Monday, September 08, 2014

Pesanan Dr Prof Dr Muhaya


Kembali mencoret-coret.. Ada yang tak kenal dengan Prof Muhaya. Ish Ish pada yang tak kenal tu, boleh cari-cari kat Mr Google tentang Prof Muhaya. Semenjak terdengar salah satu program yang disampaikan oleh Prof ini di Radio IKIM, terus saya jatuh hati dengan cara penyampaian dan intipati inspirasi yang disampaikannya.

Disini saya letakkan sebahagian kata-kata Prof Muhaya. Tujuannya supaya menjadi inspirasi kepada saya dan pembaca diluar sana.Yang paling penting  adalah untuk diri sendiri, kadang-kadang diri ini terleka dan lalai jua.


  • Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia
  • Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak
  • Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita
  • Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.
  • Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.
  • Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.
  • Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.
  • Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara 1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.
  • 4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.
 
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews