Saturday, November 28, 2015

Tips Pemilihan Warna Pakaian

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar semua? Diharap sihat sejahtera hendaknya.. Saya nie selalu hadapi masalah dalam pemilihan warna pakaian. Kebiasaannya jika saya membeli baju, asyik-asyik beli baju warna yang sama saja. Bila tengok almari memang penuh dengan warna kegemaran . Sedangkan banyak warna-warna lain tetapi semuanya tidak memikat hati.
 
Sedang asyik dan leka dengan warna kegemaran sendiri, sehinggakan terlupa warna memainkan peranan penting di dalam penampilan. Sekaligus memberi impak kepada mata yang memandang.
 
Disebabkan itu, hari ini saya nak menulis tentang pemilihan warna yang sesuai untuk saya. Diharap entry kali ini dapat memberi manafaat kepada saya dan rakan-rakan yang sudi singgah diblog kesayangan saya ini.
 
Jom kita tengok pemilihan warna apakah yang sesuai.....
 
1) Merah
Warna ini amat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit yang cerah. Sekiranya anda memakainya di dalam sesuatu majlis ia akan menonjolkan diri anda dan ia membuatkan diri dikenali dengan mudah. tetapi dinasihatkan tidak memakai warna ini jika anda sedang murung ataupun marah kerana ia mampu menunjukan anda seorang yang garang.
 
2) Merah Jambu
Warna ini sesuai pada semua kulit. Menunjukan si pemakai seorang yang feminine. Ia menunjukan seseorang itu mudah menjalinkan persahabatan dan mudah didampingi. Tetapi tidak begitu sesuai untuk majlis-majlis rasmi yang melibatkan kenamaan.
 
 
3) Kuning
Warna ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan sawo matang. Ia mampu menyerlahkan warna ceria dan gembira. Jika anda peminat kepada warna kuring, jangan tak percaya anda dilihat sebagai seorang yang kreatif, optimis dan berani.
 
4) Biru
Warna ini sesuai pada semua warna kulit dan juga sesuai pada semua peringkat usia. Warna biru lembut mampu menarik minat kepada mata yang memandang. Ianya sesuai dipakai untuk pergi ke majlis formal ataupun tidak. Peminat warna biru, juga selalu dikategorikan sebagai seorang yang penyabar dan tenang di dalam menghadapi semua keadaan.
 
5) Hijau
Warna ini seesuai pada semua jenis kulit melainkan warna hijau terang ianya tidak berapa sesuai kepada mereka yang berkulit gelap. Sekiranya anda memakai warna ini, ianya memberi impak ketenangan kepada mata yang memandang.
 
6) Hitam
Ia merupakan warna formal bagi golongan profesional. Dengan memakai warna hitam ia juga mampu menampakkan sesorang lebih kurus. Jika anda merupakan peminat kepada warna hitam ianya menunjukan kebijaksanaan dan keseriusan kepada peminatnya .
 
7) Putih & Krim
Warna ini merupakan warna neutral dan warna pilihan yang paling selamat dipakai untuk berbagai majlis. Ianya memberikan impak ketenangan, kebersihan dan kelembutan kepada pemakainya. Warna ini sesuai buat semua warna kulit.
 
Kesimpulannya, walau apa pun
pilihan warna pakaian anda, pastikan ianya menepati citarasa anda. Walaupun kadangkala pemilihan warna pakaian anda lebih kontras daripada biasa tetapi ianya mampu memberikan impak yang berbeza kepada setiap individu. Selaraskan citarasa anda dengan kesesuaian majlis yang bakal anda hadiri.
 
Sekian entry buat kali ini..Jumpa lagi dientry akan datang.....
 
 
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews