Monday, August 22, 2016

Resepi - Bubur Nasi Ayam bersama Lobak Merah


Assalamualaikum....

Hari nie nak bercerita tentang resepi.Resepi nie ringkas dan mudah saja.Sekejap aje dijerangkan kat dapur,sudah pun siap...

Yang penting mudah,ringkas,berkhasiat dan sedap dimakan.

Sebenarnya buatkan bubur nie untuk Sufiya dan Muhaimin sebabnya semenjak 3 ke 4 hari yang lepas,mereka tak mahu makan. Makan pun setakat 2 hingga ke 3 suap je.

Disebabkan itulah,seawal pagi lagi sudah saya siapkan bubur nie.Nak tengok berselera atau tidak mereka menikmatinya..

Ternyata...mereka menggemarinya,3 kali tambah,itu pun tak cukup dibuatnya..Nanti mama buatkan lagi ye anak-anak ku sayang.

Seronok tengok mereka berdua makan dan seronok melihat mereka menikmati hasil air tangan sendiri.

Bagi yang tidak berselera untuk makan ataupun demam sesuai menikmati bubur nie.Cubalah mana tahu,ia boleh membuka selera anda.

Resepi

Bahan-bahan

1/4 bawang holland-dipotong dadu
2 Gengam beras-basuh & bilas
Air
Isi Ayam secukupnya dipotong dadu
1/2 batang lobak merah -dipotong dadu

Cara-caranya
Basuhkan beras & bilas di dalam periuk. Letakkan air yang secukupnya untuk membuat bubur.

Selepas mendidih,letakkan bawang yang telah dipotong dadu,bersama ayam dan lobak merah.Perasakan dengan garam secukupnya dan kacau sehingga nasi tadi menjadi kembang.

Selepas nasi menjadi kembang.Tutup api dan hidangkan..

Dah siap...Senang je.Nak share resepi yang canggih,kita tak berapa nak tahu.Cuma chef dirumah sendiri je..Hehehehe

Selamat mencuba...

Jumpa lagi dientry akan datang.



Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews