Friday, January 29, 2016

Kelebihan Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Jumaat tiba lagi. Penghulu segala hari. Jadinya, tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan jika kita amalkan berselawat ini.
 
Jangan dilupakan untuk berselawat walaupun sedetik ....
Jangan dilupakan untuk berselawat walaupun sesaat .....
 
Tetapi kan, kita sering saja lalai untuk mengamalkannya, sering saja leka dan terlupa. Termasuklah saya sendiri..
 
Sedang Rasullullah sendiri tidak pernah akan lupa kepada kita sebagai umatnya..
 
Kadang-kadang apabila terdengar ceramah ustaz tentang pengorbanan Rasulullah tersentuh hati rasanya. Betapa banyak pengorbanan, cabaran, dugaan dan rintangan yang terpaksa beliau tempuhi untuk menegakkan agama tercinta ini..
 
Sedangkan kita sebagai umatnya..Yang tidak pernah merasai betapa payahnya menempuh berbagai rintangan menegakkan agama..
Kerap  kali melupakan jasa dan pengorbanan beliau
 
Disebabkan itu, marilah kawan-kawan semua. Kita berselawat bersama- sama
 
Sebagai tanda kita memperingati kekasih Allah SWT ini.
Sebagai tanda kita membalas jasa kepada kekasih Allah SWT..
Sebagai tanda kita umat kepada Nabi Muhammad yang mulia ini..
Sebagai tanda kita kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w
 
(untuk peringatan diri sendiri)





KEBAIKAN  & MANAFAAT BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali nescaya Allah akan menurunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda. (HR.Muslim

  • Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardu. 

  • Jodoh ditentukan Allah SWT amalkan dengan selawat 100 kali sehari. Insaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh. 

  • Setiap penyakit ada penawarnya. Kalau sakit perut bacalah selawat 7 kali pada air dan minum insaallah , perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

  •  Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menyelesaikan masalah

  •  
  • Amalkan membaca swlawat sebanyak 1,000 kali sehari. Insaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. 

  •  
  • Sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali sehari ia akan dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

  •  
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh Nabi. 

  •  
  • Sesiapa yang berselawat 42 kali sehari. Insaallah akan dihindarkan daripada sifat yang tercela dalam seperti dengki dan sebagainya. 

  •  
  • Sesiapa yang amalkan berselawat 1,000 kali pada malam jumaat. Insaallah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia maupun akhirat. 

  •  
  • Amalkan selawat 11 kali setiap kali selesai solat fardu. Allah SWT akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

  •  
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati agar mudah untuk memahami sesuatu ilmu disamping memperolehi ketenangan fikiran. 

  •  
  • Sesiapa yang berselawat tak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

  •  
  • Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih di saat menghadapi kesukaran hidup.

  •  
  • Menurut Syibab Ahmad sesiapa yang berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Insyak Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

  •  
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1,000 setiap hari Allah memeliharanya daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

  •  
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa serta dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunanNya. 

  •  
  • Menurut As-Shawi sesiapa yang membaca selawat secara rutin akan terpelihara hatinya daripada gangguan tipu daya syaitan yang melalaikan. 

  •  
  • Membaca selawat 10 kali pada waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhi mendapat kemurkaan Allah. 

  •  
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Rasulullah saw. 

  •  
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati sesiapa yang berhajat menemnui Rasulullah saw dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

  •  
  •  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap kali selepas solat Asar pada hari Jumaat Insaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang itu. 

  •  
  • Sesiapa yang sering mengamalkan selawat pada setiap hari Allah SWT akan membuka pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

  •  
  • Jiwa orang gelisah akan tenang dengan berzikir termasuk berselawat sekerap yang mungkin. 

  •  
  • Sesiapa yang mengamalkan selawat setiap hari taak kira berapa hitungannya Insaallah terhindar daripada wabak taun dan penyakit berbahaya yang lain. 

  •  
  • Membaca selawat 1,000 selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, dukacita serta dikabulkan Allah segala hajatnya. 

  •  
  • Sesiapa yang ingin mati dengan kesudahan yang baik maka berselawatlah sebanyak 10 kali selepas solat Maghrib. 

  •  
  • Allah SWT akan sempurnakan hajat baik dengan sentiasa berselawat 40 - 100 kali sehari dengan diikuti usaha yang istiqamah. 

  •  
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan yang bercahaya. (HR.Abu Naim) 


  •  
  • Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat- (HR.Thabrani ).

  •  
     
    KISAH DARIPADA SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

    Dikisahkan Kisah Dan Fadhilat Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW bahawa ada seorang ibu yang berguru kepada Syeikh Hassan Al-Bashri. Pada suatu hari seorang wanita menghadap gurunya seraya berkata :"Guru puteriku telah lama meninggal dunia, aku ingin sekali menemuinya melalui mimpi. Maka perkenankan guru agar mengajarkan kepadaku agar aku dapat menemuinya." 

    Lalu Syeikh Hassan Al-Basri pun mengajar wanita itu agar membaca selawat Nabi dan pahalanya ditujukan kepada roh puterinya itu. 

    Setelah beberapa hari ibu itu mengamalkan apa yang diajarkan oleh Syeikh Hassan Al-Basri. Maka pada suatu hari ibu itu telah bermimpi bertemu dengan puterinya. Dilihatnya, si puterinya sedang mengenakan baju yang diperbuat daripada api neraka. Lehernya terbelenggu dan kedua kakinya terikat oleh tali yang diperbuat daripada api. 

    Ketika ibu terbangun daripada tidur dia begitu sedih dan langsung pergi menghadap Syeikh Hassan Al-Basri. Maka Syeikh Hassan Al-Basri berserta anak muridnya yang lain turut menangis penuh hiba apa mendengarkan mimpi yang disampaikan kepadanya. 

    Beberapa hari kemudian, Syeikh Hassan Al-Basri bermimpi melihat puteri itu tiba-tiba keadaannya berubah. Puteri itu berada di syurga. Dia nampak sedang duduk santai di atas pelaminan emas dan di kepalanya mengenakan mahkota putih bercahaya. Cahaya mahkota itu menerangi sekelilingnya dari hujung barat hingga ke timur. Tiba-tiba puteri itu menegur sambil berkata :"Wahai guru tahukah engkau siapakah aku ini?" 

    Syeikh Hassan Al-Basri :"Tidak!" 

    Puteri :"Aku adalah puteri dari ibu yang telah guru ajari selawat itu." 

    Syeikh Hassan Al-Basri :"Mengapakah kedudukanmu sekarang begitu mulia." 

    Puteri :"Wahai guru , suatu ketika ada seorang lelaki telah lalu di tanah perkuburanku sambil membacakan sekali selawat Nabi. Kemudian pahalanya ditujukan kepada kami semua ahli kubur. Diantara kami ada yang diseksa terus-menerus dan menderita seksa kubur. Tiba-tiba terdengar suara :"Wahai malaikatKu bebaskanlah mereka semua kerana mereka mendapat limpahan rahmat atas bacaan selawat tersebut." 
    Kongsikan:

    Tuesday, January 26, 2016

    Antibiotik Semulajadi Pilihan Ramai.....Garlic Complex Shaklee

     Demam menyerang lagi. Suhu badan pula meningkat naik. Badan rasa sangat-sangat tak selesa dibuatnya. Ditambah pula dengan peritnya tekak, sakitnya kepala, selsema dan batuk sudahpun mula menyerang. Jika saya sendiri alami tanda-tanda sebegini, pastinya memang demam yang akan melanda dan menyerang.

    Inilah masanya untuk ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan pastinya doktor akan membekalkan antibiotik untuk merawat demam ataupun tanda-tanda demam yang kita hadapi tadi.

    Jika kawan-kawan nak tahu....Antibiotik yang anda dapat daripada doktor itu
    bukanlah merupakan ubat kepada demam ataupun selsema yang anda hadapi. Ia cuma berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan kepada simtom-simtom yang anda alami. Saya sendiri pun selama ini beranggapan yang antibiotik ini adalah ubat kepada demam tadi. Tapi setelah membuat sedikit pembacaan barulah saya faham bagaimana antibiotik ini bertindak kepada tubuh.

    Rupa-rupanya antibiotik ini akan memusnahkan semua bakteria yang terdapat dalam tubuh termasuklah bakteria-bakteria baik yang diperlukan oleh tubuh. Jadinya jika bakteria baik sudahpun termusnah, apa lagi yang tinggal untuk tubuh...Oleh itu, marilah kita renungkan ianya bersama-sama...

    Sekiranya anda diberikan antibioik yang kuat, maka semakin mahal kos perubatan yang perlu anda bayar. Jika tidak mempunyai masalah kewangan, mugkin ianya tidak membebankan tetapi bagaimana pula dengan mereka terhad perbelanjaannya. Mungkin ini akan membebankan. Salah satu punca yang  yang menjadi sebab kenapa antibiotik mahal adalah kerana syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan kos perbelanjaan bagi menghasilkan antibiotik tersebut.

    Walaubagaimanapun mahal atau berkesannya sesuatu antibiotik itu, pernah tak kita terfikir tentang kesan jangka panjang terhadap pengambilan antibiotik. Jika anda ada terfikirkan tentang kesan buruk mengambil antibiotik, maka inilah masanya untuk bertukar kepada Garlic Complex Shaklee. Ianya merupakan Antibiotik Semulajadi yang Selamat dan berkesan apabila diamalkan.

    Untuk pengetahuan semua, Garlic Complex ini diperbuat daripda bawang putih yang terbaik yang berjenis premium. Ianya bebas daripada racun perosak dan ditanam secara organic di California, USA di waktu musim panas.

    Manakala, dwi teknologi digunakan bagi mengawal bau bawang putih dan ianya dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.

    Dan lebih menarik lagi, 1 tablet Garlic Complex ini adalah bersamaan 2 biji bawang putih yang terbaik dari ladang dan mudah untuk anda menelannya serta boleh ditelan tanpa was-was dan ragu-ragu.

    Diantara kepentingan Garilc Shaklee di dalam tubuh adalah seperti berikut:

    1) Meningkatkan tahap system penghadaman dan fungsi jantung kerana ianya mengandungi ekstrak spearmint

    2) Merupakan antibiotik semulajadi yang bagus bagi mengatasi masalah seperti selsema,kulat,kuman dan yis candida. Sekaligus ianya mampu meningkatkan system imunisasi badan

    3) Membantu masalah alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma dan selsema

    4) membantu mereka yang menghidapi masalah penghadaman seperti kembung perut,senak, ulser perut dan ketidakhadaman

    5) Bagi anda yang mempunyai kencing manis, adalah bagus mengamalkan garlic ini kerana ianya mampu meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula di dalam darah

    6) Mampu melawan bakteria yang menjadi punca kepada - Sakit kerongkong & Telinga , Perut yang memulas, Cirit-birit, bronchitis, luka-luka.

    7) Mampu menurunkan kolestrol dan mampu menghalang kolestrol jahat yang boleh mengakibatkan terjadinya stroke.

    Jom kita intai-intai sekejap di antara testimoni penguna yang telah mengamalkan Garlic Shaklee ini.


    Testimoni 1 : Setelah mengamalkan Garlic Complex Shaklee, penat badan hilang, kulit muka kusam dan berjerawat pun sudah tiada dan sistem perkumuhan kembali lawas dan sekaligus berat badan pun berkurangan.. Sangat membantu dan berkesan





     Testimoni 2 : Pengunaan Garlix Complex Shaklee mampu merawat sakit gigi, maka tak perlu dah pengambilan Pain Killer ataupun Antibiotik



    Best memang best Garlix Complex Shaklee ini. Harganya pun RM47.50 sahaja. Tidak mencecah pun RM50. Memang mampu milik. Setiap rumah harus ada sebotol Garlic Shaklee ini sebagai penganti kepada antibiotik.

    Jika anda berminat untuk mendapatkan Garlix Complex Shaklee ini, Usahlah segan silu menghubungi saya di talian 0172569166, COD PERCUMA disekitar Puchong, Putra Height, Shah Alam, Bandar Sri Sendayan, ,Seremban Seremban 2, Bandar Enstek dan Nilai. Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia juga disediakan.

     Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih sebanyak 20% - 35%, adalah disarankan untuk anda mendaftar sebagai Ahli Sah Shaklee Diantara kebaikan yang bakal anda perolehi adalah dapat membeli vitamin Shaklee dengan harga yang lebih murah.

     Disamping itu, Sekiranya anda berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan produk Shaklee segala tunjuk ajar juga akan disediakan. Sekaligus anda mampu menjana pendapatan tambahan dan mendalami ilmu tentang kesihatan bersama Shaklee.
    Kongsikan:

    Tentang Saya

    Tentang Saya
    Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

    Popular Posts

    Categories

    Contact Us

    Name

    Email *

    Message *

    Total Pageviews