Monday, August 29, 2016

Kelebihan Bersenam

Assalamualaikum...

Dah bersenam hari ini? Berapakali anda bersenam di dalam seminggu?

Hehehe..Jawapannya beegantung kepada anda.Anda kerap bersenam. Syabas diucapkan tetapi yang jarang bersenam macam saya nie,marilah kita memulakan aktiviti senaman ini sedikit demi sedikit. ( nasihat untuk diri sendiri jugak nih)

Banyak kelebihan bersenam nie. Bukan setakat memperolehi berat badan idaman malah memberi kesihatan yang baik kepada tubuh.

Di sini saya senaraikan diantara kebaikan bersenam yang bakal kita perolehi..

Kelebihan Bersenam #1

1- Meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan - apabila badan mula berpeluh ia menunjukkan Kesihatan berada ditahap yang baik.


Kelebihan Bersenam #2

2- Mencapai berat badan yang diidamkan - yang ini sememangnya tujuan untuk bersenam.Tanpa senaman diet dan harapan mencapai berat badan yang diidamkan menjadi hancur begitu saja.



Kelebihan Bersenam #3

3- Meningkatkan kecergasan fizikal - badan menjadi aktif dan bertenaga.



Kelebihan Bersenam #4

4 - Meningkatkan kelembutan sendi - memudahkan pergerakan dan semua anggota badan bergerak dan menjadi aktif.



Kelebihan Bersenam #5

5 - Mengawal tekanan darah. Aliran darah menjadi semakin baik kerana jantung mengepam darah keseluruh tubuh dengan baik.



Kelebihan Bersenam #6

6 - Mengalakkan berhenti dari merokok - Setelah penat bersenam,pastinya akan kurang pengambilan rokok. Kebanyakan gym juga merupakan kawasan larangan merokok. Maka,untuk bersenam.Tinggalkan Rokok anda seketika.


Kelebihan Bersenam #7

7 - Mengawal keseimbangan makanan. Dengan aktiviti senaman yang di buat mampu membakar semua kalori makanan yang diambil seharian.Tak sempat kalori tadi menjadi lemak.Senaman yang dibuat menukarkan kalori tadi kepada tenaga.

Banyakkan kelebihan bersenam nie .Cuma nak laksanakannya bermacam alasan yang direka (saya ler tu). Saya tahu, anda semua baik orang nya. Rajin bersenam.

Akhir kata,marilah kita bersenam dengan cara yang senang dan mudah.Bagi mengeluarkan peluh badan menjadi sihat dan bertenaga.

Sekian,jumpa lagi dientry seterusnya.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews