Tuesday, November 17, 2015

Cara Mudah Memujuk Anak Makan

Sudah pasti ibu-ibu diluar sana menghadapi masalah seperti saya. Iaitu sukar memberi makan kepada si manja. Apatah lagi jika, mereka sudah pandai meminta itu dan ini, sudah pandai memilih makanan dan sudah pandai membezakan rasa terhadap sesuatu makanan. Sememangnya, berhadapan situasi ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Walaupun kadangkala tahap kesabaran telah tipis dan timbul rasa kecewa.

Opps..Jangan terlalu cepat kecewa, marilah kita teruskan berusaha memberikan makanan yang terbaik dan berkhasiat buat anak kita. Selagi masih termampu memberikan yang terbaik, marilah kita usahakan bersama-sama. Jom kita lihat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memujuk anak menikmati makanan berkhasiat yang dihidangkan....

Cara Mudah Memujuk Anak Makan

1) Mengubah Cara Penyediaan Makanan

Ubah cara penyediaan makanan supaya kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Ibu kena lebih kreatif di dalam penyediaan makanan. Di samping itu, sediakan makanan yang boleh dinikmati oleh kesemua ahli keluarga. Ini kerana, apabila sekeluarga duduk makan bersama, makan secara berjemaah ianya akan membangkitkan selera.
Hasilkan jus buah-buhan berbanding daripada hirisan buah-buahan. Susun atur makanan secara kreatif dengan bentuk-bentuk yang menarik juga mampu menarik minat anak untuk menjamu selera.


Cara Mudah Memujuk Anak Makan

2) Tegur atau Pujuk dengan Nada Yang Baik

Elakkan memarahi atau menegur anak dengan cara yang kasar di meja makan. Dengan cara ini, sekaligus mampu menghilangkan mood atau selera untuk menikmati makanan tersebut. Sewajarnya ibu atau ayah berperanan memujuk ataupun menegur anak tersebut dengan cara yang baik. Terangkan khasiat yang terdapat di dalam makanan tersebut.

Tegur, pujuk secara berhemah dan kreatif supaya anak tadi menyedari tentang khasiat dan kelazatan makan yang dihidangkan. Pendekatan yang kreatif mampu menciptakan suasana yang mengembirakan dengan menikmati makanan yang berkhasiat.

Cara Mudah Memujuk Anak Makan

3) Ajar Anak Untuk mencuba

Berikan anak anda merasa makanan yang anda sediakan. Dengan merasa makanan membuatkan anak tersebut tahu menilai rasa makanan yang dihidangkan itu. Kadangkala, anak-anak ini hanya menilai makanan hanya berdasarkan rupa dan warna. Setelah merasa makanan itu, mungkin ia akan membangkitkan selera anak untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Hanya dengan satu gigitan kecil mampu membuka selera anak untuk menikmati setelah mengetahui rasa sebenar.

Cara Mudah Memujuk Anak Makan

4) Perbagaikan Menu Anda

Dengan cara mengubahsuai resepi anda dapat memperbagaikan menu. Pastikan resepi boleh diterima oleh semua ahli keluarga termasuk anak anda. Perbagaikan warna didalam menu supaya ia kelihatan menarik.
Sekiranya anak tidak mengemari buah-buahan, mungkin anda boleh mengisarnya dan mencampurkan sedikit susu dan ketulan ais. Sekurang-kurangnya anak anda boleh menikmati buah-buahan dan nutrisi yang terdapat di dalam buah-buahan tersebut.

Cara Mudah Memujuk Anak Makan

5) Amalkan Pengambilan MealShake Shaklee

Bancuhkan Mealshake Shaklee setiap hari buat anak anda. IAnya merupakan hidangan lazat , berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh sessi keluarga. IAnya merupakan simber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Mengandungi semua asid amino asli yang terdapat dalam protein.
 
Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
 
Kurangkan Ekzema - Untuk Tumbesaran - Untuk Perkembangan Minda - Untuk Tingkatkan Selera Makan anak - Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu - Untuk Anak kekal aktif - Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak - Meningkatkan berat badan anak
-Membantu anak fokus
 
Jika diambil semasa sarapanianya mampu meningkatkan kecergasan dan ianya merupakan minuman berkhasiat yang mudah disediakankan sebagai sarapan. Boleh dinikmati bersama bijiran dan juga susu.
 
Kesimpulannya, Sebagai ibu, usahlah kita berputus asa di dalam memberikan makanan berkhasiat buat simanja yang sedang membesar.Sesungguhnya mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada kita.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews