Wednesday, August 31, 2016

Tips Membersihkan Kipas Siling Dengan Mudah Tanpa Mengotorkan Ruang Tamu

Assalamualaikum,

Sekali sekala dapat berehat diruang tamu sambil menonton rancangan TV kegemaran. Sememangnya sangat mendamaikan jiwa. 

Perut pulak kenyang, ditiup pulak oleh angin sepoi-sepoi daripada kipas siling.. Owwhh memang mengujakan.. Memang boleh terlelap mata di buatnya.

Tetapi yang menjadi kurang menyenangkan apabila kipas siling tadi berputar dengan perlahan. Nampak  seperti tiada sebarang kerosakan. Tetapi tidak terasa pun anginnya..

Jika itu terjadi di rumah anda... Sudah tiba masanya anda harus membersihkan kipas siling kerana ia sudah dipenuhi dengan habuk. Pusingan kipas siling tadi menjadi perlahan kerana terdapat habuk yang terlekat di bilah-bilah kipas tadi.

Ingin membersihkan kipas siling dirumah dengan mudah tanpa mengotorkan ruang tamu. Saya ada caranya,

1) Sediakan beberapa helai sarung bantal, jika boleh sarung bantal yang tidak digunakan lagi.

2) Kemudian, Masukkan sarung bantal tadi ke setiap bilah kipas tersebut. Untuk memberssihkan habuk-habuk yang terlekat pada kipas, anda haruslah menekan bahagian atas & bawah bilah kipas.

3) Seterusnya, tarik sarung bantal tersebut sehingga ke hujung bilah kipas. 

4) Lakukan cara yang sama kepada semua bilah kipas siling tadi.

5) Kemudian lap bilah kipas dengan kain yang telah direndam bersama Basic H, tujuannya bagi membersihkan segala kotoran yang masih tertinggal pada bilah kipas tadi.

6) Hasilnya, pasti kipas anda akan bersih, berkilat dan berpusing laju semula. Dengan cara ini ia tidak akan mengotorkan ruang tamu anda. Malah tiada lagi habuk-habuk yang berterbangan. Malah mudah dan pantas dilaksanakan. 

Apakah itu Basic H?



  • Ianya merupakan pembersih yang tidak bertoksik dan membersih secara semulajadi. Boleh di gunakan untuk berbagai-bagai kerja pembersihan dan seribu macam kotoran yang terdapat dimana saja.

  • Sangat berkesan untuk menanggalkan minyak, habuk dan kotoran degil, Selepas pengunaannya tidak perlu di bilas

  • Boleh dipakai bila-bila masa.

  • Mempunyai kepekatan berganda. Bagi membersihkan kipas siling. Hanya 2-3 titik saja diperlukan bagi separuh baldi air.






Kesimpulannya, sememangnya kerja-kerja pembersihan rumah ini amat mudah. Demi keselesaan bersama keluarga.  Tidak salah kita memperuntukan sedikit masa untuk membersihkan peralatan yang terdapat di dalam rumah. 

Oleh itu, perhatikan seketika kipas anda. Jika perlu di bersihkan, gunakanlah cara diatas.  

Semoga ianya bermanafaat buat semua.
Kongsikan:

Tuesday, August 30, 2016

Multivitamin untuk anak - Vitalea for Children

Assalamualaikum, 
Ibu bapa pasti gembira apabila melihat anak membesar dengan sihat. Dengan gaya lincah si kecil yang baru saja dapat berjalan. Beserta keletah-keletah nakal yang tidak pernah menjemukan.
Tetapi, ada masanya si manja yang aktif dengan berbagai keletah tadi jatuh sakit. Kadangkala sakitnya menjadi kerap. Selera makannya pula semakin berkurangan. 
Jika dahulu rumah riuh rendah dengan gelak ketawa tetapi kini dipenuhi dengan tangisan dan rengekan-rengekan akibat ketidakselesaan badan daripada si anak. Kebiasaannya, balik daripada sekolah terdengar celoteh-celoteh daripada anak kesayangan tetapi sekarang hanya melihat wajah yang cengkung dan pucat daripadanya.
Owwhh tidak, tak dapat dibayangkan sekiranya ianya terjadi.
Sebagai langkah pencegahan, berikanlah multivitamin Vitalea for Children ini kepada anak-anak anda. Supaya dapat memcegah daripada demam yang berlarutan dan mengubati selera makan yang berkurangan.

MANAFAAT MULTIVITAMIN VITALEA FOR CHILDREN
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya melawan penyakit
  • Lengkap dengan vitami B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Rasa anggur yang sedap, tanpa pewarna, perisa tiruan

TANDA-TANDA ANAK YANG MEMERLUKAN MULTIVITAMIN VITALEA FOR CHILDREN

  • Anak yang kurang berselara makan
  • Anak yang mengemari makanan ringan 
  • Anak yang selalu demam, batuk dan selsema. Dengan pengambilan Vitalea for Children ini mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Anak yang tidak mengemari sayur dan buah-buahan
  • Anak yang kurang meminum susu atau tidak mengemari susu

Wah, banyak manafaat Multivitamin vitalea for children untuk anak nie. Memang sesuai dijadikan supplement harian bagi mengekalkan anak kekal aktif. Apabila anak dibekalkan dengan nutrisi yang lengkap barulah ianya tidak menjejaskankan tumbesaran, meningkatkan sistem imun dan menjadikan anak-anak mempunyai prestasi yang terbaik di sekolah.

Best memang best. Yang terbaik hanyalah buat anak tersayang.
Untuk mendapatkan Vitalea for Children khas buat anak kesayangan anda, boleh hubungi atau whatsapp saya di talian 0172569166. Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak juga di sediakan.

Sekian, jumpa pagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Monday, August 29, 2016

Kelebihan Bersenam

Assalamualaikum...

Dah bersenam hari ini? Berapakali anda bersenam di dalam seminggu?

Hehehe..Jawapannya beegantung kepada anda.Anda kerap bersenam. Syabas diucapkan tetapi yang jarang bersenam macam saya nie,marilah kita memulakan aktiviti senaman ini sedikit demi sedikit. ( nasihat untuk diri sendiri jugak nih)

Banyak kelebihan bersenam nie. Bukan setakat memperolehi berat badan idaman malah memberi kesihatan yang baik kepada tubuh.

Di sini saya senaraikan diantara kebaikan bersenam yang bakal kita perolehi..

Kelebihan Bersenam #1

1- Meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan - apabila badan mula berpeluh ia menunjukkan Kesihatan berada ditahap yang baik.


Kelebihan Bersenam #2

2- Mencapai berat badan yang diidamkan - yang ini sememangnya tujuan untuk bersenam.Tanpa senaman diet dan harapan mencapai berat badan yang diidamkan menjadi hancur begitu saja.



Kelebihan Bersenam #3

3- Meningkatkan kecergasan fizikal - badan menjadi aktif dan bertenaga.



Kelebihan Bersenam #4

4 - Meningkatkan kelembutan sendi - memudahkan pergerakan dan semua anggota badan bergerak dan menjadi aktif.



Kelebihan Bersenam #5

5 - Mengawal tekanan darah. Aliran darah menjadi semakin baik kerana jantung mengepam darah keseluruh tubuh dengan baik.



Kelebihan Bersenam #6

6 - Mengalakkan berhenti dari merokok - Setelah penat bersenam,pastinya akan kurang pengambilan rokok. Kebanyakan gym juga merupakan kawasan larangan merokok. Maka,untuk bersenam.Tinggalkan Rokok anda seketika.


Kelebihan Bersenam #7

7 - Mengawal keseimbangan makanan. Dengan aktiviti senaman yang di buat mampu membakar semua kalori makanan yang diambil seharian.Tak sempat kalori tadi menjadi lemak.Senaman yang dibuat menukarkan kalori tadi kepada tenaga.

Banyakkan kelebihan bersenam nie .Cuma nak laksanakannya bermacam alasan yang direka (saya ler tu). Saya tahu, anda semua baik orang nya. Rajin bersenam.

Akhir kata,marilah kita bersenam dengan cara yang senang dan mudah.Bagi mengeluarkan peluh badan menjadi sihat dan bertenaga.

Sekian,jumpa lagi dientry seterusnya.
Kongsikan:

Sunday, August 28, 2016

Testimoni Nutriferon

Assalamualaikum,

Sedang tercari-cari imuune booster? Nutriferonlah jawapannya. Boleh dijadikan sebagai supplement asas yang wajib ada pada setiap rumah.

Ianya merupakan supplemen yang mampu meningkat sistem pertahanan badan.

Apabila sistem pertahanan badan menjadi kuat. Penyakit seperti demam,sakit kepala,selsema jarang nak singgah.

Lebih-lebih lagi nutrifeon ini diformulakan secara selamat,berkesan dan semulajadi.Semua peringkat umur sesuai menikmatinya dan mendapat faedah daripadanya.

Nutriferon juga halal,sebab itu juga ianya menjadi supplement penting kepada jemaah haji dan umrah.Al maklumlah Kesihatan sewaktu menunaikan haji dan umrah ini sangat-sangat diutamakan.

Ianya juga dipatenkan khas bagi meningkatkan sistem imun dan hanya boleh di dapati daripada Pengedar Sah Shaklee sahaja.

Tidak terdapat dimana-mana farmasi atau pasaraya.Lihatlah betapa eksklusifnya Nutriferon ini.Sebegitulah jua khasiatnya.


Setiap yang terbaik pastinya mendapat pujian dan feedback yang positif.
Mari kita lihat,apa kata penguna yang telah mengunakan Nutriferon.

Testimoni 1:NUTRIFERON BEST!!! Resdung semakin berkurangan,tiada lagi hidung tersumbat...Fuhh lega rasanya..


Testimoni 2: PULIH DARIPADA DEMAM..Anak yang demam kini aktif bermain setelah diberikan Nutriferon.


Testimoni 3 :MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS...Tujuan asal untuk meningkatkan sistem imun tetapi kulit wajah pula menjadi cantik.NUTRIFERON BEST!!!


Testimonial 4: PENGANTI PANADOL..Kebiasaannya paraceramol yang diambil untuk mengubati demam,tetapi diganti pula dengan pengambilan NUTRIFERON..Demam pulih dan sekeluarga pun boleh berkongsi pengambilan NUTRIFERON


Alhamdulillah,ramai yang sangat-sangat berpuashati setelah mengambil nutriferon bagi meningkatkan sistem imun. 

Demi Kesihatan keluarga tersayang sememangnya perlu ada disetiap rumah sebagai perisai bagi mengelakkan demam ataupun penyakit lain yang menghampiri.

Berusaha bersama menjaga Kesihatan keluarga bersama Nutriferon.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Bagi anda yang ingin mendapatkan sekotak NUTRIFERON.Boleh menghubungi saya ditalian 0172569166.Perkhidmatan secara pos ke seluruh Malaysia disediakan.

Kongsikan:

Saturday, August 27, 2016

Fakta tentang Kanser Serviks

 Assalamualaikum,



Hari nie nak bercerita tentang Kanser Serviks. Dengar pun dah menggerunkan. Moga kita semua dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini.

Sepertimana yang kita tahu, Kanser Serviks adalah salah satu pembunuh golongan wanita. Sedar atau tidak, setiap hari ada saja kematian akibat daripada penyakit yang merbahaya ini. 


Sebagai kesedaran, jom kita baca serba sedikit fakta tentang Kanser Serviks ini. Sebagai input tentang pengetahuan mengenai kesihatan. 


  • Kanser ialah penyakit yang terjadi apabila sel tumbuh secara tidak normal. Apabila kanser bermula di serviks, ia dinamakan kanser serviks. Kanser serviks berpunca daripada perubahan sel yang disebabkan oleh virus yang disebut papilomavirus manusia (human papillomavirus - HPV). Virus ini boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan semasa aktiviti seks. Walaubagaimanapun, kanser serviks itu sendiri tidak boleh berjangkit kepada individu lain.
  • Golongan wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.
  • Terdapat dua jenis kanser serviks:
    •  Squamous Cell Carcinoma - 
    • Ini merupakan jenis kanser serviks yang paling biasa terjadi. Ia terbentuk daripada sel leper yang menutupi permukaan luar serviks. 
    • Adenocarcinoma -
    • Ini pula ialah jenis kanser serviks yang kurang biasa terjadi. Ia terbentuk dalam sel kelenjar yang terdapat di salur serviks.
  •  Pada tahun 2007,seramai 12,290 orang wanita disahkan menghidap kanser serviks.
  •  Kanser serviks dapat dielakkan dengan pengambilan vaksin HPV oleh kanak-kanak perempuan seawal usia 11 tahun.
  •  Kebanyakan kes kanser Serviks terjadi pada wanita yang berusia bawah 50 tahun.
  •  Pada tahun 2007, seramai 4,021 orang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.
  •  Penghidap kanser serviks berlaku kepada mereka yang tak pernah melakukan ujian Pap Smear berbanding dengan mereka yang melakukan ujian Pap Smear 5 tahun sekali.
  • Simptom/Gejala ialah tanda-tanda yang dialami oleh seseorang yang menandakan individu tersebut berkemungkinan menghidapi kanser serviks. Antaranya ialah
    • Rasa sakit dan perdarahan semasa aktiviti seks
    • Perdarahan dari faraj yang tidak normal
    • Perdarahan dari faraj semasa selang tempoh haid
    • Perdarahan dari faraj selepas menopaus
    • Rasa sakit atau bengkak di kaki
    • Rasa sakit di bahagian belakang badan sebelah bawah
    • Keletihan yang berpanjangan atau keterlaluan
    • Lelehan faraj yang berbau dan tidak normal
  • Pelalian HPV adalah diberikan untuk mencegah jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks.Ianya disuntik dibahagian lengan dan diberikan sebanyak 3 peringkat.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat serta berdoa supaya dijauhkan dengan penyakit yang berbahaya ini. Dimana saja kita berada dan walau bagaimanapun keadaannya kesihatan harus di utamakan.

"Mencegah lebih baik dari mengubati"
 
Semoga entry ini mampu memberi manafaat kepada pembacanya. Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Friday, August 26, 2016

NutriFeron Shaklee - Meningkatkan Sistem Imun

Assalamualaikum
"Badan asyik lemau je, pastu kerap pula demam beserta selsema. Tak larat di buatnya. Di sebabkan keadaan badan yang kerap tidak sihat, menjadi punca kepada banyaknya yang tertangguh. Jika di biarkan semakin melarat pula nanti"
Sekiranya situasi di atas mula terjadi kepada anda atau mereka di sekeliling , jadikanlah NutriFeron Shaklee sebagai Supplement di dalam diet seharian.



Dengan fungsi dan khasiat yang terdapat di dalamnya sememangnya diciptakan untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
Mengapa Nutriferon Shaklee?

  • Nutriferon ini merupakan pengalak semulajadi kepada sistem imun. Apabila mempunyai sistem imun yang kuat, tubuh sukar mendapati penyakit
  • Di temui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.
  • Hasil daripada kajian yang di jalankan selama 40 tahun,dengan mengunakan ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu 
  • Biji Labu - meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh dan menentang radikal bebas yang menjadi punca kepada kanser
  •  Bunga Safflower - menusnahkan virus dan kuman
  • Honeysuckle Jepun - menentang virus dan kuman
  • Biji Plantago – Mengandungi polisakarida yang mampu mengaktifkan sel-sel imun tubuh dan sekaligus bertindak sebagai booster di dalam meningkat imun tubuh.


Gabungan estrak herba yang berkualiti dan bermutu ini  mampu mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Untuk menghasilkan NutriFeron Shaklee ia mengunakan formula yang semulajadi, tulen, selamat dan berkesan
APAKAH ITU INTERFERON?

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa interferon amat berkesan melindungi tubuh daripada penyakit seperti influenza, demam virus dan perbagai lagi.

Digunakan di dalam bidang perubatan bagi merawat penyakit seperti kanser,penyakit anjing gila,HIV dan lain-lain lagi.


Kebaikan Nutriferon Shaklee
  • Merupakan interferon semulajadi dunia yang semulajadi & selamat.
  • - Mampu mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
  • - Interferon yang terdapat dalam nutriferon ini mampu meransang dan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells,B-cells,makrofag.Sekaligus,ianya mempeetingkatkan sistem tubuh secara keseluruhan
  • Bagi pesakit kanser, Nutriferon ini mampu mengurangkan ketidakselasaan sewaktu menjalani rawatan kimoterapi.
  • Mampu melawan kanser & tumor kerana mengandungi polisakarida yang mengandungi immunoglobin untuk melawan sel-sel kanser & tumor
  • Melindungi tubuh daripada kesan pencemaran udara,virus dan bakteria.Sekaligus ia melindungi daripada terkena jangkitan selsema,alergi,virus dan lain-lain penyakit yang seangkatan dengannya
  • - Mengurangkan stress dan kelesuan.Sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • - Menjadikan sel -sel badan lebih sihat dan mampu melambatkan penuaan.Mengandungi formula unik bagi meransang pengeluaran makrofag yang boleh mengurangkan radikal bebas pada tubuh
  • - Mengurangkan infeksi yang dialami oleh pesakit hepatitis B & C seperti mual,muntah dan kembung perut
  • - Menjadikan tahap kolestrol kepada yang lebih baik dan masalah lain yang berkaitan dengannya
  • - Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kegelisahan,jerawat,sakit belakang dan insomnia.
Sememangnya sistem imun yang kuat amatlah diperlukan bagi mengelakkan diri mudah dijangkiti daripada sebarang penyakit. Cara yang terbaik adalah dengan mengamalkan NutriFeron di dalam diet seharian.

Ingin mendapatkan Nutriferon Shaklee yang berkhasiat ini. Boleh menghubungi saya di talian 0172569166. Penghantaran ke seluruh Malaysia disediakan.

Sekian saja buat kali ini. Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

Kesan Kekurangan Kalsium

Assalamualaikum.


Apa khabar hari nie? Sukar nak lelapkan mata malam tadi. Mungkinkah itu tanda-tandanya badan kekurangan kalsium.


Sememangnya pengambilan kalsium sering kali dipandang mudah.Tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kita terus mengabaikan pengambilannya.

Sedar atau tidak,kesan daripada kekurangan kalsium ini mampu memudharatkan kesihatan tubuh sekaligus membahayakan kesihatan..

Begitulah pentingnya pengambilan kalsium.

Untuk pengetahuan, setiap peringkat umur memerlukan kalsium setiap hari.Jika jumlah yang diambil kurang daripada yang sepatutnya,kalsium daripada tulang & gigi akan diambil.

Kesannya, lama-kelamaan tulang menjadi rapuh kerana kurang ketumpatannya dan gigi pula mudah menjadi goyang dan tercabut satu persatu.

Sanggup ronggak diusia muda?Hehehehe.Kalau ronggak nanti nak senyum macamana? Nak mengunyah pula bagaimana?.Maka dengan itu,usah abaikan pengambilan kalsium ye..

Banyak lagi kesan yang boleh memudharatkan diri sekiranya kekurangan kalsium ini, diantaranya adalah seperti

  • - mudah mengalami kekejangan otot dan semut-semut atau simpul biawak a tau krem kaki
  • - sukar tidur
  • - usus menjadi lemah dan sembelit
  • - sakit pinggang & kaki
  • - cepat naik angin dan terkejut
  • - luka lambat sembuh dan darah lambat beku
  • - menurunkan kadar metabolism a
  • - meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit jantung
  • - lemah,tidak berdaya & cepat letih


Selain itu,penyakit seperti tulang lembut dan osteprorisis juga muncul akibat kesan kekurangan kalsium ini.

Kenapa saya perlukan kalsium,sedangkan saya masih sihat?

Memang benar,hari ini anda sihat.Tetapi bagaimana keadaan anda 5,10,20 tahun akan datang. Ketika usia tua nanti.

Hanya terjatuh sedikit boleh menyebabkan patah kaki dan tulang belakang kerana mempunyai tulang yang rapuh.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tak meminum susu bukanlah alasan untuk kita mengabaikan pengambilan kalsium.Banyak lagi cara untuk mendapatkan kalsium.
Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan ostematrix setiap hari.In sha Allah dengan pengambilan ostematrix setiap hari mampu menampung keperluan kalsium tubuh anda.

Saya sendiri sudah mengamalkan ostematrix dan jatuh cinta dengan khasiatnya.

Tiba pula giliran anda merasai khasiatnya.Dijamin puashati,selamat dan berkesan.

Ingin dapatkan sebotol ostematix, roger-roger saya ditalian 0172569166.

Pastinya Ostematrix yang berkhasiat ini akan menjadi milik anda.

Jumpa lagi dientry akan datang dan terima kasih kerana sudi singgah membaca diblog saya.

Kongsikan:

Thursday, August 25, 2016

Merawat Denggi dengan Performance Drink

Assalamualaikum..



Demam denggi menyerang!!! Hanya kerana seekor nyamuk membuatkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Bahaya demam denggi ini,jika dibiarkan saja tanpa mendapatkan rawatan.Boleh menyebabkan kematian.

Apabila di serang demam denggi ini, pastinya banyak cecair badan yang hilang.

Bagi mengelakkan cecair badan terus berkurangan pada pesakit demam denggi.Boleh diberikan bancuhan performance drink supaya dapat mengurangkan hidrasi dalam badan.

Performance Drink ini merupakan minuman Isotonik yang banyak khasiatnya.Tidak mengandungi gula,perasa dan pewarna tiruan.Selamat &berkesan apabila diminum.

Sekaligus bancuhan Performance Drink ini boleh meningkatkan stamina untuk kembali bertenaga.

Sememangya Performance Drink ini dibekalkan dengan formula yang dapat memberi tenaga kepada pesakit denggi.

Merawat denggi dengan Performance Drink adalah pilihan yang bijak.
Cegah denggi,rawat denggi dengan cara semulajadi bersama Performance Drink.

Untuk mendapatkan Performance Drink ini,boleh menghubungi saya ditalian 0172569166.

Jumpa lagi dienty akan datang.Terima kasih

Kongsikan:

Wednesday, August 24, 2016

Jenis-jenis bedak asas yang perlu kita ketahui



Assalamualaikum..

Petang nie nak bercerita tentang jenis-jenis bedak asas yang perlu kita ketahui. Sebagai bacaan umum sekurang-kurang bertambah jugak pengetahuan tentang peralatan mekap walaupun kita bukan seorang mak andam.

Honestly,jika ditanyakan soalan pada saya tentang bedak asas.Pastinya cuma 40% saja dapat saya menjawabnya kerana saya bukan seorang yang bermekap.

Tetapi kadang-kadang teringin juga bermekap,maka belilah bedak asas ada di pasaran tanpa mengira jenisnya. Itu saya..Anda diluar saya pastinya tidak seperti saya kan kan kan...

Dan paling utama,wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.

Lazimnya, bedak asas atau foundation merupakan sesuatu yang wajib sebelum bersolek. Bedak ini di gunakan sebagai asas kepada mekap.Jika terdapat kesan atau parut jerawat yang berbekas itu,bedak asas inilah yang diperlukan untuk menutup celaan di wajah

Di pasaran terdapat banyak jenis bedak asas yang perlu kita ketahui yang mana ianya digunakan bergantung pada kesesuaian solekan dan juga kulit.

Hati-hati di dalam pemilihan bedak asas di dalam bermekap.Tersilap beli,tersilap disapukan pada muka. Akibatnya boleh kelihatan seperti opera cina..Siapa nak menjawab nanti dik oiii...Kihkihkihkih

Terdapat banyak jenis bedak asas yang perlu kita ketahui bagi menyesuaikan solekan dan kulit.


Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Liquid foundation

- di datangkan dalam bentuk cecair,mudah diratakan.Ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Mudah kering,perlu disapukan secara rata bagi megelakkan kelihatan bertompok-tompok.

Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Spray foundation

Di datangkan dalam bentuk spray,teksturnya lebih ringan. Mudah digunakan dan di ratakan di kulit muka. Sesuai untuk kulit muka yang berjerawat dan berlubang akibat jerawat serta berparut.

Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui -  Sheer foundation

Biasanya di datangkan dalam bentuk debu,teksturnya yang ringan. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bermekap secara natural.

4) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui -Stick Foundation

 didatangkan dalam bentuk pensil atau pen. Ianya agak kental dan teksturnya agak berat. Tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

5) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui- Oil Based foundation

Kelihatan agak melekit yang manager pengunaannya khusus untuk mereka yang berkulit kering. Di cipta untuk mengimbangkan kulit yang sedia ada dan bedak asas.

6) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Cream Foundation
Didatangkan dengan tekstur yang berminyak dan berat. Sanga sesuai digunakan untuk kulit wajah yang kering dan mudah digunakan.

Itulah jenis-jenis bedak asas yang kita perlu ketahui.Tidak semestinya kita harus mengunakan kesemua jenis bedak asas ini.Ianya perlulah di gunakan mengikut kesesuaian kulit dan juga keadaan.

Kesimpulannya, pilihlah bedak asas yang bersesuaian dan bermekaplah mengikut kesesuaian suasana dan juga keselesaan anda.

Sekian saja entry kali ini.Jumpa lagi die try akan datang.
Kongsikan:

Ubati Demam tanpa Ubat

Assalamualaikum

Badan rasa seperti nak demam? Tanda-tandanya pun sudah kelihatan seperti sakit kepala, sakit tekak dan juga selsema. 

Kadangkala diikuti dengan rasa sekejap sejuk, sekejap panas beserta rasa sengal-sengal atau bisa-bisa badan. Anda kerap merasa seperti simptom-simpton seperti yang saya nyatakan tadi.

Jika anda kerap mengalami demam ia menunjukkan sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh kerana demam merupakan petanda yang menunjukkan status kesihatan badan.

 Demam kebiasaannya tejadi apabila suhu badan mencapai 36.5 - 37.0. 

Untuk pengetahuan anda. Ianya boleh dikategorikan sebagai demam low grade fever & high grade fever. High Grade Fever menunjukkan kenaikan suhu badan di tahap yang tinggi dan perlu mendapat nasihat daripada doktor.

Pernah dengar perkataan "Dedor" atau "deda" tak ( sebutan mengikut loghat negeri masing-masing)? Kebiasaannya mak-mak kita yang mengunakan perkataan ini, kita pun sama. Sedar atau tidak, perkataan ini sangat berkait rapat dengan demam. 

Kebiasaannya , sewaktu "dedor" ini kita berasa badan seakan panas, seperti mahu demam tetapi apabila diperiksa suhu badan melalui termometer, tiada kenaikan suhu badan yang berlaku.

Adakah itu demam yang sebenar atau cuma perasaan kita seolah-olah seperti mahu demam. Ianya bergantung kepada kekuatan badan individu .

Sekiranya berlaku demam yang berpanjangan dan melebihi paras normal, silalah mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor. Usah dibiarkan. Mungkin sewaktu pemeriksaan doktor ini, anda akan menjalani pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah bagi mengenal pasti virus yang telah menjangkiti tubuh anda.

Sesungguhnya demam yang kerap boleh menganggu aktiviti harian.Membuatkan badan berasa lemah dan juga tidak bermaya, muka kelihatan pucat. Apabila demam yang kerap ini menganggu, sudah tiba masanya untuk mengamalkan supplement yang mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Apabila sistem pertahanan tubuh menjadi kuat dan stabil, penyakit demam ataupun "Dedor" susah menghampiri dan juga dijangkiti.

Asyik makan paracetamol dan antibiotik yang dibekalkan oleh klinik tetapi masih lagi tiada tanda-tanda untuk pulih. Jika itu yang terjadi, secara alternatifnya pengambilan supplement adalah di haruskan.

Ataupun ingin mencegah dan menbendung diri daripada demam yang berpanjangan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Ubati demam tanpa Ubat......

Cadangan Supplement yang harus diamalkan pastilah yang berkait rapat dengan sistem pertahanan tubuh seperti:

Vitamin C Sustain Release - Di antara khasiat yang terdapat di dalam vitamin C Sustain Release

  • Meningkatkan imunisasi badan dan menghalang daripada terjadinya selsema
  •  berfungsi mengawal alergi yang menjadi punca kepada demam. 
  •  bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan simptom-simptom selepas demam seperti selsema, sakit kepla, sakit-sakit badan dan kurang selera makan
  • Kelebihan ianya difromulasi secara "Sustained Release" yang bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat.



Nutriferon - merupakan supplement penggalak kepada sistem imun tubuh ataupun lebih dikenali sebagai immune booster. Ianya merupakan supplement dan efektif kerana telah menjalani perbagai ujian-ujian saintifik dari yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Diantara khasiat yang terdapat di dalam Nutriferon

  • Meningkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan dalam 3 hari. Terdapat kajian yang menunjukan interferon mampu meingkatkan dan meransang  sistem imun secara keseluruhan. 
  • Berkesan melindungi daripada jangkitan virus termasuk demam selsema, keradangan,alahan dan influenza



Garlic - Merupakan antibotik semulajadi yang selamat di amalkan, Ianya daripada extract bawang putih tulen yang selamat dan bagus jika di amalkan

Di antara khasiat yang terdapat Garlic Complex 

  • Meningkatkan sistem imun yang boleh membendung serangan virus seperti demam, selsema, kulat, kuman dan yis candida.

Kesimpulannya, supplement yang dicadangkan hanya sebagai alternatif bagi merawat dan mengecah demam yang terjadi. Ianya juga sesuai bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan sekaligus membendung demam daripada menyerang tubuh. 

Apabila mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat, penyakit seperti demam jarang dijangkiti kerana ia mampu melawan serangan viruss dan bakteria yang hadir.

Pilihan terletak di tangan anda, samaada ingin terus-terus mengambil ubat-ubatan sebagai penawar ataupun supplement sebagai pencegahan dan mengubati badan daripada demam. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh adalah satu keperluan bukannya kehendak. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Sebelum berakhir, ingin mengubati demam tanpa ubat. Dan pilihannya adalah supplement, usah segan silu boleh menghubungi saya di talian 0172569166. Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia di sediakan.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

Tuesday, August 23, 2016

Tips Pemakanan buat Ibu Bekerjaya


Assalamualaikum,

Berkerjaya dan berkeluarga bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi kita. Rata-ratanya di antara kita ramai yang berkerja berkerjaya. Dengan jadual yang padat apabila di pejabat dan sesudah itu tugasan yang tidak pernah selesai apabila berada dirumah.

Semua itu, memerlukan kekuatan fizikal, emosi, mental dan juga kesihatan yang baik. Bagi ibu yang berkerjaya, walau sesibuk mana pun, usah diabaikan kesihatan dan pengambilan makanan yang berkhasiat ye. Kesihatan itu harus di jaga dan di pelihara. Ianya nikmat pemberian Allah yang tidak ternilai.

 Di sebabkan itu, marilah baca beberapa tips pemakanan buat ibu yang bekerjaya. Moga ianya bermanafaat dan dapat membantu ibu-ibu bekerjaya supaya terus sihat & cergas.

Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 1

Elakkan pengambilan gula secara berlebihan. Minum air dengan banyak seelok-eloknya air panas 6  - 8 gelas sehari.

Dicadangkan : Sediakan satu botol khas dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Amalan meminum air kosong ini baik untuk kesihatan & juga kulit.



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 2

Sekiranya mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makanan. Pilih menu yang lebih sihat apabila makan di kedai ataupun restoren.Elakkan makanan yang berminyak. Sekiranya tiada pilihan. asingkan minyak tersebut.

Dicadangkan: Menyediakan bekalan daripada rumah, kerana lebih terpelihara kebersihan dan khasiat makanan tersebut. Peruntukkan masa untuk memasak dan membawa bekalan dari rumah. Makanan yang di masak sendiri lebih sedap dan merupakan satu kepuasan apabila menikmatinya.



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 3 

Masak makanan secara stim ataupun di rebus. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Ambil makanan yang berminyak secara ala kadar sahaja.

Dicadangkan : Utamakan pemakanan yang sihat "Eat Clean" bagi mengurangkan pengambilan minyak di dalam menu seharian



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 4

Utamakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menyeimbangkan zat makanan di dalam tubuh.  Ianya juga bagus untuk seluruh ahli keluarga terutama sekali buat anak-anak. 

Dicadangkan : Jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai snek yang mudah di nikmati. Sekali sekala sediakan bancuhan smoothie ataupun jus buah-buahan. Ianya bukan saja berkhasiat tetapi sedap dinikmati.

Campuran ESP + Buahan-buahan segar, sememangnya menyegarkan dan berkhasiat. ESP berperanan membekalkan tenaga serta mengurangkan rasa lapar. Di samping itu juga, ianya bagus untuk kulit dan juga mampu mengurangkan kolestrol.


Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 5

Amalkan pengambilan kalsium bagi mengelakkan osteoporosis. Sekiranya kandungan kalsium ini berkurangan, badan akan mengunakan kalsium yang ada dan sekiranya tidak diganti, bekalan kalsium tubuh akan berkurang dan menyebabkan tulang rapuh.

Dicadangkan : Pengambilan Ostematrix Shaklee, yang mana khasiatnya bukan sekadar kalsium malah mengandungi vitamin D yang sangat baik untuk membekalkan kalsium pada tubuh.

Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 6

Amalkan pengambilan vitamin secara konsisten bagi menampung keperluan nutrisi yang berkurangan daripada tubuh. Ianya juga mampu memberi kecergasan yang berpanjangan setelah seharian bekerja di pejabat.

Dicadangkan : Pengambilan Vitalea + Bcomplex + Vitamin C bagi melengkapkan keperluan nutrisi badan. Vitalea merupakan multivitamin yang berfungsi membekalkan tenaga bagi sepanjang hari beserta nutrisi. Manakala, B-Complex berfungsi sebagai supplement yang menbantu untuk mengurangkan stress yang di alami. Menjadikan badan lebih tenang & relax. Vitamin C pula, mampu meningkatkan sistem imun dan mencantikkan kulit.


 Kesimpulannya, tips pemakanan ini bukan hanya sesuai untuk ibu-ibu saja, ianya juga sesuai untuk semua golongan dewasa tanpa mengira peringkat umur. Sememangnya makanan berkhasiat dan pemakanan yang sihat sangat-sangat di perlukan buat tubuh.

Dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, mampu mengelakkan daripada sebarang penyakit yang mudah dijangkiti dan kronik. Marilah bersama kita amalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan diri dan keluarga.

Berminat untuk mendapatkan vitamin bagi membantu anda untuk kekal cergas, aktif dan sihat. Boleh hubungi saya atau whatsapp di talian 0172569166. Penghantaran ke seluruh Malaysia di sediakan. 

Perkhidmatan COD juga di sediakan bagi anda yang berada di sekitar Seremban, Seremban 2, Seremban 3, Port Dickson dan Puchong.

Sekian. buat kali ini. Kita jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

Monday, August 22, 2016

Resepi - Bubur Nasi Ayam bersama Lobak Merah


Assalamualaikum....

Hari nie nak bercerita tentang resepi.Resepi nie ringkas dan mudah saja.Sekejap aje dijerangkan kat dapur,sudah pun siap...

Yang penting mudah,ringkas,berkhasiat dan sedap dimakan.

Sebenarnya buatkan bubur nie untuk Sufiya dan Muhaimin sebabnya semenjak 3 ke 4 hari yang lepas,mereka tak mahu makan. Makan pun setakat 2 hingga ke 3 suap je.

Disebabkan itulah,seawal pagi lagi sudah saya siapkan bubur nie.Nak tengok berselera atau tidak mereka menikmatinya..

Ternyata...mereka menggemarinya,3 kali tambah,itu pun tak cukup dibuatnya..Nanti mama buatkan lagi ye anak-anak ku sayang.

Seronok tengok mereka berdua makan dan seronok melihat mereka menikmati hasil air tangan sendiri.

Bagi yang tidak berselera untuk makan ataupun demam sesuai menikmati bubur nie.Cubalah mana tahu,ia boleh membuka selera anda.

Resepi

Bahan-bahan

1/4 bawang holland-dipotong dadu
2 Gengam beras-basuh & bilas
Air
Isi Ayam secukupnya dipotong dadu
1/2 batang lobak merah -dipotong dadu

Cara-caranya
Basuhkan beras & bilas di dalam periuk. Letakkan air yang secukupnya untuk membuat bubur.

Selepas mendidih,letakkan bawang yang telah dipotong dadu,bersama ayam dan lobak merah.Perasakan dengan garam secukupnya dan kacau sehingga nasi tadi menjadi kembang.

Selepas nasi menjadi kembang.Tutup api dan hidangkan..

Dah siap...Senang je.Nak share resepi yang canggih,kita tak berapa nak tahu.Cuma chef dirumah sendiri je..Hehehehe

Selamat mencuba...

Jumpa lagi dientry akan datang.



Kongsikan:

Supplement buat Jemaah Haji & Umrah



Assalamualaikum,

Musim haji tiba lagi. Panggilan haji tiba lagi. Bertuah bagi anda yang menerimanya. Pasti seronok, gembira dan tak dapat di gambarkan perasaan yang ada ketika ini. 

Teringat saya perasaan ketika menunaikan umrah pada tahun 2006. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, kenangan berada di kota suci Mekah masih segar diingatan.

Sedang bersiap-siap dengan berbagai kelengkapan untuk menunaikan Fadhu haji dan Umrah. Pastinya berbagai persiapan sedang dilakukan ketika. Tetapi usah dilupakan tentang pengambilan supplement yang perlu di bawa ke sana bagi mendapatkaan kesihatan yang baik.

 Betapa pentingnya mendapatkan kesihatan yang baik ketika menunaikan fardhu haji & umrah ini.
Apabila mempunyai kesihatan yang baik ke semua rukun haji & umrah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Alhamdulillah

Semestinya untuk melaksanakan fardhu haji & umrah ini memerlukan kekuatan fizikal dan kecergasan diri yang berpanjangan.

Di sebabkan itu, usahlah diabaikan pengambilan supplement ketika itu.

Di antara supplement yang di cadangkan buat jemaah haji & umrah adalah

Performance Drink - Ianya minuman kecergasan yang membantu badan bertenaga. Sekaligus mencegah masalah penghidratan sepanjang berada di dalam keadaan panas terik

B-Complex - Membantu tubuh supaya lebih bertenaga kerana ianya bertindak sebagai penjana tenaga . Di dalam masa yang sama ianya memberi kekuataan kepada tubuh untuk menjadi lebih tenang & relax

Vitamin C - Bertindak dengan meningkatkan sistem imun yang membantu melawan serangan penyakit

Ostematrix @ Kalsium - dengan pengambilan ostematrix ini ianya dapat mengelakkan daripada kekejangan kaki ataupun lenguh-lenguh kaki. Kadangkala kekejangan kaki ini berlaku akibat berdiri atau berjalan terlalu lama

Nutriferon - Supplement ini bertidak sebagai pengalak sistem imunisasi (immune booster). Dengan meningkatnya sistem imun ini, maka tidak mudah tubuh di serang oleh penyakit.

Sesungguhnya kita cuma berusaha untuk mendapatkan ibadah yang terbaik. Apabila kesihatan berada di tahap yang terbaik dapatlah kita melaksanakan ibadah haji dan umrah ini dengan jayanya.

 Kesihatan merupakan nikmat yang terindah yang perlu kita hargai. Manakala, Fardhu haji & umrah pula memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi yang kuat sepenuhnya.

Jika kita mengabaikan kesihatan dan tidak mempunyai kesihatan yang baik, bagaimanakah kita dapat melaksanakan ibdah ini dengan sempurna?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan bersama...

Sebelum berakhir, Marilah doakan bersama supaya dapat kita menunaikan fardhu haji & umrah bersama keluarga tersayang sebelum mata tertutup rapat.

Jumpa lagi dientry akan datang dan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini.



Kongsikan:

Sunday, August 21, 2016

Hobi Saya - Mengumpul Koleksi Kata-kata Motivasi

Assalamualaikum,

Bila terpandangkan tajuk diatas, pasti teringat zaman sekolah dulukan. Tajuk yang cikgu beri untuk dibuat karangan panjangnya sebanyak 500 patah perkataan. Hehehehe. Itulah tajuk entry kali ini. Sebenarnya nak bercerita tentang hobi saya iaitu mengumpul kata-kata motivasi.

Inilah salah satu hobi saya, sememangnya berminat sangat mengumpulnya. Bagi saya,  apabila dapat membaca koleksi kata-kata motivasi ini, satu kepuasan bagi saya.

Dan tidak semestinya saya ambil kata-kata motivasi tersebut daripada motivator yang terkenal. Ada yang saya ambil daripada surat khabar, daripada kalendar, ada juga saya ambil daripada buku-buku motivasi yang saya baca.

Tetapi zaman serba canggih ini, semuanya berfacebook. Semuanya menjadi senang.

Pergi saja ke Wall kata-kata motivasi ataupun motivator yang di minati. Di situ boleh mendapatkan kata-kata motivasi dengan banyak sekali.

Jika tidak pun, bertanya kepada Mr Google yang sudi mengeluarkan  segala kata-kata motivasi yang dicari.

Mana yang saya rasakan ianya menarik dan tertarik, saya tulis, salin di dalam satu buku khas untuk koleksi kata-kata motivasi ini.

Apabila saya down, Apabila saya lapang serta mempunyai masa terluang, apabila saya sedih, kadang-kadang dengan tulisan di dalam buku koleksi kata-kata motivasi inilah dijadikan rujukan.

Terleka jugaklah seketika.  Terubat jugaklah perasaan yang melanda pada ketika itu.

 Kadang-kadang apabila membaca koleksi kata-kata motivasi yang di tulis dengan tangan sendiri walaupun dengan tulisan cakar ayam, ianya memberikan inspirasi untuk terus ke hadapan. Megubati sedih dan memberikan senyuman.. Ha gitu....

Jika pada masa itu semangat yang hilang  lari menghilang entah kemana. Boleh jugalah terubat sedikit demi sedikit dengan mengembalikan semangat yang ada. Kalau rasa sedih pun, kadangkala ianya beransur pergi setelah membaca koleksi kata-kata motivasi ini,

Bagaimana pula dengan anda?

Apakah hobi anda?

Jom ceritakan tentang hobi anda, pasti ianyanya sesuatu yang menarik.










Kongsikan:

Saturday, August 20, 2016

Minuman Kecergasan Ahli Sukan - Performance Drink

Assalamualaikum,

Entry ini di taip semasa menonton Perlawanan Badminton di antara Dato Lee Chong Wei dan Chen Long. Semangat kesukanan kita ye. 

Malam nie perlawanan Dato Lee Chong Wei dengan Chen Long dari China untuk merebut pingat emas dalam Olimpik.

 Pastinya semua mata rakyat Malaysia tertumpu pada Dato Lee Chong Wei pada ketika ini. Berserta harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pingat emas di dalam Olimpik 2016 melalui acara badminton. Saya sendiripun tidak ketinggalan menonton rancangan ini. 

Kelihatan bersemangat sekali Dato membawakan nama negara ke peringkat Olimpik. Pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk sampai ke tahap antarabangsa itu. 

Teringin rasanya untuk berikan Dato Lee Chong Wei minum secawan Performance Drink sebelum memulakan pertandingan. Al maklumlah Performance Drink ini merupakan minuman kecergasan buat ahli sukan.

Pada anda yang bukan ahli sukan pun, sesuai meminumnya sebab ia membekalkan tenaga yang berpanjangan.

Anda seorang atlet, aktif bersukan sememangnya memerlukan performance drink ini sebagai peneman. Ianya boleh dibancuh dan diminum semasa ataupun selepas sessi latihan.

 Bancuhan Performance Drink ini juga sesuai diminum sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan .Bertujuan untuk membekalkan tenaga dan mengurangkan rasa haus serta meningkatkan stamina. Jangan risau, ianya tidak mempunyai bahan-bahan terlarang, malah Performance Drink ini mempunyai jaminan daripada Shaklee

Tidak dilupakan juga, bagi abang-abang sado ataupun mereka yang kerap ke Gym, sememangnya air Performance Drink inilah yang harus anda bawa semasa membuat latihan. Ianya menjadi penambah tenaga, tiada gula tambahan dan perisa tambahan.

Selain daripada atlet dan abang-abang sado,ramai  lagi yang memerlukan Performance Drink ini seperti

  •  Mereka yang berpuasa
  •  Mereka yang sering tidur lewat
  •  Mereka yang kerap letih & lesu
  •  Tidak mempunyai selera makan
  • Mereka yang tidak mengemari air masak
  • Mereka yang kerap berpanas
  • Individu yang kerap pening
  • Cirit birit
  •  Mereka yang menghidap penyakit gout
  •  Mereka yang ingin menjalani pembedahan
  •  Ibu yang menyusukan anak
Mengapa anda harus memilih Performance Drink sebagai Minuman Kecergasan

  • Mengandungi kandungan gula yang rendah
  • Mampu mengekalkan paras gula dalam darah kerana mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ianya mudah diserap
  • Mempercepatkan penyerapan air di dalam tubuh dan mengurangkan rasa kehausan dan kekurangan air pada tubuh kerana ianya dilengkapi dengan kandungan natrium
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium,phosphorus,magnesium dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Ianya memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat serta meningkatkan daya ketahanan otot
  • Mempunyai lebih 67% sumber tenaga (otot glikogen)

Maka dengan itu, jika anda seorang yang aktif tidak kira samada bersukan ataupun kerap mengeluarkan peluh, jadikanlah Performance Drink ini sebagai minuman pilihan. Ianya pasti tidak mengecewakan. Terkandung di dalamnya khasiat yang membantu untuk terus cergas dan bertenaga.Merupakan juga minuman isotonik yang terkenal di peringkat atlet antarabangsa.

Ingin dapatkan Performance Drink boleh menghubungi saya di talian atau Whatsapp 0172569166.Penghantaran ke seluruh Malaysia di sediakan bagi Sabah & Sarawak.

Bagi mereka yang berada disekitar Seremban, Seremban2 , Seremban 3,Port Dickson, Nilai, Enstek dan Puchong perkhidmatan COD juga disediakan.

Sebelum berakhir, majulsh sukan untuk negara dan jumpa lagi di entry akan datang.

Kongsikan:

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews