Tuesday, August 02, 2016

Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki


Kaki adalah anggota terpenting bagi tubuh manusia. Dengan kaki inilah kita melangkah ke mana saja. Namun begitu adakah kita sering mengambil berat tentang penjagaannya. 

Jadinya, marilah kawan-kawan semua membaca sedikit tips dari saya tentang cara mengekalkan kesihatan kaki.


Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki 1 - Jaga Berat Badan

Obesiti dikaitkan dengan osteoarthritis (Kehilangan tulang rawan) yang biasa mempengaruhi lutut dan pinggul, Akibat terlalu banyak beban ianya boleh mengakibatkan pembuluh mengembang. Ianya mengakibatkan sakit kaki apabila berjalan terutamanya sewaktu bangun dari tidur, Dianggarkan satu daripada tiga wanita menderita akibat daripada pembuluh darah mengembang

Psstt.. Jom kawan-kawan,kita jaga berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta katakan TIDAK pada Obesiti dan kegemukan

Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki 2 -Berjalan Kaki secara teratur

Berjalan adalah cara terbaik untuk mengerakkan otot kaki dan mengurangkan lemak di tubuh. Berjalan kaki juga merupakan exercise yang paling mudah, murah dan berkesan tetapi ianya amat payah untuk dilaksanakan. 

Cara berjalan yang baik adalah berjalan tegak, rata dan santai. Elakkan berjalan menunduk kerana ia akan membuatkan kepala anda membongkok.

Psssttt..... Jom kawan-kawan, Jom kita berjalan 10 ribu langkah sehari. Bermula dengan 500 langkah dahulu kemudian ditambah bilangannya pada setiap hari.

Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki 3 - Mengangkat Kaki

Berdiri atau duduk sepanjang hari boleh menyebabkan pergelangan kaki membengkak. Pada kebiasaannya ketika berjalan darah di pamkan kembali ke jantung.Amalkan latihan mengangkat kaki 10 minit sehari bagi mengekalkan kesihatan kaki.

Psstt .....Jom kawan-kawan, kita amalkan exercise menangkat kaki setiap hari.

Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki 4 - Basuh Kaki dengaAir Sejuk 

Basuh kaki dengan air sejuk dapat meningkatkan peredaran darah. Para atlet sering merendamkan kaki mereka di dalam aissetelah latihan berat untuk mengurangkan pembengakkan dan mengurangkan rasa sakit.

Psstt....Jom kawan-kawan, kita rendamkan kaki dengan air sejuk seminggu sekali. Bagi merehatkan urat saraf kaki. Kaki kita jugakkan.

Cara Mengekalkan Kesihatan Kaki 5 - Makan Makanan Rendah Lemak

Kebanyakkan urat saraf dianggota badan terletak di tapak kaki. Ianya juga diibarat sebagai jantung kedua. Dimana, urat darah kaki membantu mengepam darah kembali ke jantung. Maka dengan itu, elakkan makanan lemak tepu yang mampu mempegaruhi kesihatan diri.

Psstt... Jom kawan-kawan, kita amalkan pemakanan sihat supaya sihat dari hujung rambut ke hingga hujung kaki.

Akhir kata, bersama-samalah kita menjaga kesihatan kaki. jangan biarkan ianya terabai kerana ianya adalah nikmat yang paling berharga. Tanpa kaki tiada lagi langkah untuk di tuju.

Setakat ini saja entry buat kali ini. Anak-anak dah terjaga dari tidur. Masa untuk melayan kerenah mereka pula. Terima kasih kerana singgah di blog saya. Jumpa lagi di entry akan datang ya..


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews