Wednesday, August 17, 2016

4 Cara Allah Memberi Rezeki - Mengikut Al-Quran



Sesuatu tentang rezeki adalah sesuatu yang sukar dijangkakan. Samaada banyak atau sedikit,kurang atau lebih.Itulah ketentuan dari Allah SWT.

Tugas kita sebagai hambanya adalah menjadi mereka yang bersyukur dan berusaha dengan sebaiknya.Tetapi kadangkala susah lidah ini untuk mengucapkan syukur walaupun hanya sekadar ucapan Alhamdulillah.

Kadangkala juga,usaha menjadi buntu,langkah menjadi terhenti akibat perasaan putus asa.Seakan kita lupa rezeki itu jaminan Allah bagi mereka yang berusaha.

Rezeki bukan sekadar duit yang banyak ia juga meliputi kebahagiaan,keselamatan,kesihatan,kebahagiaan,kedamaian hati dan berbagai lagi nikmat kurniaan Allah. Sepenuhnya bukan semua menjadi milik kita terdapat sebahagiannya untuk mereka yang berada disekeliling kita.

Di dalam Al-Quran juga ada diterangkan tentang 4 cara kurniaan rezeki daripada Allah SWT kepada makhluknya;
1. Rezeki yang dijamin oleh Allah SWT
“Tidak suatu binatangpun (termasuk manusia) yg bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”(QS. Hud: 6).

2.Rezeki yang di terima berdasarkan apa yang telah diusahakan dan dikerjakan
“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (QS. An-Najm: 39).
3. Rezeki yang lebih buat mereka yang pandai bersyukur
“… Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)
4. Rezeki yang datangnya dari arah yang tidak disangka-sangka bagi orang yang bertakwa dan bertawakal pada Allah SWT
“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq:2-3)

Kesimpulannya,marilah kita berusaha untuk memperolehi rezeki yang berkat lagi halal bagi keperluan mereka yang berada disekeliling kita.

Selepas penat berusaha ,usah lupakan bertawakal kepada Allah dan juga rasa bersyukur dengan pemberian darinya.

Rezeki Allah itu tidak pernah tersalah alamat kepada penerimanya.Rezeki Allah itu luas konsepnya.Rezeki Allah itu juga milik bagi mereka yang berusaha dan bersyukur.

Alhamdulillah...Salam sayang dari saya buat semua pembaca.Jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews