Tuesday, August 09, 2016

Cabaran Menjadi Ibu yang Berkerjaya


Assalamualaikum..

Hari ini nak bercerita tentang cabaran menjadi ibu yang berkerjaya. Pastinya ramai diantara kita bekerja,. Tak kisahlah apa jawatan kita di pejabat pastinya tanggungjawab di pejabat dan di rumah sama beratnya.

Di pejabat dengan suasana pejabatnya, dikelilingi dengan rakan sekerja yang berbagai-bagai perwatakan. Tidak ketinggalan politik pejabat di sana sini. Manakala di rumah pula di kelilingi dengan tanggungjawab mengurus, membesarkan anak serta membahagiakan keluarga.

Kedua-dua tanggungjawab ini sama besar dan berat. Pergi pagi, balik petang. Beruntung 110% mereka yang mempunyai tempat kerja yang berhampiran dengan rumah tetapi bagaimana dengan mereka yang bekerja jauh daripada kediaman, mengambil masa sejam dua baru sampai ke tempat kerja. Setiap hari berulang alik, setiap hari menghadap kesesakan jalan raya, setiap hari membayar tol. Inilah sebahagian daripada hakikatnya yang dihadapi oleh mereka.

Kadang-kadang di atas tuntutan kerja. Malam barulah sampai ke rumah. Tetapi jika mempunyai kerja yang perlu disiapkan pada hari itu juga, bos kata "URGENT" ataupun mesyuarat  yang lambat selesai, berjela-jela panjangnya. Bersuluhkan cahaya bulan dan lampu kereta barulah tiba di rumah. Akibatnya, tiada masa buat anak-anak dan keluarga. Sampai di rumah keletihan dan melihat anak-anak sudahpun terlelap.

Setuju ataupun tidak, MASA adalah faktor utama yang dikorbankan buat ibu yang berkerjaya. Pagi-pagi lagi sudah pun membawa anak ke rumah pengasuh ataupun taska. Bila tiba anak "mood swing" melangkahnya ibu dengan di iringi tangisan dan jeritan daripada si anak. Hati mak mana tak sayu pada masa tue. Berderai air mata dibuatnya. Dengan berat hati, melangkah masuk ke dalam kereta.

Selain daripada masa, PERSEFAHAMAN suami isteri juga menjadi salah satu cabaran daripadanya. Di sini pentingnya memperkukuhkan keserasian dan persefahaman. Suami perlu faham tentang tugas isteri di pejabat dan di rumah begitulah jugalah sebaliknya. 

Sekiranya tiada persefahaman di sini, pastinya masalah akan timbul yang mengakibatkan salah faham. Apabila terjadinya salah faham, mulalah bertegang urat diantara suami dan isteri. Hanya pasangan saja yang tahu dan faham tentang perangai pasangannya, walaupun bertahun bersama, setiap hari pasti ada sesuatu yang baru tentang pasangan kita.

Bukan hanya di perlukan dirumah saja tetapi persefahaman diantara pekerja dengan pihak atasan serta rakan sekerja juga amat-amat diperlukan. Almaklumlah, kita lebih banyak masa bersama mereka berbanding di rumah. 

Sekiranya pihak atasan memahami situasi-situasi kecemasan yang di alami oleh ibu seperti anak demam, di masukkan ke dalam wad, temujanji bersama doktor dan berbagai lagi. Ianya akan meringankan sedikit tekanan tanggungjawab yang di pikul oleh ibu. Bersyukurlah sekiranya anda mempunyai pihak atasan yang memahami dan faham tentang situasi yang dialami. 

Tetapi bagaimana pula, jika memiliki pihak atasan  dan rakan sekerja yang tidak memahami keadaan atau situasi kecemasan yang di alami oleh ibu. Maka di situ, bermulalah cabaran yang seterusnya buat ibu yang berkerjaya. Di sebelah kanan keluarga dan di sebelah kiri kerjaya. Tepuk dada, tanyalah yang mana pilihan anda.

Menurut kajian yang saya baca, Hampir 75% mereka yang bekerja tidak begitu mementingkan bayaran gaji yang diterima asalkan mempunyai suasana kerja yang menyeronokkan dan kerja yang mampu memberi kepuasan kepada pekerja itu sendiri. Dari mana datangnya suasananya yang menyeronokkan itu, pastinya daripada mereka yang berada disekeling kita di sepanjang waktu pejabat.

Inilah sebahagian daripada cabaran yang dilalui oleh ibu yang berkerjaya. Walau apapun cabarannya, saya pasti ibu berkerjaya di luar sana mampu menanganinya sebaik mungkin. Jika kekangan masa menjadi cabarannya, mungkin kita perlu belajar cara pengurusan masa dengan cara yang betul. 

Begitu jugalah dengan perbagai lagi cabaran yang di hadapi. Berlainan individu, berlainan pula situasi yang mencabar yang di hadapinya  Ambil semuanya sebagai pengalaman bagi mendewasakan kita di setiap hari yang dilalui. Pasti ada hikmahnya yang mengajarkan kita sesuatu secara tersurat mahupun tersirat.

Sebelum berakhir.. Yang mana satu pilihan anda..BERKERJAYA ataupun SURIRUMAH. Tugas yang sama berat tanggungjawabnya dan mencabar.Zaman dah moden sekarang nih. Surirumah pun boleh berjaya dan mempunyai pendapatan sama seperti mereka yang berkerjaya. Yang pentingnya adalah Doa, Usaha,Ikhtiar dan Tawakal.

Kita jumpa lagi dientry akan datang.Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. 





Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews