Sunday, August 21, 2016

Hobi Saya - Mengumpul Koleksi Kata-kata Motivasi

Assalamualaikum,

Bila terpandangkan tajuk diatas, pasti teringat zaman sekolah dulukan. Tajuk yang cikgu beri untuk dibuat karangan panjangnya sebanyak 500 patah perkataan. Hehehehe. Itulah tajuk entry kali ini. Sebenarnya nak bercerita tentang hobi saya iaitu mengumpul kata-kata motivasi.

Inilah salah satu hobi saya, sememangnya berminat sangat mengumpulnya. Bagi saya,  apabila dapat membaca koleksi kata-kata motivasi ini, satu kepuasan bagi saya.

Dan tidak semestinya saya ambil kata-kata motivasi tersebut daripada motivator yang terkenal. Ada yang saya ambil daripada surat khabar, daripada kalendar, ada juga saya ambil daripada buku-buku motivasi yang saya baca.

Tetapi zaman serba canggih ini, semuanya berfacebook. Semuanya menjadi senang.

Pergi saja ke Wall kata-kata motivasi ataupun motivator yang di minati. Di situ boleh mendapatkan kata-kata motivasi dengan banyak sekali.

Jika tidak pun, bertanya kepada Mr Google yang sudi mengeluarkan  segala kata-kata motivasi yang dicari.

Mana yang saya rasakan ianya menarik dan tertarik, saya tulis, salin di dalam satu buku khas untuk koleksi kata-kata motivasi ini.

Apabila saya down, Apabila saya lapang serta mempunyai masa terluang, apabila saya sedih, kadang-kadang dengan tulisan di dalam buku koleksi kata-kata motivasi inilah dijadikan rujukan.

Terleka jugaklah seketika.  Terubat jugaklah perasaan yang melanda pada ketika itu.

 Kadang-kadang apabila membaca koleksi kata-kata motivasi yang di tulis dengan tangan sendiri walaupun dengan tulisan cakar ayam, ianya memberikan inspirasi untuk terus ke hadapan. Megubati sedih dan memberikan senyuman.. Ha gitu....

Jika pada masa itu semangat yang hilang  lari menghilang entah kemana. Boleh jugalah terubat sedikit demi sedikit dengan mengembalikan semangat yang ada. Kalau rasa sedih pun, kadangkala ianya beransur pergi setelah membaca koleksi kata-kata motivasi ini,

Bagaimana pula dengan anda?

Apakah hobi anda?

Jom ceritakan tentang hobi anda, pasti ianyanya sesuatu yang menarik.










Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews