Wednesday, August 24, 2016

Jenis-jenis bedak asas yang perlu kita ketahui



Assalamualaikum..

Petang nie nak bercerita tentang jenis-jenis bedak asas yang perlu kita ketahui. Sebagai bacaan umum sekurang-kurang bertambah jugak pengetahuan tentang peralatan mekap walaupun kita bukan seorang mak andam.

Honestly,jika ditanyakan soalan pada saya tentang bedak asas.Pastinya cuma 40% saja dapat saya menjawabnya kerana saya bukan seorang yang bermekap.

Tetapi kadang-kadang teringin juga bermekap,maka belilah bedak asas ada di pasaran tanpa mengira jenisnya. Itu saya..Anda diluar saya pastinya tidak seperti saya kan kan kan...

Dan paling utama,wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.

Lazimnya, bedak asas atau foundation merupakan sesuatu yang wajib sebelum bersolek. Bedak ini di gunakan sebagai asas kepada mekap.Jika terdapat kesan atau parut jerawat yang berbekas itu,bedak asas inilah yang diperlukan untuk menutup celaan di wajah

Di pasaran terdapat banyak jenis bedak asas yang perlu kita ketahui yang mana ianya digunakan bergantung pada kesesuaian solekan dan juga kulit.

Hati-hati di dalam pemilihan bedak asas di dalam bermekap.Tersilap beli,tersilap disapukan pada muka. Akibatnya boleh kelihatan seperti opera cina..Siapa nak menjawab nanti dik oiii...Kihkihkihkih

Terdapat banyak jenis bedak asas yang perlu kita ketahui bagi menyesuaikan solekan dan kulit.


Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Liquid foundation

- di datangkan dalam bentuk cecair,mudah diratakan.Ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Mudah kering,perlu disapukan secara rata bagi megelakkan kelihatan bertompok-tompok.

Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Spray foundation

Di datangkan dalam bentuk spray,teksturnya lebih ringan. Mudah digunakan dan di ratakan di kulit muka. Sesuai untuk kulit muka yang berjerawat dan berlubang akibat jerawat serta berparut.

Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui -  Sheer foundation

Biasanya di datangkan dalam bentuk debu,teksturnya yang ringan. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bermekap secara natural.

4) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui -Stick Foundation

 didatangkan dalam bentuk pensil atau pen. Ianya agak kental dan teksturnya agak berat. Tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

5) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui- Oil Based foundation

Kelihatan agak melekit yang manager pengunaannya khusus untuk mereka yang berkulit kering. Di cipta untuk mengimbangkan kulit yang sedia ada dan bedak asas.

6) Jenis jenis bedak asas yang perlu kita ketahui - Cream Foundation
Didatangkan dengan tekstur yang berminyak dan berat. Sanga sesuai digunakan untuk kulit wajah yang kering dan mudah digunakan.

Itulah jenis-jenis bedak asas yang kita perlu ketahui.Tidak semestinya kita harus mengunakan kesemua jenis bedak asas ini.Ianya perlulah di gunakan mengikut kesesuaian kulit dan juga keadaan.

Kesimpulannya, pilihlah bedak asas yang bersesuaian dan bermekaplah mengikut kesesuaian suasana dan juga keselesaan anda.

Sekian saja entry kali ini.Jumpa lagi die try akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews