Tuesday, August 23, 2016

Tips Pemakanan buat Ibu Bekerjaya


Assalamualaikum,

Berkerjaya dan berkeluarga bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi kita. Rata-ratanya di antara kita ramai yang berkerja berkerjaya. Dengan jadual yang padat apabila di pejabat dan sesudah itu tugasan yang tidak pernah selesai apabila berada dirumah.

Semua itu, memerlukan kekuatan fizikal, emosi, mental dan juga kesihatan yang baik. Bagi ibu yang berkerjaya, walau sesibuk mana pun, usah diabaikan kesihatan dan pengambilan makanan yang berkhasiat ye. Kesihatan itu harus di jaga dan di pelihara. Ianya nikmat pemberian Allah yang tidak ternilai.

 Di sebabkan itu, marilah baca beberapa tips pemakanan buat ibu yang bekerjaya. Moga ianya bermanafaat dan dapat membantu ibu-ibu bekerjaya supaya terus sihat & cergas.

Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 1

Elakkan pengambilan gula secara berlebihan. Minum air dengan banyak seelok-eloknya air panas 6  - 8 gelas sehari.

Dicadangkan : Sediakan satu botol khas dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Amalan meminum air kosong ini baik untuk kesihatan & juga kulit.



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 2

Sekiranya mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makanan. Pilih menu yang lebih sihat apabila makan di kedai ataupun restoren.Elakkan makanan yang berminyak. Sekiranya tiada pilihan. asingkan minyak tersebut.

Dicadangkan: Menyediakan bekalan daripada rumah, kerana lebih terpelihara kebersihan dan khasiat makanan tersebut. Peruntukkan masa untuk memasak dan membawa bekalan dari rumah. Makanan yang di masak sendiri lebih sedap dan merupakan satu kepuasan apabila menikmatinya.



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 3 

Masak makanan secara stim ataupun di rebus. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Ambil makanan yang berminyak secara ala kadar sahaja.

Dicadangkan : Utamakan pemakanan yang sihat "Eat Clean" bagi mengurangkan pengambilan minyak di dalam menu seharian



Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 4

Utamakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menyeimbangkan zat makanan di dalam tubuh.  Ianya juga bagus untuk seluruh ahli keluarga terutama sekali buat anak-anak. 

Dicadangkan : Jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai snek yang mudah di nikmati. Sekali sekala sediakan bancuhan smoothie ataupun jus buah-buahan. Ianya bukan saja berkhasiat tetapi sedap dinikmati.

Campuran ESP + Buahan-buahan segar, sememangnya menyegarkan dan berkhasiat. ESP berperanan membekalkan tenaga serta mengurangkan rasa lapar. Di samping itu juga, ianya bagus untuk kulit dan juga mampu mengurangkan kolestrol.


Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 5

Amalkan pengambilan kalsium bagi mengelakkan osteoporosis. Sekiranya kandungan kalsium ini berkurangan, badan akan mengunakan kalsium yang ada dan sekiranya tidak diganti, bekalan kalsium tubuh akan berkurang dan menyebabkan tulang rapuh.

Dicadangkan : Pengambilan Ostematrix Shaklee, yang mana khasiatnya bukan sekadar kalsium malah mengandungi vitamin D yang sangat baik untuk membekalkan kalsium pada tubuh.

Tips Pemakanan untuk Ibu Bekerjaya - No. 6

Amalkan pengambilan vitamin secara konsisten bagi menampung keperluan nutrisi yang berkurangan daripada tubuh. Ianya juga mampu memberi kecergasan yang berpanjangan setelah seharian bekerja di pejabat.

Dicadangkan : Pengambilan Vitalea + Bcomplex + Vitamin C bagi melengkapkan keperluan nutrisi badan. Vitalea merupakan multivitamin yang berfungsi membekalkan tenaga bagi sepanjang hari beserta nutrisi. Manakala, B-Complex berfungsi sebagai supplement yang menbantu untuk mengurangkan stress yang di alami. Menjadikan badan lebih tenang & relax. Vitamin C pula, mampu meningkatkan sistem imun dan mencantikkan kulit.


 Kesimpulannya, tips pemakanan ini bukan hanya sesuai untuk ibu-ibu saja, ianya juga sesuai untuk semua golongan dewasa tanpa mengira peringkat umur. Sememangnya makanan berkhasiat dan pemakanan yang sihat sangat-sangat di perlukan buat tubuh.

Dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, mampu mengelakkan daripada sebarang penyakit yang mudah dijangkiti dan kronik. Marilah bersama kita amalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan diri dan keluarga.

Berminat untuk mendapatkan vitamin bagi membantu anda untuk kekal cergas, aktif dan sihat. Boleh hubungi saya atau whatsapp di talian 0172569166. Penghantaran ke seluruh Malaysia di sediakan. 

Perkhidmatan COD juga di sediakan bagi anda yang berada di sekitar Seremban, Seremban 2, Seremban 3, Port Dickson dan Puchong.

Sekian. buat kali ini. Kita jumpa lagi dientry akan datang.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews