Monday, June 01, 2015

Sebab-Sebab Malas ke Tempat Kerja


Assalamualaikum.. kembali bersiaran.

tengah buat apa tue, kawan-kawan..... tengah buat kerja ke? Bizi ke ataupun ada yang buat-buat bizi ketika ini... hihihi.. Pernah tak kawan-kawan rasa malas nak ke tempat kerja, Pernah ? atapun tidak pernah lansung? Sedikit sebanyak pasti ada perasaan Malas melanda..betul tak?

Usah dibiarkan berlarutan, bimbang nanti kesannya kepada diri kita sendiri.. Jika kita malas untuk bekerja & berusaha.. Siapa yang akan membantu jika kita kekurangan sumber pendapatan? Nak pinjam duit dengan kawan-kawan, saudara mara, ibu bapa...Tebal muka dibuatnya... sebelum ini terjadi lebih baiklah kita tengok-tengok sebab dan musabab kenapa kita malas ke tempat kerja...Kita cari punca sebenarnya..

1) Suasana Kerja yang Tidak Menyeronokkan

Politik Office...memang tak dapat dinafikan pasti ada dimana-mana. Sekiranya berhadapan dengan suasana begini.. Adalah dinasihatkan pandai membawa diri, menjaga mulut dan bijak di dalam pergaulan..Berdasarkan pengalaman saya, disebabkan mulut dan perasaan hasad dengki diantara rakan sekerja sememangnya membuatkan persekitaran kerja tang tidak menyeronokan. Keadaan ini memang tidak selesa.

Sebagai solusi..fikirkanlah kembali adakah karier anda terbantut hanya disebabkan keadaan yang sebegini..terapkanlah semangat kerjasama berpasukan dan cubalah memahami karekter kawan-kawan di pejabat anda.. In sha Allah anda boleh mengatasinya...

2) Pekerjaan yang tidak mencabar

Bosan dengan kerja anda.. Ianya tidak mencabar kreativiti anda, tidak perlu penambahbaikan dan tidak ada cabaran tentang tugasan yang diberi..Apabila sudah sampai ke tahap ini, renung-renungkan kembali perjalananan karier anda, perlukah anda teruskan di syarikat yang sama atau mengambil keputusan untuk memulakan tugasan di tempat yang baru dengan tugasan yang lebih mencabar...

3) Pihak Atasan

Pabila bercakap tentang pihak atasan atau BOSS, mesti berbagai karenah yang ada.. ada yang sangat memahami, cerewet, pemarah, tidak ramah, tidak menghargai pekerja.. Apapun ciri-ciri bos yang negetif, pasti tidak disukai oleh pekerja, kerana ia mengakibatkan stress kepada pekerja itu sendiri.

Jika ini berlaku, cubalah menyesuaikan diri dengan dengan pihak atasan anda, pelajarilah sesuatu daripada mereka serta cubalah meminimumkan hal-hal yang tidak disukai mereka..

4) Gaji yang Tidak mencukupi

Faktor utama mereka yang bekerja adalah untuk mendapat gaji.. Dan apabila gaji tidak mencukupi, ia akan membuatkan seseorang itu lebih berkira didalam melaksanakan tugasnya. Sekiranya gaji anda tidak mencukupi cubalah suarakan kepada pihak atasan supaya ianya setimpal dengan kerja-kerja yang anda lakukan,

 tetapi jika anda cuma duduk tanpa sebarang usaha terhadap kerja, USahlah mengharapkan gaji yang tinggi untuk diterima.. Besar Tanggungjawab yang di galas, Bakal lumayanlah pendapatan yang anda akan terima..Begitulah sebaliknya..


Anda tidak berminat dengan kerja yang anda lakukan..semuanya dalam keadaan terpaksa..Jika ini berlaku carilah kerja yang bersesuaian dengan minat anda, supaya ianya mampu menciptakan keseronokan didalam kerjaya anda..Tetapi jika ditakdirkan, masih tidak sesuai dengan minat anda, cubalah cari alternative lain supaya ia dapat mampu menarik minat anda kepada kerja..

Sebagai kesimpulannya, walau apapun sebab anda malas ke tempat kerja. Semuanya adalah bergantung kepada mentality dan cara pemikiran anda terhadap sesuatu kerja itu. Tepuk dada, Tanya selera..Pilihan ditangan anda..samada untuk terus berkhidmat de syarikat yang sama ataupun meneruskan perjalanan karier anda di tempat baru dan persekitaran yang baru.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews