Friday, September 02, 2016

Apakah itu Virus Zika

Assalamualaikum,

Virus Zika? Macam nama seseorang je? Tahukah anda apakah itu Virus Zika?

Kebiasaannya kita dengar mangsanya daripada luar negara. Tetapi hari ini, kita dikejutkan bahawa di negara kita sudahpun terdapat mangsa bagi virus ini. Marilah kita berkenalan serba sedikit tentang virus ini, sebelum ia menular ke seluruh negara.

APAKAH ITU VIRUS ZIKA?

Pada asalnya, virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947. Bukan merupakan penyakit baru bagi negara-negara Afrika.

Virus Zika di sebarkan oleh Nyamuk Aedes (bergantung kepada spesis Nyamuk Aedes) yang membawa demam Zika. Demam Zika ini mempunyai vektor yang sama seperti demam denggi dan chikungunya. 

Spesis nyamuk aedes yang membawa virus demam ini adalah jenis Aegypti. Yang mana Aedes ini di temui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Kebiasaannya, nyamuk aedes ini mengigit mangsanya pada awal pagi dan senja.

Virus ini mula merebak di negara-negara barat sejak Mei 2015 dan diperingkat awalnya di kesan menular daripada daerah Camacari, Brazil.

kesan virus zika



SIMPTOM-SIMPTOM / TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA

1. Sakit Kepala
2. Ruam pada kulit
3. Sakit sendi
4. Mata Kemerahan
5. kelesuan





BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH DARIPADA TERKENA JANGKITAN ZIKA

1. Menjaga kebersihan persiktaran rumah, membuang semua takungan air yang menjadi potensi kepada pembiakan nyamuk Aedes.

2.Tutup semua tadahan air serta gunakan ubat penghalang jentik-jentik.

3.Memakai seluar panjang & baju berlengan panjang bagi mengelakkan digigit oleh nyamuk

4. Tidur dengan mengunakan kelambu.

5. Mengunakan Ubat semburan nyamuk (Aerosol) bagi mengelakkan gangguan nyamuk.

6. Tingkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imun badan berada di tahap yang terbaik. penyakit akan susah dijangkiti. Diantara supplement yang dicadangkan adalah Nutriferon, Performace Drink & Vitamin C.

Setakat ini, tidak terdapat lagi vaksin bagi merawat demam zika ini, maka langkah pencegahan diperingat awal-amat-amat diperlukan.

KESAN DARIPADA VIRUS ZIKA

Sangat merbahaya kerana ia boleh menyerang bayi di dalam kandungan dan terus menyebabkan sejenis kecacatan otak.Berisiko tinggi bagi bayi yang di dalam tempoh kehamilan Trimester pertama.

Bagi kanak-kanak pula ia akan menyebabkan "Sindrom Microcephaly" yang mana berlakunya kecacatan mental sehingga mampu menyebabkan lumpuh.



Dan juga, jika tiada rawatan awal yang diambil, Virus Zika ini juga boleh menjadi punca kepada kematian.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama membendung virus ini daripada menular kepada ahli keluarga dan insan tersayang. Kita ambil langkah pencegahan bermula dengan membersihkan kawasan rumah dan seterusnya meningkatkan sistem imun tubuh supaya tidak mudah terjangkit dengan virus ini. 

Badan sihat, Keluarga Selamat pastinya senyuman kegembiraan terukir di wajah. Pastinya, Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.

Doa saya, semoga kita semua dibawah lindungan Allah swt dan diberi kesihatan yang baik.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang supplement yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, boleh klik disini

Sekian, buat entry kali ini. Jumpa lagi dientry akan datang.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews