Tuesday, August 02, 2016

Set Kehamilan Shaklee - Pilihan Saya

Assalamualaikum,

Tahniah!! Anda bakal menjadi ibu. Terdengar-dengar lagi perkataan itu kat telinga nie. Apabila doktor memberitahu saya mengandung. Pertama kali apabila mengandungkan Sufiya dan kali kedua semasa dapat tahu mengandungkan Muhaimin. Perasaannya tuhan saja yang tahu.

Rasanya seperti mahu lompat ke awan dan mencapai bintang. Hehehehe betapa seronoknya perasaan itu. Memang tidak dapat digambarkan. Anda pula bagaimana? Adakah berperasaan seperti saya juga?

Buat ibu-ibu yang baru saja disahkan mengandung, janganlah terlompat-lompat kegembiraan pula ye, bahaya buat kandungan dan bayi.Nanti lain pulak cerita jadinya.

Mesti ketika ini dikepala ligat terfikir makanan apakah yang sesuai buat kandungan ini. Nutrisi dan khasiat apakah yang perlu buat diri ini? Pemakanan apakah yang membahayakan kesihatan diri dan kandungan? Apakah yang terbaik buat kandungan? Dan berbagai lagi persoalan yang berlegar-legar di kepala ini.


Disebabkan itu, wahai bakal-bakal ibu sekalian usah risau dan khuatir, SET KEHAMILAN SHAKLEE ada membantu menjawab segala persoalan diatas. Ianya sememangnya didatangkan khas buat ibu-ibu yang sedang hamil/mengandung. Ianya bertindak sebagai pelengkap nutrisi bagi ibu dan anak.


Berdasarkan pengalaman saya, semasa mengandungkan Sufiya, saya hanya mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan saja. Sangat ketara perbezaannya. Ketika itu saya mudah letih, HB sekejap naik, sekejap turun (tak begitu stabil) dan nampak tidak bemaya, kerap keletihan. Balik saja dari kerja, mandi,makan dan terus tidor, berat badan naik mendadak dan yang tak boleh dilupakan terpaksa minum air gula (Taubatlah, tak mahu minum lagi...Manis sesangat sehinggakan kelat mulut dan loya tekak dibuatnya)

Namun, ketika mengandungkan Muhaimin, saya hanya mengamalkan set KEHAMILAN SHAKLEE (Ketika ini dah berjinak-jinak dengan Shaklee). Alhamdulillah berat badan maintain, HB stabil, bertenaga takdelah lemah gemalai je dan TERSELAMAT daripada minum air gula. Memang best. Lega rasanya.

Jika tak habis set ini disepanjang kehamilan, boleh lagi digunapakai, dimakan dan ditelan ketika berpantang,sememangnya sangat menjimatkan.

Diantara pemakanan sihat yang terdapat di dalam Set Kehamilan Shaklee ini adalah

B-Complex - Mengandungi spektrum vitamin B yang lengkap dalam kunatiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh badan. Yang paling best Vitamin B Shaklee ini, ianya mengandungi Asid Folic. Dimana kuantiti asid folic yang mencukupi di dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir

Vitalea - Merupakan satu supplement yang seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Dengan mengamalkan Vitalea ini setiap hari, ia mengalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh.


Vitamin C - Merupakan nutrisi yang diperlukan untuk berbagai funsi termasuk ketahanan imun, kesihatan gigi,gusi dan tulang serta fungsi tubuh secara keseluruhannya. Tugas utama vitamin C di dalam set kehamilann ini adalah mempercepatkan penyerapan Vitamin yang terdapat di dalam Vitalea ke dalam tubuh.

ESP - Inilah minuman Favorite saya semasa mengandungkan Muhaimin. Biasanya saya bancuhkan bersama madu. Minum semasa di dalam perjalanan ke office. Mengenyangkan. Ianya kaya dengan asid amino dan bebas kolestrol.Merupakan sumber protein terbaik bagi ibu yang sedang hamil dan juga membantu mengurangkan rasa lapar.

Ostematrix - Sumber Kalsium terbaik malah lebih daripada itu. Jika diamalkan dapat megelakkan kekejangan kaki semasa hamil

Omega Guard - Sangat bagus bagi perkembangan minda bayi kerana ianya mengandungi DHA dan juga EPA untuk kesihatan keseluruhan. Sangat-sangat direkemen oleh doktor pakar bagi pengambilannya ketika hamil.

Itulah senarai pemakanan sihat yang saya amalkan semasa mengandungkan Muhaimin tempohari sehinggalah berpantang sehinggalah ke hari ini. Di sini, saya sekadar berkongsi dan pilihan adalah terletak di tangan anda untuk memilih yang terbaik buat anda dan bayi.

Sekiranya anda memilih SET KEHAMILAN SHAKLEE sebagai peneman setia disepanjang tempoh kehamilan ini, usah segan silu hubungi saya di talian 017259166 saya cuba memberi konsultasi yang terbaik kepada anda.

Penghantaran ke seluruh Malaysia juga di sediakan. Sekiranya kawan-kawan berada disekitar Puchong, Seremban, Seremban 2, Nilai dan Port Dickson penghantaran terus ke rumah juga saya sediakan.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca di blog saya ini, kita jumpa dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews