Saturday, August 06, 2016

Cara Pemakanan Baik Semasa Mengandung

Assalamualaikum...

Hai ibu-ibu sekalian. Apa khabar hari nie? Dah makan? Jika belum, carilah sesuatu untuk mengalas perut dan janganlah biarkan perut itu kosong dan berhentilah makan sebaik saja kenyang ye. Jangan dibiarkan perut menjadi lapar pasti akan makan melebihi hadnya. Berpada-pada, dalam menjaga pemakanan.

Hari nie, saya nak sharekan serba sedikit tentang cara pemakanan yang baik semasa mengandung. Teruskan pembacaan ye. Diharap dapat memberi serba sedikit manafaat buat anda diluar sana.

1) Ubah Cara Pemakanan

Buat ibu mengandung haruslah mengikuti diet yang bersesuaian. Ketika ini, ibu mengandung memerlukan lebih banyak protein, kalori untuk tenaga, vitamin dan mineral seperti asid folic dan zat besi untuk perkembangan bayi.

Harus di ingatkan ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 300 kalori setiap hari.

Pssssttt...protein boleh didapati daripada ESP Shaklee ,asid folic pula boleh didapati daripada B-Complex Shaklee, Zat Besi boleh didapati daripada Vitalea Shaklee. Semua ini terdapat di dalam set kehamilan Shaklee.

2) Usahlah Berdiet

Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk berdiet kerana ia akan membahayakan kesihatan ibu dan juga bayi didalam kandungan. Berdiet dengan cara yang salah akan menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral-mineral lain yang diperlukan.

Usah risau dengan pertambahan berat badan semasa mengandung kerana ia merupakan salah satu tanda yang sihat. Bagi ibu mengandung yang makan dengan baik akan bertambah berat badannya secara berperingkat, secara umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.

3) Amalkan Vitamin Ibu Mengandung Secara Teratur

Makanan yang anda makan adalah sumber vitamin yang terbaik. Tetapi adakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan nutrisi ibu dan juga bayi di dalam kandungan terutamanya zat besi dan asid folic. Oleh itu amatlah dinasihatkan mengambil pemakanan tambahan seperti vitamin secara teratur.

Pssstttt...Set Kehamilan Shaklee ada membantu, amalkanlah secara konsisten dan teratur di sepanjang kehamilan

4) Minum Air yang Mencukupi

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ibu yang mengandung memerlukan jumlah cecair yang mencukupi bagi keperluan diri dan bayi. Untuk pengetahuan, 33% pertambahan berat badan sewaktu mengandung adalah daripada berat air.

Ia amat penting untuk menghasilkan sel darah merah bayi bagi sistem peredaran darahnya. Manakala, tubuh ibu mengandung juga memerlukan air bagi mengelak terjadinya sembelit dan mengawal suhu badan.

5) Banyakkan Makan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran

Jangan culas makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya boleh membantu mengatasi masalah sembelit sepanjang tempoh mengandung. Amalkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari supaya memperolehi khasiat daripadanya.

Kesimpulannya, ibu yang mengandung haruslah memilih pemakanan yang sihat supaya dapat memelihara kesihatan ibu dan juga membantu perkembangan bayi di tahap yang optimum. Ini adalah kerana bayi sangat-sangat bergantung kepada pemakanan ibu bagi keperluannya. Maka, ibu-ibu haruslah memilih yang terbaik bagi memelihara kandungan tersebut.

Sekian saja untuk kali ini. Sehingga kita berjumpa di entry akan datang dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews