Wednesday, August 31, 2016

Tips Membersihkan Kipas Siling Dengan Mudah Tanpa Mengotorkan Ruang Tamu

Assalamualaikum,

Sekali sekala dapat berehat diruang tamu sambil menonton rancangan TV kegemaran. Sememangnya sangat mendamaikan jiwa. 

Perut pulak kenyang, ditiup pulak oleh angin sepoi-sepoi daripada kipas siling.. Owwhh memang mengujakan.. Memang boleh terlelap mata di buatnya.

Tetapi yang menjadi kurang menyenangkan apabila kipas siling tadi berputar dengan perlahan. Nampak  seperti tiada sebarang kerosakan. Tetapi tidak terasa pun anginnya..

Jika itu terjadi di rumah anda... Sudah tiba masanya anda harus membersihkan kipas siling kerana ia sudah dipenuhi dengan habuk. Pusingan kipas siling tadi menjadi perlahan kerana terdapat habuk yang terlekat di bilah-bilah kipas tadi.

Ingin membersihkan kipas siling dirumah dengan mudah tanpa mengotorkan ruang tamu. Saya ada caranya,

1) Sediakan beberapa helai sarung bantal, jika boleh sarung bantal yang tidak digunakan lagi.

2) Kemudian, Masukkan sarung bantal tadi ke setiap bilah kipas tersebut. Untuk memberssihkan habuk-habuk yang terlekat pada kipas, anda haruslah menekan bahagian atas & bawah bilah kipas.

3) Seterusnya, tarik sarung bantal tersebut sehingga ke hujung bilah kipas. 

4) Lakukan cara yang sama kepada semua bilah kipas siling tadi.

5) Kemudian lap bilah kipas dengan kain yang telah direndam bersama Basic H, tujuannya bagi membersihkan segala kotoran yang masih tertinggal pada bilah kipas tadi.

6) Hasilnya, pasti kipas anda akan bersih, berkilat dan berpusing laju semula. Dengan cara ini ia tidak akan mengotorkan ruang tamu anda. Malah tiada lagi habuk-habuk yang berterbangan. Malah mudah dan pantas dilaksanakan. 

Apakah itu Basic H?



  • Ianya merupakan pembersih yang tidak bertoksik dan membersih secara semulajadi. Boleh di gunakan untuk berbagai-bagai kerja pembersihan dan seribu macam kotoran yang terdapat dimana saja.

  • Sangat berkesan untuk menanggalkan minyak, habuk dan kotoran degil, Selepas pengunaannya tidak perlu di bilas

  • Boleh dipakai bila-bila masa.

  • Mempunyai kepekatan berganda. Bagi membersihkan kipas siling. Hanya 2-3 titik saja diperlukan bagi separuh baldi air.






Kesimpulannya, sememangnya kerja-kerja pembersihan rumah ini amat mudah. Demi keselesaan bersama keluarga.  Tidak salah kita memperuntukan sedikit masa untuk membersihkan peralatan yang terdapat di dalam rumah. 

Oleh itu, perhatikan seketika kipas anda. Jika perlu di bersihkan, gunakanlah cara diatas.  

Semoga ianya bermanafaat buat semua.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews