Thursday, April 30, 2015

Episiotomi

Tukar cerita sekejap... Al maklumlah tuan punya blog nie lagi 2 bulan lebih akan melahirkan adik Sufiya. Sedikit sebanyak rasa berdebar-debar tuh ada. Sedang-sedang blogwalking terjumpa artikel yang menarik ni.. Hasilnya saya tampalkan di blog ini, untuk pengetahuan umum dan bacaan peminat setia blog kesayangan ini...

Jemput-jemputlah baca, semoga ia bermanafaat dan memberikan sedikit gambaran kepada saya dan anda tentang proses-proses yang dilakukan oleh doktor semasa bersalin...

Episiotomi adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda ketika bersalin. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama.  Ramai pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka terkoyak sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan sebagai rutin.




Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.

Wanita yang menjalani episiotomi juga lebih banyak  berakhir dengan masalah terkoyak yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal – masalah mengawal pergerakan usus dan angin.

Dalam situasi tertentu episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:
  • Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
  •  Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih ruang untuk bayi keluar
  •  Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan forcep bagi membolehkan bayi keluar
  •  Jika tisu anda mula berdarah atau seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.
Bagaimana untuk mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu?
Berbincang dengan doktor anda lebih dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh membantu mengelakkan koyakan.

Bagaimana episiotomi dijalankan
Jika doktor anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu.

Bagaimana cara penyembuhan?
Jika anda menjalani episiotomi (atau koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais  pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.

Bilakah boleh mengadakan hubungan kelamin semula?
Perineum anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan.

Credit : Mr Google
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews