Saturday, August 27, 2016

Fakta tentang Kanser Serviks

 Assalamualaikum,



Hari nie nak bercerita tentang Kanser Serviks. Dengar pun dah menggerunkan. Moga kita semua dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini.

Sepertimana yang kita tahu, Kanser Serviks adalah salah satu pembunuh golongan wanita. Sedar atau tidak, setiap hari ada saja kematian akibat daripada penyakit yang merbahaya ini. 


Sebagai kesedaran, jom kita baca serba sedikit fakta tentang Kanser Serviks ini. Sebagai input tentang pengetahuan mengenai kesihatan. 


  • Kanser ialah penyakit yang terjadi apabila sel tumbuh secara tidak normal. Apabila kanser bermula di serviks, ia dinamakan kanser serviks. Kanser serviks berpunca daripada perubahan sel yang disebabkan oleh virus yang disebut papilomavirus manusia (human papillomavirus - HPV). Virus ini boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan semasa aktiviti seks. Walaubagaimanapun, kanser serviks itu sendiri tidak boleh berjangkit kepada individu lain.
  • Golongan wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.
  • Terdapat dua jenis kanser serviks:
    •  Squamous Cell Carcinoma - 
    • Ini merupakan jenis kanser serviks yang paling biasa terjadi. Ia terbentuk daripada sel leper yang menutupi permukaan luar serviks. 
    • Adenocarcinoma -
    • Ini pula ialah jenis kanser serviks yang kurang biasa terjadi. Ia terbentuk dalam sel kelenjar yang terdapat di salur serviks.
  •  Pada tahun 2007,seramai 12,290 orang wanita disahkan menghidap kanser serviks.
  •  Kanser serviks dapat dielakkan dengan pengambilan vaksin HPV oleh kanak-kanak perempuan seawal usia 11 tahun.
  •  Kebanyakan kes kanser Serviks terjadi pada wanita yang berusia bawah 50 tahun.
  •  Pada tahun 2007, seramai 4,021 orang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.
  •  Penghidap kanser serviks berlaku kepada mereka yang tak pernah melakukan ujian Pap Smear berbanding dengan mereka yang melakukan ujian Pap Smear 5 tahun sekali.
  • Simptom/Gejala ialah tanda-tanda yang dialami oleh seseorang yang menandakan individu tersebut berkemungkinan menghidapi kanser serviks. Antaranya ialah
    • Rasa sakit dan perdarahan semasa aktiviti seks
    • Perdarahan dari faraj yang tidak normal
    • Perdarahan dari faraj semasa selang tempoh haid
    • Perdarahan dari faraj selepas menopaus
    • Rasa sakit atau bengkak di kaki
    • Rasa sakit di bahagian belakang badan sebelah bawah
    • Keletihan yang berpanjangan atau keterlaluan
    • Lelehan faraj yang berbau dan tidak normal
  • Pelalian HPV adalah diberikan untuk mencegah jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks.Ianya disuntik dibahagian lengan dan diberikan sebanyak 3 peringkat.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat serta berdoa supaya dijauhkan dengan penyakit yang berbahaya ini. Dimana saja kita berada dan walau bagaimanapun keadaannya kesihatan harus di utamakan.

"Mencegah lebih baik dari mengubati"
 
Semoga entry ini mampu memberi manafaat kepada pembacanya. Sehingga bertemu lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews