Saturday, December 05, 2015

Petua Untuk Cantik


Nak cantik tak?
Mestilah nak.. Mustahil tak de yang tak mahu kelihatan cantik. Tak kira peringkat umur, bangsa, jantina ataupun kedudukan anda pasti mahu kelihatan cantik. Sedap mata memandang.. Betul tak.
Di sebabkan ramai yang berminat untuk kelihatan cantik ini. Apakata kali ini, kita intai-intai petua lama bagaimanakah untuk kelihatan cantik..
 
Seperti kata pepatah, petua lama jangan terus dibuang, ia mungkin berguna pada kita jua pada satu masa nanti. Jom teruskan pembacaan
 
Petua Cantik 1
 
Gunakan beras pulut yang  telah dikisar halus dan campurkan dengan sedikit air, Gaul sehingga sebati dan lumurkan ke muka. Sambil itu gosok muka anda secara perlahan-lahan. JAdikan ia sebagai scrub dan lakukanya sekurang-kurangnya semingu sekali
 
Petua Cantik 2
 
Ambil hirisan timun ataupun uncang teh yang telah digunakan dan letak dibahagian bawah mata, Tujuannya adalah untuk merawat lingkaran hitam dibawah mata. Lakukannya setiap malam, pasti hasilnya tidak mengecewakan anda
 
 
Petua Cantik 3
 
Untuk menghilangkan kelemumur, ambillah beberapa helai daun bunga raya kemudian ramas sehingga keluar lender. Kemudian sapukan lender tersebut dikeseluruhan kepada sehinggalah ke kulit kepala. Selepas itu, sapukan perahan limau nipis. Dengan aroma nipis tersebut mampu membangkitkan kesegaran.
 
Petua Cantik 4
 
Tumbuk halus kulit kayu manis. Setelah halus campurkan dengan sedikit air  dan lumurkan pada kulit yang berjerawat dan berparut . Tujuannya bagi mengurangkan kesan parut jerawat.
 
Petua Cantik 5
 
Bagi kulit yang berjerawat, amalkan menyapu perahan lemon atau limau nipis ke muka. Amalkan 3-4 kali seminggu. Buat permulaan ianya memang memedihkan tetapi lama-kelamaan anda akan dapat perolehi hasilnya
 
Petua Cantik 6
 
Sekiranya anda tidak mengemari cara tradisional yang saya nyatakan diatas.
 
 Boleh juga anda mengamalkan pengambilan vitamin C dan Vitamin E setiap hari. Ia juga mampu membantu anda untuk kelihatan cantik berseri sekiranya diamalkan secara konsisten. Selain daripada itu, dengan pengambilan kedua-dua vitamin ini, ia mampu merawat kulit dari dalam dan sekaligus meningkatkan tahap imunisasi badan serta mengalakkan penghasilan kolegen untuk kulit.
 
 
 
Mudah je nak cantikkan. asalkan dengan cara yang sihat dan betul. Usah rosakkan diri dengan mengambil suntikan sana sini yang kita tidak tahu kesannya untuk jangkamasa panjang. Dan adalah lebih baik kita berhati-hati dan mengambil langkah yang selamat di dalam memelihara dan menjaga kecantikan diri.
 
Itu saja buat entry kali ini. Sampai kita bertemu sekali lagi dientry akan dating. Salam kecantikan dan Salam kesihatan dari saya buat anda yang sudi singgah diblog ini..
 
Kepada kawan yang berminat untuk mendapatkan Vitamin C dan Vitamin E seperti didalam gambar diatas. Boleh SMS/ Whatsapp terus kepada saya ditalian 0172569166. Saya sedia membantu anda. Jom kita pelihara nikmat ini bersama dengan sebaiknya..
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews