Thursday, December 25, 2014

Amalan Ketika Mengandung

Hari ini nak sharekan tentang amalan-amalan bermanafaat ketika mengandung. Almaklumlah sekarang nih tengah mengandung. Jika sebelum ni saya asyik blogwalking je kat blog-blog lain, hari ni saya nak sharekan  info-info amalan-amalan yang bermanafaat  untuk bakal-bakal ibu sekalian..

Semoga info ini boleh dijadikan panduan kita bersama..

1) Banyakkan Bertaubat kpd Allah swt diatas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Agar  bakal anak yang bakal lahir ini menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh, Basahkan lidah dengan beristigfar kepada Allah s.w.t .

2) Jangan Tinggal Solat kerana ia mendekatkan diri dengan Allah swt

3) Banyakkan Membaca Al-Quran dan Membaca surah-surah pilihan setiap hari.

- Membaca Al fatihah & Ayat Kursi

- Membaca surah Yassin

- Membaca Surah Al-Taubah

- Membaca surah Yusuf - agar memperolehi anak yang soleh, sihat,cantik dan sempurna

- Membaca surah Luqman - agar memperolehi anak yang taat

- Membaca surah Maryam - memperolehi anak yang sabar dan taat

- Membaca surah An-Nahl ayat 78

3) Amalkan membaca doa supaya anak dipelihara di dalam kandungan. Saya dan suami sememangnya mengamalkan doa di bawah sejak mengandungkan Sufiya tempohari. Marilah kawan-kawan, ajak suami amalkan sekali doa ini. Semoga bermanafaat.


4) Makanlah, makanan yang halal & Berkhasiat ( Jom kita amalkan supplement Shaklee khas untuk ibu mengandung supaya khasiatnya diperolehi oleh badan kita dan anak didalam kandungan)

5) Banyakkan menghadiri majlis ilmu, membaca buku-buku ilmiah yang bermanafaat

6) Menjauhi amalan khurafat

7) Elakan diri daripada berbual kosong, mengumpat, menghina dan mencaci. Jaga mulut dan jaga tindakan.

8) Elakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang, ikan pari, nenas dan tapai.

9) Berbual-bual dengan anak di dalam kandungan

10) Jauhi sifat dendam dan dengki.

Inilah serba sedikit info tentang amalan ketika mengandung yang saya perolehi. Jika kawan-kawan ada info yang bermanafaat, sila-silakanlah share bersama saya.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews