Monday, December 08, 2014

Pengalaman Mengandung anak Kedua

Malam ni nak bercerita tentang pengalaman mengandung anak kedua ini...Memang betul kata mereka yang berpengalaman setiap anak tidak sama pembawakannya .. Inilah yang saya alami sekarang..

Jika masa mengandungkan Sufiya : Memang malas nak masuk dapur, nak masak apa-apa pun memang sangat-sangat malas. Jika dipendekkan cerita, kalau boleh tidak mahu lansung jejak kaki ke dapur..

Ketika ini: Alhamdulillah, rasanya macam biasa. Boleh lagi buat nasi goreng dan memasak seperti biasa, Kurang sikit rasa malasnya..siap ada planning nak buat kuih dan nak pergi belajar buat kuih lagi...

Jika masa mengandungkan Sufiya : Rasa mual,loya pening hanya pada waktu pagi sahaja. Waktu-waktu lain kembali normal..

Ketika ini : Peningnya tidak menentu..Pagi pening, Tengahari pening, malam pun pening..pening dan sememangnya memeningkan. pernah sekali semasa sembahyang saya nampak sejadah didepan mata tuh bergerak..

Jika masa mengandungkan Sufiya : kurang merasa haus dan kurang minum ais

Ketika ini : Selalu kehausan dan apabila mendapat minuman yang berais, alangkah nikmatnya ..hilang segala kehausan..

oklah setakat ini saja coretan peribadi buat kali ini.. nanti kita sambung dientry akan datang...terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya...Doakan saya dan anak di dalam kandungan ini sihat-sihat selalu ye..

tatatatitiittututu.....
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews