Friday, August 12, 2016

Apa itu Detox?

Assalamualaikum.

Pastinya kawan-kawan sekalian pernah dengar perkataan Detox? Apa yang dimaksudkan Detox ini. 

Sebenarnya dulu-dulu kala saya sendiri pun tidak begitu faham apa itu detox. Tetapi hari ini, saya dah faham mengenai detox dan bagaimanakah ianya berfungsi ke dalam tubuh badan kita. 

Di sebabkan itulah hari ini saya ingin berkongsi sedikit kefahaman saya tentang detox kepada pembaca diluar sana.

Teruskan pembacaan yer.

Apakah itu Detox?

Detox adalah detoksifikasi yang merupakan proses penyingkiran bahan toksik dan pembersihan segala kotoran dan racun di dalam tubuh badan manusia.Tanpa kita sedari, bahan-bahan toksik, berbagai jenis kotoran dan racun telah masuk ke dalam tubuh kita sejak bertahun lamanya.

Setiap badan manusia juga mempunyai sistem detox tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Walaupun terdapat sistem detox ini, kita masih perlu memelihara pemakanan dengan seimbang demi kesihatan tubuh. 

Mengapa perlu DETOX?

Ianya bertujuan membersihkan dinding usus dari segala macam kotoran, lemak, lendir dan juga toksin yang terlekat pada dinding usus. Segala kotoran tadi akan dikeluarkan melalui proses pembuangan najis. 

Ataupun di dalam erti kata lain, ianya membuang unsur-unsur bendasing yang terdapat di dalam tubuh. Jika tidak dibuang unsur-unsur bendasing tadi mampu memudaratkan kesihatan tubuh

Apabila dinding usus telah pun bersih, ianya akan membantu penyerapan nutrisi ke tahap yang paling optimum. Pada ketika inilah, ianya menyerap segala nutrisi makanan atau vitamin dengan berkesan sehinggakan ke tahap optimum.

Bagi anda yang telah mengamalkan pemakanan tambahan tetapi masih lagi belum melihat keberkesanannya, adalah di cadangkan supaya menDETOXkan diri terlebih dahulu.

Kebaikan & Manafaat Detox


1) Menyahkan Toksin di dalam tubuh -

Toksin adalah bahan buangan yang beracun dan tersimpan di dalam tubuh kita. Setiap dari kita pasti terdapat toksin di dalam tubuh termasuklah saya sendiri.

 Ini adalah kerana, toksin ini berada dimana-mana saja disebabkan oleh faktor luaran seperti alam sekitar atau faktor dalaman seperti tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang dan sumber yang telah tercemar.

Tanda-tanda toksin berlebihan di dalam tubuh adalah seperti kurang bertenaga, sering letih,menghadapi masalah tidur (Insomnia),mudah rasa cemas, lemah daya ingatan,sistem imun yang lemah, masalah kulit, obesiti dan masalah sendi.

2) Mengurangkan risiko kepada penyakit kronik
Dengan toksin yang berlebihan ianya mampu membuat kerosakan pada proses pembahagian sel tubuh dimana dengan Detox ia mampu mengelakkan dari sebarang penyakit.

3) Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Detox ini berfungsi memperbaiki  dan meningkatkan sistem imun tubuh serta mengawal daripada terkena penyakit berjangkit

4) Melambatkan kesan penuaan
Dimana ianya menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel tubuh. Membantu meningkatkan penyerapan vitamin dan nutrisi terus ke dalam kulit.

5) Mengurangkan berat badan
Toksin yang berlebihan mampu menyebabkan keupayaan membakar lemak di dalam tubuh berkurangan. Apabila ini terjadi ianya menyebabkan seseorang itu berpotensi untuk menghidap berbagai penyakit.Maka disinilah perlunya detox, bagi mengeluarkan toksin tersebut dan dengan detox yang berterusan ia mampu meningkatkan metabolisma tubuh

6) Memperbaiki tahap kesihatan kulit
Dengan detox yang berterusan ianya mampu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat, mengubati masalah rambut dan juga merawat serta menguatkan kuku

7) Menstabilkan Minda dan Emosi
Detox mampu melancarkan sistem tubuh dan menjadikan tubuh lebih sihat. dan memperbaiki emosi seseorang.
Lihtalah betapa pentingnya menDETOXkan diri ini rupanya.Jika sebelum ini kita tidak mengetahui mengenainya. Maka hari ini, kita perlu ambil tahu tentang kepentingannya bagi mendapatkan tubuh badan yang sentiasa sihat.

Adakah anda berminat untuk menDETOXkan diri. Shaklee mempunyai rangkaian vitamin yang boleh membantu anda. Dimana dengan mengamalkannya secara konsisten mampu menyahkan toksin yang berlebihan sekaligus memberi manafaat lain kepada tubuh.

Kita jumpa di entry akan datang yang bertajuk SET DETOX Shaklee. Terima kasih kerana sudi singgah  membaca diblog saya.


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews