Thursday, May 21, 2015

Cara Mandikan Bayi Dengan Betul

Assalamualaikum.. hari nie nak tulis serba sedikit info tentang cara mandikan bayi dengan betul. Hehehehe tapi sebelum tuh saya nak bercerita tentang pengalaman dan pengakuan saya sendiri...

Sebenarnya, saya sendiri tak pernah mandikan bayi...sehinggakan Sufiya lahir. Itupun sehingga Sufiya berumur 3 bulan barulah saya memberanikan diri untuk memandikan Sufiya.. Kenapa jadi macam tue??.. sebab saya tak berani, saya takut terlepas di dalam besen air dipenuhi air itu. Tersentuh dihati kecilku ini (emosi sikit) masa tuh kurangnya ilmu akak tentang bayi . Walaupun Pada masa itu ada suami, nenek dan mak mertua yang banyak membantu...

Dan disebabkan pengalaman diataslah, cara mulakan serba sedikit mencari info dan membanyakkan bacaan tentang cara mandikan bayi dengan betul. Maka..terhasillah entry ini..HArap-harap adik sufiya yang bakal lahir ini dapat saya mandikan tanpa lagi mengharap bantuan sesiapa..inikan semua pengalaman dan ilmu baru yang perlu kita pelajari..dan harap-harap info ini menjadi panduan berguna juga kepada bakal-bakal ibu diluar sana..

jom teruskan bacaan anda...


Langkah Pertama - Sediakan barang-barang kelengkapan mandi untuk bayi anda terlebih dahulu..Sediakan tuala, napkin, bedak losyen atau pampers, barut dan barang-barang yang berkaitan berhampiran dengan anda. Tujuannya supaya anak yang kecil itu tidak kesejukan..dan JANGAN LUPA, tutuplah kipas atau Air-cond sebentar sementara memandikan bayi anda.....

Langkah Kedua - Pastikan air mandian tadi benar-benar suam. Buatlah bancuhan air panas dan air sejuk supaya air tadi menjadi benar-benar suam..dan peganglah bayi anda Pegang dengan Cermat dan berhati-hati. Pegang dengan cara yang betul.

Elakkan air masuk kedalam telinga, hidung dan mata bayi. Lakukan dengan cermat..
Dan JANGAN SESEKALI tinggalkan bayi anda di dalam tab mandinya bersendirian. Ianya sangat membahayakan kerana boleh menyebabkan bayi anda lemas..
Sekiranya anda ingin beredar, angkat bayi anda, tualakan bayi anda dan bawa bersama..

Langkah Ketiga -  Jangan mandikan bayi anda terlalu lama. memadailah hanya dengan 4-5 minit saja. Bimbang nanti bayi anda kesejukan dan ianya akan menyebabkan bayi anda terbersin dan selsema.

Langkah Keempat- dan keringkan dengan tuala yang disediakan selepas mandi. Keringkan bahagian-bahagian seperti dibelakang telinga, celah kaki, ketiak, dagu, pangkal peha sebelum mengenakan pakaian. Tujuannya adalah untuk mencegah ruam. dan setelah kering sapukanlah minyak telon, losyen atau bedak kat bayi anda..

Opss. lakukan sedikit urutan lembut kepada bayi anda..(Tentang urutan nie, saya belum study lagi, tapi kalau dah siap study teringin jugak nak buatkan satu entry). setelah itu, sarungkanlah pakaian yang telah anda sediakan tadi..
TAraa.. adik comel dah siap mandi..hehehehee

Persoalannya.. berapa kerap perlu memandikan bayi.. terpulang pada keadaan bayi anda.. Semuanya bergantung pada anda sendiri..1 atau 2 kali sehari atau lebih kerap semuanya bergantung kepada keadaan bayi anda..


Saya sertakan sekali langkah-langkah cara memandikan bayi  yang baru lahir buat tatapan kita bersama.....



Sekian saja untuk coretan kali ini. di harap info ini serba sedikit dapat memberikan manafaat kepada saya dan pembaca diluar sana.. Yang kurang itu dari kekurangan ilmu saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah swt..

Jumpa lagi dientry akan datang.............



 
 
 



Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews