Thursday, July 28, 2016

Etika Ketika Menghadiri Mesyuarat

Mesyuarat, Meeting, Meeting, Mesyuarat...


Kadang-kadang tue seharian kena menghadirkan diri dalam mesyuarat dan berbagai ragam juga apabila berada di dalam sesuatu mesyuarat. Inilah sebahagian aktiviti di pejabat yang tidak dapat dielakkan.


Mesyuarat atau meeting adalah penting bagi mendapat kata putus bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga membincangkan perkara-perkara yang baru disamping mengambil kira pandangan semua yang terlibat ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Paling best, apabila pihak organizer menyediakan makanan yang sedap-sedap seteleh selesai mesyuarat.. Best, best memang best.. Bab ini saya suka..hehehe :)

Mesti kawan-kawan semua pernah menghadiri mesyuaratkan.Mesyuarat bukan setakat kat office saja, ia juga boleh dilakukan dirumah, perpustakaan dan semua tempat yang dirasakan bersesuaian, dalam kereta pun boleh tau. Dengan teknologi yang canggih sekarang nie, mesyuarat pun boleh diadakan secara online..Perbagai teknologi yang ada sekarang nih. Pilih saja medium yang anda minati dan pastikan mesyuarat anda berjalan dengan lancar.

Bagaimanakah keadaan mesyuarat yang kawan-kawan pernah hadiri, adakah ia membosankan atau sebaliknya.

Walau apa pun keadaan mesyuarat yang anda hadiri, Jangan diabaikan etika atau tatatertib ketika menghadiri mesyuarat terutamanya apabila melibatkan pihak atasan ataupun klien.

 Jadinya, jom kita baca beberapa etika yang seharusnya kita tahu sebelum menghadiri mesyuarat. Inipun saya dapat di dalam majalah. Sebagai perkongsian bersama. Saya catatkan serba sedikit. Untuk bacaan umum kawan-kawan sekalian.

1) Maklumkan Agenda mesyuarat kepada ahli-ahli yang terlibat.
- Maklumkan agenda mesyuarat terlebih dahulu sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat kepada yang terlibat. Anda boleh menghantar agenda tersebut melalui email yang merupakan cara termudah untuk mendapatkannya.

2) Hadir Awal
- Datang awal, sebaiknya 15 minit sebelum mesyuarat. Elakkan datang lambat ketika menghadiri mesyuarat. Jika terdapat kecemasan atau sebarang masalah, silalah memaklumkan kepada setiausaha mesyuarat ataupun salah seorang ahli-ahli mesyuarat tersebut.
Di dalam hal ini, ia menunjukkan tahap pengurusan masa seseorang itu dan tanda penghormatan antara satu sama lain.

3) Jangan Menyampuk
Berilah peluang kepada individu terentu menghabiskan pembentangannya terlebih dahulu. Jangan menyampuk ketika pembentangan di buat. Jangan mengemukan soalan ketika pembentangan dibuat. sesudah selesai pembentangan barulah boleh kemukakan soalan, cadangan ataupun komen kepada individu tersebut.

4) Simpan segala Telefon/Tablet/ atau bahan elektronik
Bunyi daripada Telefon anda boleh menganggu suasana mesyuarat. Dicadangkan setkan telefon dan segala bahan elektronik di dalam "Silent Mode".Sekiranya terdapat panggilan penting atau kecemasan, Jawablah panggilan tersebut diluar bilik mesyuarat supaya tidak menganggu suasana mesyuarat.


5) Kawal Bahasa Badan Anda

Elakkan membuat pergerakan seperti mengoyangkan kaki, memandang sana-sini, bermain dengan pen dan menepuk-nepuk meja. Dengan bahasa badan yang tidak terkawal memberi tanggapan yang anda sudahpun mula merasa bosan dan menyebabkan orang lain merasa tidak selesa.
Bersabarlah dan tenang, tunggu sehingga mesyuarat selesai.

6) Selesaikan Konflik dengan Segera
Jangan abaikan dan ketepikan masalah yang timbul, adakan perbincangan dengan sebaiknya. Sekiranya berlaku situasi yang tegang, inilah masa untuk menyelsaikannya diatas satu meja. Gunakan teknik perbincangan "Brainstroming" supaya dapat mencapai kata sepakat.

7) Ketepikan Masalah Peribadi.
Jika tedapat masalah peribadi dengan individu yng berada di dalam mesyuarat, di nasihatkan supaya ketepikanlah sebentar. Bersikaplah secara professional, Jangan diikutkan emosi. Ini adalah kerana tujuan utama mesyuarat adalah untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah.
Jangan terlalu sensitif dan bertindak secara terburu-buru dan bercakap diluar batasan.

Habis sudah bab etika ketika bermesyuarat. Diharap dengan sedikit info ini dapat memberi manafaat kepada kawan-kawan. Yang penting tak kira apa pun keputusan yang ingin kita buat, Bermesyuaratlah supaya memperolehi kata sepakat yang dipersetujui ramai. Lebih-lebih lagi di dalam rumahtangga betapa pentingnya mesyuarat itu  perlu dilaksanakan.

Jom kita bermesyuarat..satu lagi mesyuarat untuk hari ini..Mesyuarat Rakan-rakan bisnes Shaklee. Santai, seronok, mengembirakan dan padat dengan ilmu kesihatan,kerohanian dan keagamaan.

Alhamdulillah....




Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews