habis cerita bab Kereta? Macamana dengan kereta anda dan macamana pula dengan tahap kesihatan anda? Kedua-duanya sama penting. Kereta & Kesihatan adalah keperluan yang perlu dititik beratkan. Sekiranya diabaikan ataupun salah satunya terabai, pasti tanda disedari menyebabkan poket anda semakin menipis.

Oleh yang demikian, jom kita pelihara kesihatan diri dan kesihatan poket kita. Dengan mengambil langkah awal. Bukankkah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews