Sunday, August 14, 2016

Cara Menidurkan Anak dengan Mudah

Assalamualaikum, 



Hai...

Kembali mengupdate semula. Apa khabar? Diharap sihat belaka hendaknya. 

Jika tidak sihat, cuba renung-renung kembali cara pemakanan kita. Sudah mengamalkan pemakanan tambahan atau belum?

 Jika belum, inilah masanya untuk mendapatkan makanan tambahan seperti multivitamin bagi melengkapkan keperluan nutrisi tubuh.

Oppppssss. Hari nie saya tak mahu bercerita tentang Shaklee. Saya nak bercerita tentang cara untuk menidurkan anak dengan mudah. Kadang-kadang memang payah nak menyuruh mereka nie tidur.
Dah tutup ke semua lampu pun masih lagi berjaga. Silap hari bulan, selepas di beri amaran, barulah suasana menjadi sepi.

Seterusnya, Jom kita baca bagaimana cara menidurkan anak dengan mudah. 

1) Ceritakan kisah-kisah tauladan atau menasihatkan dengan kata-kata yang baik. Supaya ianya dapat meresap ke dalam pemikiran anak tersebut dengan perkara yang positif. Usah risau, jika si manja anda masih belum memahaminya. Tugas anda cuma perlu teruskanlah usaha yang murni ini. Tujuannya supaya mereka membesar dengan perkataan yang baik-baik dan positif.

2) Amalkan Bacaan Selawat dan Alunan Zikir

Memang mengasyikkan apabila mendengar alunan zikir dan selawat ini. Kadang-kadang mata mak yang mendodoikan pun turut sama layu.Hehehehe. Di antara amalan yang di cadangkan adalah Asmaul Husna (99 nama Allah) dan Zikir " Ya Latiff" bermaksud melembutkan.
Dan Jangan dilupakan juga membacakan untuk anak anda Syahadah, surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah 3 kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) dan doa tidur dan tiupkan di ubun kepala anak supaya tidurnya dilindungi.

Diantara tujuan mengamalkan bacaan selawat dan alunan Zikir ini adalah supaya anak ini di beri pendedahan awal kepada bacaan-bacaan surah yang terdapat di dalam Al-quran dan juga supaya anak ini tadi menjadi anak yang baik serta membesar dengan bacaan Al_Quran.

3) Memperdengarkan Alunan Muzik dan lagu.

Cara ini juga bersesuaian buat si manja. Sedang asyik kita mendodoikan si manja dengan lagu kanak-kanak yang menghiburkan pasti membuatkan mereka terlelap dengan sendirinya.  Di antara lagu-lagu yang menjadi kebiasaan ibu atau pengasuh adalah seperti Twinkle-twinkle Little Star, Are You Sleeping, Geakang si Paku Gelang ataupun Ikan Kekek.

Jika anda bertanyakan kepada saya. Cara apakah pilihan saya untuk menidurkan anak. Pastinya No 1 dan No 2. Sebabnya suara saya tidak selunak dan semerdu Dato Ct Nurhaliza untuk menyanyikan lagu. Boleh tergendala niat tidur anak dibuatnya..Hehehehee..

Inilah beberapa cara menidurkan anak dengan mudah yang dapat saya kongsikan hari ini, buat pembaca sekalian adalah diharap dapat memberi manafaat. Walaupun apapun cara yang menjadi pilihan anda, pastikan ianya cara yang terbaik buat anda dan si manja. Tidur yang cukup bagi anak mampu membantu perkembangan pembesaran mereka.

Sampai bertemu di entry akan datang. Sehingga bertemu lagi. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews